7/20/2008

Fasakh dan Implikasi Undang-undang (Bahagian III)

Sambungan artikel

Fasakh Kerana Tidak Sehaluan, Deraan Dan Layanan Buruk

Maksud tidak sehaluan ialah pengaduhan yang teruk kerana melampaui batas kemuliaan. Deraan ialah siksaan suami ke atas isteri dengan perkataan dan perbuatan. Umpamanya maki hamun, momokan yang menghilangkan kemuliaan, puulan yang mencederakan, memperlakukan dengan perbuatan yang diharamkan Allah swt, memulau dan meninggalkan tanpa sebab yang mengharuskan dan sebagainya.

Sesuatu talak yang dijatuhkan oleh qadi berpunca daripada pertelingkahan dan tidak sefahaman merupakan satu talak ba’in, kerana kemudharatn dari layanan buruk dan tidak sefahaman ini tidak terhapus kecuali dengannya. Sekiranya ia merupakan talaq raj’ie, maka suami berhak untuk kembali merujuk isterinya dalam tempoh ‘iddah, maka berulang lagi perkara buruk tersebut.

Undang-undang Mesir Bil 25 tahun 1920 telah memperuntukkan Perkara 6-11 menjelaskan tentang pertelingkahan. Apa yang dijelaskan ialah undang-undang Mesir tidak mengambil tindakan tersebut kiranya layanan buruk itu datangnya dari pihak isteri; sementara undang-undang Syris mengambil pendapat dari mazhab Maliki yang berpendapat bahawa pemisahan boleh dilakukan sekiranya kemudharatan itu datang daripada salah seorang suami atau isteri. Bagaimanapun, Undang-undang Syria telah membuat satu pindaan pada tahun 1975 pada Perkara 112(3) yang pemisahan tidaklah boleh dilaksanakan terus, tetapi qadi hendaklah memberikan satu tempoh tidak kurang daripada sebulan untuk perbicaraan, jika tidak sabit wujudnya kemudharatan. Ini dibuat dengan harapan dalam tempoh itu mereka berdua akan dapat mencari jalan damai.

Undang-undang Syria pula memperuntukkan ;

Seksyen (112) menyebutkan:
(i) Apabila salah seorang daripada suami atau isteri mendakwa pasangannya melakukan suatu kemudharatan terhadapnya, maka ia berhak untuk menuntut daripada qadi agar memisahkan mereka.
(ii) Apabila ternyata dakwaannya benar dan qadi gagal untuk mendamaikan mereka berdua, maka ia hendaklah memisahkan mereka berdua dengan satu talaq ba’in.

(iii) Jika kemudharatan yang didakwa tidak dapat dibuktikan dan tidak sabit, maka qadi hendaklah menangguhkan kes itu untuk ssatu tempoh tidak kurang daripada satu bulan. Jika yang mendakwa masih meneruskan dakwaanya, maka qadi hendaklah melantik dua orang hakam terdiri daripada keluarga kedua pihak. Ataupun jika terdapat dari kalangan keluarga mereka berdua, maka hendaklah dilantik daripada orang luar yang mengikut pandangan qadi, mampu untuk membetulkan keadaan mereka. Ia hendaklah meminta mereka berdua bersumpah akan melaksanakan tugas mereka dengan adil dan amanah.

Seksyen (113) pula menyebut ;
(i) Kedua-dua hakam yang dilantik itu wajib menyelidik punca yang menyebabkan mereka berdua bertelagah atau tidak sehaluan. Mereka kemudian hendaklah menemukakan pasangan ini dalam satu majlis di bawah penyeliaan qadi (Perkara 113/1).

(ii) Ketidak hadiran salah seorang dari pasangan itu setelah diberitahu, tidak menghalang proses pendamaian ini.

Seksyen (114) pula menyebut lagi ;
(i) Pada peringkat pertamanya kedua-dua hakam ini hendaklah cuba berusaha mendamaikan pasangan berkenaan. jika mereka gagal, sedang semua atau sebahagian besar keburukkan berpunca daripada pihak suami, maka kedua-dua mereka hendaklah memutuskan agar mereka dipisahkan dengan satu talak ba’in.

(ii) Sebaliknya, jika keburukan itu datang daripada pihak isteri atau dari kedua-dua mereka, maka mereka hendaklah memutuskan agar mereka berdua dipisahkan dengan mengembalikan semua bayaran mas kahwin atau sebahagiannya mengikut nisbah keburukan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.

(iii) Kedua-dua hakam boleh menetapkan pemisahan walaupun tiada keburukan salah seorang daripada suami isteri agar lupus tanggungjawab suami daripada sebahagian hak isteri jika dia reda dengan perkara itu dan mengukumkan kedua-dua suami isteri tiada persefahaman.

(iv) Sekiranya dua hakam berselisih, maka qadi yang mengeluarkan hukum atau orang ketiga menjadi penentu kepada kedua-dua hakam tadi, dan dia dikehendaki bersumpah sama seperti sumpah dua hakam supaya menjalankan tugas dengan adil dan amanah.

Seksyen (115); Kedua-dua orang hakam ini tidak mempunyai kuasa menjatuhkan talaq. Mereka hanya boleh mengemukakan laporan dan cadangan mereka kepada qadi walaupun tanpa sebab dan menyerahkan kepada qadi untuk menentukan samada mahu menghukum mengikut laporan dan cadangan mereka, ataupun sebaliknya menolak laporan tersebut dan melantik dua orang hakam yang lain selepas itu.

Undang-undang (Enakmen Kekeluargaan Islam Pulau Pinang) seksyen 53 (h i, iii, v, & vi ) seseorang perempuan atau lelaki, mengikut manan-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan berikut, iaitu – bahwa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain- (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelaziman atau kelakuan aniaya; (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; (v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalanjkan kewajipan atau amalan agamnya ; (vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada satu, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak .

1 comments:

aiman said...

ada tak akta atas kesalahan memisahkan suami isteri?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini