7/11/2008

Aurat

AURAT DAN IMPLIKASINYA



Firman Allah SWT ;
“ Katakanlah (olehmu wahai Muhammad saw ) kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jangan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada, janganlah memperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka atau anak-anak mereka dan anak tiri mereka, saudara lelaki mereka dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi yang tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya, bertaubatlah kamu kepada ALLAH swt wahai orang-orang beriman mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. "
(Surah an.Nur : 31)

Aurat adalah setiap anggota yang diharamkan oleh Allah swt untuk didedah atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang halal kahwin dengannya.

Allah swt mengharamkan demikian kerana pendedahan aurat dihadapan orang yang bukan mahram adalah mencacatkan sifat dan darjat kemanusiaan yang mulia, serta tiada sopan santun dalam pergaulan, menunjukkan akhlak yang rendah, boleh membawa kepada ciri-ciri kerosakkan dalam masyarakat tanpa disedari oleh sesiapa.

Islam merupakan agama yang merangkumi keseluruhan cara hidup manusia bermula dari saat seseorang itu dilahirkan sehinggalah ke alam remaja sampai dewasa gerak geri, perilaku semua dihitung dalam kehidupan seharian. Keseluruhannya akan dinilai lebih-lebih lagi soal pakaian kerana pakaian lambang keperibadian seseorang.

Agama Islam memerangi kejahilan dalam kehidupan seharian kerana jahil inilah seringkali membawa umat manusia mengikut hawa nafsu sentiasa ingin kepada kekosongan jiwa leka dalam melaksanakan tanggungjawab. Justeru itu Allah mencipta manusia dan dilengkapkan dengan akal kemudian akal itu diletakkan di tempat teratas pada jasad manusia sebagai lambang ciptaan Allah swt dengan sebaik-baik kejadian.



Aurat dan Wanita



Aurat juga seringkali ditujukan kepada kaum wanita. Selain wanita, lelaki juga wajib menutup aurat. Walau bagaimanapun, aurat lelaki tidak terdedah bila mereka mengenakan pakaian kemas dan rapi, sebab itu aurat lelaki seringkali terjamin kerana aurat lelaki tidak keseluruhan, hanya dari pusat hingga ke lutut sahaja.

Tetapi aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Aurat ini wajib ditutup kerana hukumnya adalah haram andai didedah mana-mana bahagian anggota badan disebabkan keburukkannya sering terjadi akibat dari membuka aurat.

Penjelasan di atas telah memberi satu titik tolak bahawa tiada lagi kompromi bagi seseorang wanita untuk membuka salah satu bahagian atau anggota daripada badannya. Samada terbuka di kepala, tersingkat di betis, terangkat di pusat dan sebagainya.


“Sesungguhnya Allah swt melaknat terhadap mereka yang melihat aurat dan mereka yang memperlihatkan atau membuka aurat” (al-Hadis Musnad Ibnu Hanbal)


Kesilapan Bertudung



Kesilapan yang acapkali dilakukan oleh wanita yang menutup kepala mereka atau bertudung ialah :-
a) Bertudung tetapi berkemeja T lengan pendek.
b) Bertudung tetapi baju kebarung terbelah kainnya.
c) Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk anggota yang mengoda.
d) Bertudung tetapi longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
e) Bertudung tetapi hanya memakianya di pejabat. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
f) Bertudung tetapi ekor tudungnya dilempar ke belakang leher, lalu terdedah dadanya daripada ditutupi.
g) Bertudung tetapi dengan tudung yang nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
h) Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
i) Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.



Janganlah wanita-wanita itu berlaku lemah-lembut dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit” (Surah al-Ahzab : 32)

Tujuan dan Kebaikan Menutup Aurat


Setelah panjang lebar diperkatakan mengenai kewajipan menutup aurat. Rasanya sesuailah di sini dinyatakan tujuan dan kebaikan menutup aurat di sisi Islam:-



a) Tidak di samakan dengan mahkluk ciptaan Allah swt yang lain iaitu binatang.
b) Menjamin bahawa itu wanita tidak akan disakiti atau dilukai.
c) Mempamerkan pakaian atau fesyen dan budaya Islam serta umat Islam itu sendiri.
d) Menunjukkan sebagai tanda profesionalisme dalam sistem pemakaian Islam.
e) Merupakan satu ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada penciptanya Allah swt.
f) Gejala tidak bermoral dapat diatasi di antaranya seks bebas, penguguran janin, sumbang maham dan sebagainya.
g) Perlakuan dan tindakan jenayah dapat dihindari seperti pencabulan, pembunuhan, rogol dan pelbagai lagi.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu, serta perempuan yaqng beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan-perempuan yang baik-baik. Maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Penyayang” (Surah al-Ahzab : 59)

Konklusinya, aurat merupakan satu pintu masuk dalam semua perbuatan maksiat yang dilarang Islam. Sekiranya ia dapat dikekang dengan baik, sudah pasti keruntuhan akhlak masyarakat dapat dibendung secara partikal. Kuncinya yang dapat dirungkaikan ialah:

“ Maka sekiranya kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu suka”
(al-Hadis Riwayat Bukhari)


Renungan

Aurat…
Pendedahanmu adakah satu kenikmatan?
Atau mendedah diri ke arah kejahilan?
Liritan mata memandang adakah itu satu tujuan?
Apakah yang empunya jasad mahu menjadi tuntunan?
Atua sekadar menunjuk potongan badan?

Putih kulitmu satu penghargaan,
Yang sawa matang turut perasan,
Cantik wajahmu itulah kebanggaan,
Sanggup kau gadaikan melalui fesyen pakaian.

Yang ketat menampakkan medan-medan seni memberahikan,
Yang belah menampakkan celah-celah keenakkan,
Mahkota rambut menjadi hiasan,
Biru merah di wajah saduran.

Awas…
Apabila jejaka mencecah keinginan,
Kelibat jantan mula berkeliaran,
Seluar panjang sudah dipendekkan,
Mula terpacar keinginnan mengawan,
Mata terbeliak bagai kucing merenung ikan.

Awaslah…
Wahai si manis sepanjang zaman,
Dari ditelan serigala kelaparan,
Tutuplah aurat demi keselamatan,
Itulah syariat suruhan Tuhan,
Lambang identiti muslimah berwawasan.

“Wanita itu adalah tiang negara, apabila baik wanita baiklah negara, Dan apabila rosak wanita rosaklah negara”
(Kata-kata Pujangga)




“Dunia itu perhiasan, sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita yang solehah (menjaga auratnya)”
(al-Hadis Riwayat Bukhari)

1 comments:

aznurrena said...

sangat tersentuh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini