7/31/2008

Fasakh dan Implikasi Undang-undang (Bahagian IV)

Sambungan artikel
4. Talaq Secara Ta’assuf

Maksud ta’asuf ialah menyalahgunakan hak talaq. Ia mungkin membawa kepada kemudharatan terhadap orang lain. Undang-undang Syria menyebut dalam Perkara 116 dan 117 dua bentuk penggunaan yang salah terhadap hak talaq, iaitu talaq yang dibuat semasa dalam sakit yang membawa maut. Atau dengan lain perkataan, ia disebut sebagai talaq kerana mahu melarikan pusaka. Kedua ialah talaq yang dibuat tanpa sebab yang munasabah.


5. Fasakh Dengan Sebab Ghaib

Undang-undang Mesir Perkara 12 dan 13 tahun 1929 telah memperuntukkan harus dipisahkan suami isteri dengan sebab tinggal langsung (ghaib) selama setahun atau lebih tanpa sebab munasabah yang boleh diterima iaitu setelah suami diberi notis pemisahan dari pihak isteri tetapi dia tidak juga datang, atau tidak juga memindahkan isteri ke tempatnya, atau tidak juga menceraikannya. Pemisahan ini dikira sebagai satu talaq ba’in, berasaskan pendapat ulama Maliki.

Undang-undang Syria pula memperuntukkan pemisahan dengan sebab tinggal langsung atau ghaib ini dalam Perkara 109 sebagai berikut:

(i) Apabila suami tinggal langsung isterinya, tanpa sebarang sebab keuzuran yang munasabah, ataupun dipenjarakan selama lebih daripada tiga tahun, maka selepas setahun suaminya ghaib atau dipenjarakan, maka isteri berhak menunutut daripada qadi untuk memisahkan mereka, walaupun pihak suami mempunyai harta yang boleh digunakan oleh isteri bagi menyara nafkahnya.

(ii) Pemisahan ini merupakan salah satu talaq raj’ie. Oleh itu, apabila suami yang menghilangkan diri itu kembali semula, atau dibebaskan daripada penjaranya, dan isterinya masih dalam ‘iddah, maka ia berhak untuk merujk semula isterinya.

Undang-undang Syria mensyaratkan beberapa perkara bagi membolehkan pemisahan dibuat;
(a) Hendaklah ghaib selama satu tahun atau lebih.

(b) Tinggal langsung (ghaib) itu pula bukan dengan sebab keuzuran yang munasabah. Jika ia dilakukan dengan sebab yang munasabah, maka isteri tidak berhak untuk menuntut pemisahan. Contohnya seperti meninggalkannya kerana pergi berjuang atau mengikut kerahan tentera, ataupun kerana pergi menuntut ilmu.

Jika suami berkenaan tidak diketahui di mana berada, maka pemisahan yang dipohon ileh isteri terus dilaksanakan. Sebaliknya jika tempat ia berada diketahui, maka qadi hendaklah memerintahkannya agar datang mengambil isterinya dan ia hendaklah memberikan sati tempoh untuknya berbuat demikian. Jika ia tidak juga berbuat demikianm, maka qadi hendaklah memisahkan mereka berdua. Pemisahan ini dikira sebagai satu talaq raj’ie. Ini bercanggah dengan pendapat ulama Maliki yang mengatakan bahawa pemisahan ini menjadi satu talaq ba’in dan pendapat ulama Hanbali pula menganggapnya sebagai rukhsah.

Undang-undang (Enakmen Kekeluargaan Islam Pulau Pinang) seksyen 53 (a) seseorang perempuan atau lelaki, mengikut manan-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan berikut, iaitu; (a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada setahun.

Seksyen 54 (1) EUKIPP juga menyebut jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau dipercyai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut hukum syarak sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan, suatu peakuan menganggap kematian suami itu dan Mahkamah boleh di atas permohonan perempuan itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 53.


Pendapat Ulama’

Ulama/Mazhab Pendapat Dalil (Nas dan Hadis)
Hanafi/Syafi’e Tidak harus Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mengenainya.
Maliki/Hanbali HarusAl-Sunnah; Tidak ada kemudaratan dan yang memudaratkan.
(Kerana tinggal langsung dan ghaib dalam tempoh yang terlalu lama)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini