7/07/2008

daftar blog

Assalamualaikum wbt,,
kepada semua sahabat-sahabat yang melayari blog ini, "Di" ucapkan jutaan terima kasih. Tanpa sahabat semua sudah tentu blog "ikhwanul islam" tiada semangat untuk meneruskan karier dalam menyebar dan mengembangkan lagi sayap syiar Islam ke seluruh pelusuk cakarawala ciptaan Allah SWT ini. Mungkin juga sahabat semua tertanya-tanya di mana artikel atau maklumat yang dapat dikongsi bersama. Oleh itu, di sini "Di" ingin memohon maaf kerana untuk sementara waktu ini "Di" tidak sempat nak create dan siarkan artikel di atas sebab kesibukkan dengan tugas rasmi. Namun, INSYALLAH "Di" berjanji dalam masa 3 minggu lagi sahabat semua bakal dihidangi dengan artikel menarik yang mungkin dapat dikongsi bersama manfaatnya. Di antara tajuk-tajuk tersebut adalah seperti Syiah Dan Perkembangannya, Wahabi dan Alirannya, Hak Wanita Selepas Perceraian, Fasakh dan Prosedur Perceraian dan sebagainya.
Catitan; "Di" beerti Double i iaitu Ikhwanul Islam.
  • ARTIKEL PERTAMA
11 Julai 2008
FIQH JINAYAH (UNDANG-UNDANG JENAYAH)

KESALAHAN JENAYAH DAN HUKUMANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM (AL-QURAN DAN AL-SUNNAH)

Pembahagian Jenayah Di sisi Islam.
Jenayah Hudud
Jenayah Qisas / Diyyat
Jenayah Takzir
Jenayah / Hukuman Ghurrah
Jenayah / Hukuman Kafarat

Perbahasan Mengenai Jenayah Islam

Jenayah Hudud

Definisi

Hudud merupakan kesalahan yang dikenakan hukuman hudud. Kesalahan dalam bahagian ini dianggap sebagai kesalahan terhadap hak Allah SWT kerana perbuatan ini menyentuh kepentingan masyarakat umum iaitu menjejaskan ketentaraman dan kselematan orang ramai dan hukumannya pula memberi kebaikan kepada mereka.

Pengertian hudud ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah SWT di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hukuman hudud ini adalah hak Allah SWT yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.

Kesalahannya ialah :-
a) Jenayah Zina
b) Jenayah Tuduhan Zina (al-Qazaf)
c) Jenayah Minum Arak (al-Kamru)
d) Jenayah Mencuri
e) Jenayah Merompak
f) Jenayah Murtad
g) Jenayah Penderhakaan Terhadap Pemerintah Islam Yang Adil

Hukuman Zina

1. 100 Sebatan – Belum Berkahwin
2. Rejam – Berkahwin
3. Takzir - Ikut Budi Bicara Hakim

Hukuman Tuduhan Zina (al-Qhazaf)

1. 80 Sebatan sekiranya tiada pembuktian dan palsu dakwa atau tuduhan tersebut tiada perlu lagi orang menuduh itu untuk melakukan sumpah.
2. Takzir – Ikut Budi Bicara Hakim

Hukuman Minum Arak (al-Khamru)

40 Sebatan
Takzir – Ikut Budi Bicara Hakim

Hukuman Mencuri (al-Sirqhah)
1. Potong Tangan
2. Takzir – Ikut Budi Bicara Hakim

Hukuman Merompak (al-Harabah)
1. Bunuh Balas – Pembunuhan
2. Potong Tangan – Rompakan Sahaja
3. Takzir – Ikut Budi Bicara Hakim

Hukuman Murtad (al-Riddah)
1. Bunuh – Murtad Dan Enggan Bertaubat Setelah Tiga Kali Disarankan
2. Takzir – Ikut Budi Bicara Hakim

Hukuman Menderhaka Terhadap Kerajaan Islam (al-Baqii)

1. Memerangi Mereka Dan Meminta Supaya Tunduk Kembali Kepada Islam
2. Takzir – Ikut Budi Bicara Hakim


Jenayah Qisas

Definisi

Jenayah Qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman Qisas atau Diyyah. Kesalahan dalam bahagian jenayah ini dianggap sebagai kesalahan terhadap hak manusia (haqq al-‘ibad) atau hak individu iaitu mangsa jenayah ataupun warisnya berhak menuntut supaya pesalah dihukum atau diampun.

Pengertian Qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas, iaitu membunuh dibalas dengan bunuh (hutang nyawa dibayar dengan nyawa), menghilangkan salah satu dari anggota orang lain, atau melukakannya, atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

Kesalahannya ialah :-
a) Jenayah Pembunuhan (al-Qatl)
1) Pembunuhan Sengaja
2) Pembunuhan Tidak Sengaja
3) Pembunuhan Seumpama Sengaja
b) Jenayah Kecederaan (al-Jinayah ‘Ala Ma Dun al-Nafs)
1) Pembunuhan Sengaja
2) Pembunuhan Tidak Sengaja
3) Pembunuhan Seumpama Sengaja
c) Jenayah Pengguguran Janin (saqutu al-Janin)
· Jenayah Pengguguran Janin ialah kesalahan kerana menamatkan kehamilan seseorang perempuan dengan mengeluarkan janin daripada rahimnya sebelum sampai tempoh kelahirannya.

Hukuman Pembunuhan Sengaja (al-Qathlu Amdan)
1. Qisas – Pembunuh
2. Diyyat Berat (Muqhallazah)– Harta Pembunuh (Sekiranya Dimaafkan)
3. Kifarah – Pembunuh
4. Tidak Boleh Mewarisi Harta Mangsa.
5. Terhalang Dari Menerima Wasiat Mangsa.
6. Diyyat – Harta Pembunuh
6. Kifarah – Pembunuh

Hukuman Pembunuhan Seumpama Sengaja (al-Qathlu Syibih Amdan)

1. Diyyat Berat (Muqallazah) – Harta Pembunuh
2. Kifarah – Pembunuh
3. Tidak Boleh Mewarisi Harta Mangsa.
4. Terhalang Dari Menerima Wasiat Mangsa.
5. Diyyat – Harta Pembunuh
6. Kifarah – Pembunuh

Hukuman Pembunuhan Tidak Sengaja (al-Qathlu Syibih Bi Duna Syibih Amdan)
1. Diyyat Ringan (muqhaffaf) – Harta Pembunuh
2. Kifarah – Pembunuh
3. Tidak Boleh Mewarisi Harta Mangsa.
4. Terhalang Dari Menerima Wasiat Mangsa.
5. Diyyat – Harta Pembunuh
6. Kifarah – Pembunuh

Hukuman Pembunuhan Bersebab (al-Qathlu Bil Sabab)
1. Diyyat Ringan (muqhaffaf) – Harta Pembunuh
2. Kifarah – Pembunuh
3. Tidak Boleh Mewarisi Harta Mangsa.
4. Terhalang Dari Menerima Wasiat Mangsa.
5. Diyyat – Harta Pembunuh
6. Takzir – Pembunuh

Hukuman Kecederaan Sengaja (al-Jinayah ‘Ala Duna al-Nafs Amdan)
1. Qisas – Balas Balik
2. Diyyah / Arsh – Pesalah
3. Takzir
4. Diyyah
5. Takzir

Hukuman Kecederaan Seumpama Sengaja (al-Jinayah ‘Ala Duna al-Nafs Syibih Amdan)
1. Diyyah / Arsh – Pesalah
2. Takzir
3. Diyyah
4. Takzir

Hukuman Kecederaan Tidak Sengaja (al-Jinayah ‘Ala Duna al-Nafs Duna Amdan)
1. Diyyah / Arsh – Pesalah
2. Takzir
3. Diyyah
4. Takzir

Hukuman Gugur Keadaan Mati
1. Diyyah
2. Qhurrah – Tempoh 3 Tahun.
3. Kifarah
4. Qhurrah
5. Kifarah

Hukuman Gugur Dalam Keadaan Hidup, Tetapi Kemudiannya Mati Akibat Jenayah Itu
1. Qisas – (Sekiranya Dimaafkan)
2. Diyyah – Bukannya Qhurrah (Kadar Mengikut Jantina Janin)
3. Kifarah


Hukuman Janin Gugur Dalam Keadaan Hidup Dan Tidak Mati Akibat Keguguran

1. Takzir – Budi Nicara Hakim
2. Kifarah
3. Takzir

Hukuman Janin Gugur Setelah Kematian Ibunya Atau Tidak Gugur
1. Takzir – Bukan Berpunca Daripada Perbuatan Penjenayah
2. Kifarah
3. Takzir
Hukuman Ibu Yang Mengandungkan Janin Mengalami Kesakitan, Luka Atau Mati Akibat Jenayah
1. Bunuh Dan Cedera – (Rujuk) Hukuman Yang Telah Ditetapkan Dalam Kes Pembunuhan Dan Kecederaan.
2. Gugur Janin – (Rujuk) Hukuman Keguguran Janin.
3. Bunuh Dan Cedera – (Rujuk) Hukuman Yang Telah Ditetapkan Dalam Kes Pembunuhan Dan Kecederaan.
4. Gugur Janin – (Rujuk) Hukuman Keguguran Janin.

Jenayah Diyat

Definisi

Pengertian Diyyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau ahli waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan melakukan sesuatu jenayah, seperti mencederakan anggota badan atau melukakan atau membinasakan.

Pembahagian diyyat adalah terbahagi kepada dua jenis iaitu Diyyat Muqhallazah (Ganti Kerugian Berat) dan Diyyat Muqhaffah (Ganti Kerugian Ringan).

Ganti kerugian berat sebanyak 100 ekor unta yang dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :-
1- 30 ekor unta yang berumur 3 tahun
2- 30 ekor unta yang berumur 4 tahun.
3- 40 ekor unta yang sedang bunting.

Manakala ganti kerugian ringan pula sebanyak 100 ekor unta yang dibahagikan kepada lima jenis :-
1- 20 ekor unta yang berumur 3 tahun.
2- 20 ekor unta yang berumur 4 tahun.
3- 20 ekor unta betina yang berumur 2 tahun.
4- 20 ekor unta jantan yang berumur 2 tahun.
5- 20 ekor unta betina yang berumur 1 tahun.

Diyat kerana luka yang terdapat dan berlaku di kepala atau di muka atau di anggota yang lain terdapat sepuluh jenis luka :
(a)Luka yang mengoyakkan kulit
(b) Luka yang mengoyakkan daging selepas kulit
(c) Luka yang mengalirkan darah
(d) Luka yang tertembus di dalam daging
(e) Luka yang tinggal di antaranya dan antara tulang kulit yang nipis
(f) Luka yang ternampak tulang
(g) Luka yang mematahkan tulang dan yang menghancurkannya
(h) Luka yang menampakkan dan yang menghancurkan tulang hingga berpindah daripadanya ke beberapa tulang
(i) Luka yang sampai kepada kulit kepala
(j) Luka yang sampai kepada rongga


Jenayah Takzir

Definisi

Syariat Islam tidak menyenaraikan hukuman Takzir secara terperinci. Ia juga tidak menyenaraikan kesalahan-kesalahan bagi jenayah takzir. Hukuman terhadap pesalah diserahkan kepada pemerintah Islam untuk menetapkannya berdasarkan kepentingan masyarakat umum, tahap kesalahan pesalah, keadaan masa berlakunya kesalahan dan tempat.

Hukuman Takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan kadarnya oleh syarak (al-Quran dan al-Sunnah), di mana hukuman takzir ini adalah tertakluk di bawah kuasa hakim secara mutlak mengenai jenis dan kadar hukuman yang akan dijatuhkan dan dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu.

Walaupun begitu hukuman takzir terhadap orang yang mempunyai kedudukan adalah berbeza jika dibandingkan dengan hukuman terhadap kutu jalan ataupun orang jahat. Kedudukan ini berdasarkan sebuah hadith.

Riwayat ‘Aisyah r.a yang bermaksud;
“Ampunilah orang-orang yang mempunyai kedudukan di atas kesalahannya kecuali hudud”

Antara hukuman takzir yang terdapat dalam catatan beberapa orang fuqaha ialah:-
(a) Hukuman Bunuh
(b) Hukuman Pukul
(c) Hukuman Sebat
(d) Hukuman Penahanan
(e) Hukuman buanag Daerah
(f) Hukuman Salib Tetapi Membenarkan Makan, Minum, Berwuduk Dan Solat Dengan Isyarat Sahaja
(g) Memberi nasihat
(h) Mengisytiharkan Nama Pesalah Atau Mendedahkan Dirinya Kepada Umum
(i) Tidak Berurusan Dengan Pesalah
(j) Mencela Iaitu Menggunakan Kata-kata Yang Keras Tetapi Tidak Memaki Hamun
(k) Memberi Amaran
(l) Mengenakan Denda
(m) Merampas Harta Benda
(n) Menghitamkan Muka
(o) Menanggalkan Pakaian Selain Menutup Auratnya
(p) Mencukur Rambut Teteapi Tidak Pada Janggutnya.


Jenayah / Hukuman Ghurrah

Definisi

Pengertiannya dari segi bahasa ialah barang yang terpilih, dan asalnya keputihan pada muka kuda. Dan dari segi istilah pula Ghurrah ialah seorang hamba lelaki atau perempuan yang tidak cacat, dan nilainya sama dengan lima ekor unta. Hamba lelaki hendaklah hendaklah berumur antara tujuh tahun hingga lima belas tahun. Hamba perempuan hendaklah berumur antara tujuh tahun hingga dua puluh tahun.


Jenayah / Hukuman Kifarat

Definisi

Pengertian Kifarah ialah menebus kesalahan-kesalahan jenayah yang telah dilakukan dengan cara-cara tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu (al-Quran dan al-Sunnah). Terdapat banyak jenis Kifarah iaitu Kifarah Kesalahan Jenayah, Kifarah Berjunub Siang Hari Ramadan, Kifarah Sumpah, Kifarah Zihar dan Kifarah ‘illa’.

Terdapat dua cara perlaksananaan kifarah iaitu :-
1. Cara-caranya adalah :-
· Merdekakan seorang hamba, atau;
· Memberi pakaian sepuluh orang miskin, atau;
· Memberi makan sepuluh orang miskin, atau;
· Berpuasa tiga hari berturut-turut.
(Untuk kesalahan kifarah sumpah dan ‘illa)

2. Cara-caranya adalah :-
Merdekakan seorang hamba yang beriman, ataupun;
Berpuasa dua bulan berturut-turut, ataupun;
Memberi makan enam puluh orang miskin.
(Untuk kesalahan berjunub di siang hari ramadhan, kifarah zihar dan kifarah jenayah)

Jenayah / Hukuman Arsh

Definisi

Pengertiannya ialah apabila kecederaan itu merosakkan sebahagian anggota dari bilangannya yang sempurna seperti tercedera sebelah tangan ataupun sebatang jari. Arsh terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah arsh yang kadarnya yelah ditetapkan oleh syarak. Kedua ialah arsh yang diserahkan kepada budi bicara hakim yang mewakili pihak pemerintah untuk menetapkannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini