11/10/2009

Fasakh & Takliq ; Prosedur Dan Sebutan Di Mahkamah Syariah Pulau Pinang

Prosedur pemfailan kes Fasakh dan Takliq di mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang mempunyai amalan tersendiri sepertimana termaktub di dalam peruntukkan Enakmen Syariah Negeri Pulau Pinang 2004. Oleh demikian, setiap pemohon atau individu tidak boleh sewenang-wenangnya memfailkan kes mereka. Peruntukkan sedia ada haruslah diikuti tanpa mengira lapisan masyarakat atau lapisan jawatan dan pangkat.

Kes Fasakh dan Takliq dimulakan dengan memfailkan saman dan penyata tuntutan yang dibuat oleh pihak pemohon atau Plaintif secara sendirian atau dengan menggunakan khidmat peguam. Saman dan Penyata Tuntutan tersebut akan difailkan di Mahkamah dan Mahkamah akan menetapkan satu tarikh sebutan pertama di mana tempohnya 21 hari dari tarikh difailkan.

Semasa memfailkan saman dan penyata tuntutan ia juga mesti disertakan dengan dokumen penting pengenalan diri seperti salinan kad pengenalan, salinan pengesahan qariah permastautinan (bagi yang bukan berasal Negeri Pulau Pinang), salinan surat perakuan pernikahan dan salinan surat kelahiran anak.

Tempoh 21 hari yang diberikan oleh pihak mahkamah adalah untuk membuat serahan saman secara kendiri kepada pihak Defendan (suami). Maksud secara kendiri adalah menyerah terus kepada Defendan dan Defendan pula hendaklah menurunkan akuan atau tanda tangan sebagai mengaku menerima satu salinan saman dan penyata tuntutan.

Fakta di dalam Penyata tuntutan pula mestilah dinyatakan dengan jelas dan dapat memberi kefahaman kepada Defendan. Di dalamnya juga hendaklah menyebut secara khusus peruntukkan seksyen yang tepat mengenai tuntutan. Sebagai contoh perceraian takliq mestilah dibuat di bawah seksyen 50 manakala Perceraian Fasakh pula di bawah seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang 2004. Namun perceraian fasakh mempunyai peruntukkan subseksyen yang luas. Oleh yang demikian, pengkhususan mestilah bersesuaian dan bertepatan. Di dalam hal ini, adalah disarankan kepada pihak-pihak yang terlibat agar mendapat khidmat peguam syarie supaya tidak berlaku kesilapan dalam menyediakan tuntutan.

Bentuk dan contoh untuk menyediakan saman dan penyata tuntutan ini boleh didapati di mana-mana Mahkamah Syariah di Pulau Pinang atau pejabat pengamal undang-undang (peguam). Kesalahan bentuk boleh mengundang kesukaran dan kesan negatif kepada setiap tuntutan kes.

Setelah proses serahan saman sempurna yakni dapat diserahkan kepada Defendan dengan cara kendiri. Proses seterusnya ialah sebutan pertama di mana hendaklah Plaintif atau peguamnya memaklumkan kepada mahkamah mengenai status serah saman kepada Defendan. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak Defendan telah hadir pada tarikh tersebut. Ini kerana, Tuan Hakim (mahkamah) akan bertanya kepada Defendan samada dia telah menerima saman dan penyata tuntutan atau sebaliknya. Setelah saman diakui diterima oleh Defendan dan tidak bersetuju dengan dakwaan di dalamnya maka mahkamah akan memberikan satu tempoh untuk Defendan memfailkan pembelaan secara sendirian atau melalui peguam. Proses ini dinamakan peringkat menyempurnakan “Pliding” iaitu saling memfailkan tuntutan bertulis.

Pembelaan hendaklah difailkan kepada mahkamah dan Plaintif sebelum tarikh yang ditetapkan. Kandungan pembelaan boleh disertakan dengan memasukkan tuntutan balas atau “Counter Claim”. Di sini menunjukkan bahawa khidmat peguam syarie amat diperlukan bagi mengendalikan peringkat tersebut. Kemudian, secara ringkasnya setelah Defendan memfailkan ke mahkamah pembelaannya maka mahkamah akan mengarahkan kepada Plaintif untuk menjawabnya atau sebaliknya (tidak berhasrat untuk menjawab). Plaintif pula seandainya ingin menjawab pembelaan tersebut maka satu tarikh lain akan diberikan oleh pihak mahkamah sebagai ruang untuk Plaintif menyediakan Jawapan Pembelaan Bertulis secara sempurna dan baik.

Jawapan Pembelaan hendaklah difailkan Plaintif kepada Mahkamah dan Defendan sebelum tiba tarikh ditetapkan. Setelah mahkamah meneliti kesemuanya lengkap iaitu plinding maka mahkamah akan menetapkan satu tarikh perbicaraan. Plaintif dan Defendan juga diarahkan supaya memfailkan Ikatan Dokumen masing-masing sebelum tarikh perbicaraan. Ikatan Dokumen bermaksud setiap dokumen atau keterangan bertulis yang bergantungan dengan kes yang melebihi 3 dokumen. Walau bagaimanapun, proses ini terpulang kepada amalan-amalan sesuatu mahkamah atau Tuan Hakim. Tetapi proses menyediakan ikatan dokumen adalah digalakkan kerana memudahkan dokumen ditender atau dibuktikan serta digunapakai ketika perbicaraan. Contoh-contoh dokumen ialah seperti salinan kad pengenalan, salinan pengesahan qariah, salinan perakuan nikah, salinan sijil kelahiran anak, salinan laporan polis, salinan bil-bil utiliti dan elektrik, salinan resit bayaran, salinan laporan perubatan, salinan perjanjian, gambar-gambar dan sebagainya.

Proses ini adalah dinamakan sebagai peringkat sebutan kes. Peringkat inilah Plaintif dan Defendan akan menyediakan pelbagai persiapan untuk menghadapi peringkat perbicaraan. Dimaklumkan bahawa sebutan kes ini adalah yang melibatkan serahan saman secara kendiri namun untuk kes yang terpaksa dibuat serahan serahan gantian mempunyai sedikit berbeza. Penjelasan mengenai proses serahan gantian akan disediakan selepas ini.

Ikatan dokumen juga akan menghadapi beberapa keadaan yang berbeza. Keadaan itu adalah apabila ikatan-ikatan yang difailkan dipertikaikan kewujudannya. Maka di sini, mahkamah hendaklah mengarahkan bahawa diasingkan dokumen-dokumen yang dipertikaikan kerana satu perbicaraan bagi membuktikan keesahan dan kesahihan dokumen tersebut perlu diadakan. Perbicaraan ini akan melibatkan mahkamah terpaksa memanggil dengan cara “sepina” orang yang bertanggungjawab dengan pengeluaran dokumen atau orang menyedia dan merekod dokumen tersebut.

Proses sebutan boleh menyebabkan berlarutan panjang tempohnya apabila terdapat beberapa situasi seperti pihak-pihak tidak hadir, peguam tidak hadir, proses perlantikkan dan pertukaran peguam, hakim menghadiri kursus, kes-kes kecemasan, proses penyedian dokumen (pliding), proses serahan saman secara gantian dan banyak lagi.

Tulisan ini tidak berhasrat untuk menerang secara satu persatu situasi yang disebut di atas tetapi mungkin beberapa daripadanya dapat dijelaskan. Sekiranya berlaku serahan saman kepada Defendan tidak dapat disempurnakan secara kerdiri maka satu bentuk serahan alternatif atau gantian harus dibuat. Proses ini haruslah dibuat permohonan terlebih dahulu kepada mahkamah samada dengan cara lisan atau bertulis. Selepas mahkamah memberikan kebenaran maka proses berkenaan dapatlah disempurnakan dengan apa-apa cara yang dipohon. Sebagai contoh mengiklankan di dalam akhbar, tampalan di premis atau mahkamah, serah kepada wakil atau orang ketiga dan sebagainya.

Mungkin ada yang tertanya bagaimana pula bentuk proses permohonan bertulis. Itulah yang disarankan dan disebut disetiap para tulisan bahawa khidmat peguam amatlah diperlukan bagi melancarkan segala prosiding sebutan. Kebarangkalian boleh berlaku di mana mahkamah akan menyediakan satu “hard copy” yang diletakkan di papan kenyataan. Tetapi sejauhmana pula pihak-pihak terlibat mampu mengendalikannya tanpa kefahaman undang-undang.

Apa-apa pun terpulang kepada masing-masing. Inilah beberapa prosedur yang harus dilalui setiap tuntutan perceraian Takliq dan Fasakh di Mahkamah Syariah di Pulau Pinang. Semua ini diklasifikasikan sebagai zon sebutan kes di Mahkamah. Sebutan tidak akan panjang kalau tidak panjangnya akal yang terlibat. Renungkan.

Setelah selesai melalui proses sebutan ini Mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan. Kemungkinan rangkaian tarikh perbicaraan penuh atau satu tarikh dan bersambung satu tarikh ditetapkan Mahkamah atas pertimbangan dan keadilan bersama. Prosiding perbicaraan adalah jauh berbeza dengan sebutan. Jelasnya, perbicaraan melibatkan keterangan Plaintif dan Defendan, saksi-saksi, pembuktian dokumen dan sebagainya.

Kerana itu, janganlah asyik mudah menyalahkan Mahkamah Syariah melambatkan kes. Cuba memahami undang-undang dalam situasi sebenar. Sudah tentu satu jawapan jelas dan rasional didapati di sana. Demikian itu, sama-sama dan bersamalah memastikan Mahkamah Syariah sebagai Institusi Kehakiman dan keadilan yang Agung di bumi Allah SWT. InsyaAllah.

46 comments:

Anonymous said...

banyak info.. Thanks

Anonymous said...

Ustaz ni keja kat penang ke?

Ibn al-Hayazi said...

Sama-sama

Anonymous said...

boleh minta copy x?

Anonymous said...

di dalam tempoh menunggu perbicaraan kes, bolehkan pihak plantif(isteri) mendapatkan perlindungan tempat tinggal? kerana dikuatiri akan dicederakan oleh suami sekiranya masih tinggal bersama selepas suami mendapat tahu (plantif)isteri telah memfailkan fasakh.mohon ustaz dapat menjawab..

sahabat islam said...

salam...
Di dalam kes pembubaran perkahwinan secara fasakh, lazimnya isteri akan tinggal berasingan dari suami samada tinggal bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Namun, sekiranya isteri tidak mempunyai tempat tinggal sebagai contoh keluarga berada jauh, kawan pula takut untuk memberi tempat perlindungan, maka isteri hendaklah membuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan IPO [Interim Protection Order] yang dikeluarkan oleh majistret. Dalam perintah itu, suami tidak dibenarkan berada berada isteri dan mendekatinya. Inilah yang paling terbaik...

Anonymous said...

Salam ustaz,

Suami saya telah melafaz talak terhadap saya pada bulan ramadan lepas di luar mahkamah tanpa saksi. Saya meyakini jatuh talak dgn lafaznya. Saya meminta beliau mencari tempat tinggal yg lain dan membenarkan saya tinggal di rumah kelamin sepanjang tempoh iddah. Malangnya dia mengarahkan saya keluar dari rumahnya kerana menurutnya saya tiada hak ke atas rumah tersebut.

Apabila saya hadir ke mahkamah bagi pengesahan cerai suami tidak mengakui lafaz talaknya dan telah bersumpah di hadapan hakim. Ekoran itu, mahkamah memutuskan kami masih suami isteri.

Di luar mahkamah suami mengajak saya rujuk kembali tetapi saya tidak dapat menerimanya kerana sikapnya yang sering menganiaya perasaan saya dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Suami menyatakan sekiranya dia mengaku di mahkamah dan hakim memutuskan jatuh talak dia akan dikenakan denda RM1000.
Dia meminta saya balik ke rumah dan rujuk di rumah supaya dirinya terselamat.

Suami juga beberapa kali datang ke rumah sewa saya dengan tujuan untuk membawa saya balik ke rumah bagi melayan nafsunya. Namun, saya tidak dapat menurut kehendaknya kerana saya meyakini talak tersebut jatuh di sisi Allah dan saya tidak tergamak untuk melakukan perzinaan.

Pada bulan okt lepas, saya memfailkan tuntutan cerai dan dipanggil untuk mendengar kes kali pertama pada 1 nov. Ketika ditanya oleh hakim, suami tidak bersetuju untuk melafaz talak dan dia meminta kes ditangguhkan.
Mahkamah menangguhkan kes ke tarikh 27 dis. Suami pula enggan hadir pada tarikh tersebut dan meminta saya membatalkan kes.

Apa pendapat ustaz tentang situasi saya? Apa yang harus saya lakukan? Saya tak mau terus digantung tak bertali seperti ini. Mohon pandangan ustaz..

Ibn al-Hayazi said...

Salam Puan,

Saya cuba berikan sedikit pandandan. Masalah yang dihadapi oleh puan selalu berlaku terhadap isteri-isteri hari ini. Banyak bersabarlah.
Merujuk kepada masalah puan itu, maka saya mencadangkan supaya puan dapatkan peguam untuk mendapatkan pembelaan dari segi perundangan. Puan boleh mendapatkan khidmat peguam swasta yang berbayar atau peguam kerajaan iaitu Jabatan Bantuan Guaman. Kemudian, sekiranya puan tidak lagi berhasrat meneruskan perkahwinan yang di bina bersama suami itu disebabkan penganiayaan yang dilakukan oleh suami, maka puan dinasihatkan memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah. Tetapi proses ini puan dicadangkan melantik peguam. Berkenaan kes yang puan telah failkan, saya tidak pasti apa sebenarnya kes yang difailkan itu. Adakah kes di bawah seksyen 47 atau 50 atau 53.
Walaubagaimanapun, penerangan yang lebih jelas adalah secara bersemuka dan meneliti dokumen-dokumen yang sedia ada. Puan sekali lagi saya cadangkan supaya mendapatkan khidmat peguam bagi masalah dan juga kes yang telah difailkan itu.
Puan boleh menghubungi saya melalui facebook : http://www.facebook.com/ibn.alhayazi.

Anonymous said...

Kes yang telah saya failkan tersebut ialah permohonan cerai secara talak (seksyen 47).

Dalam situasi saya ini, jika suami masih tidak bersetuju untuk melafaz talak adakah kes akan dirujuk ke proses majlis hakam? Adakah hakam boleh mendapatkan kuasa talak daripada suami dan mengeluarkan perintah perceraian?

Sekiranya saya memfailkan tuntutan fasakh pula adakah kes boleh selesai walaupun suami enggan hadir ke mahkamah? Setahu saya kes fasakh memakan masa yang lama dan plaintif perlu membawa saksi ke mahkamah. Masalahnya ketika suami menganiaya perasaan saya dengan pelbagai tuduhan dan fitnah tiada orang yang menyaksikannya melainkan Allah. Mesej-mesej daripada suami yang menuduh saya dengan tuduhan yang bukan-bukan kebanyakannya telah saya delete kerana ia hanya menyebabkan saya menangis apabila membacanya. Hanya beberapa mesej yang tinggal. Jadi bolehkah kes selesai dalam keadaan sebegini?

Ibn al-Hayazi said...

Salam Puan..

Kes permohonan perceraian di bawah seksyen 47 biasanya diselesaikan apabila kedua-dua belah bersetuju. Walaubagaimanapun, kes tersebut boleh dipanjangkan ke Jawatankuasa Pendamai dan seterusnya Timbangtara Hakam. Perceraian di bawah seksyen ini juga akhirnya akan selesai tetapi mengambil sedikit masa.

Berhubung permohonan fasakh pula, puan hendaklah memastikan isu (dakwaan) yang ingin dikemukakan ke mahkamah itu boleh menyakinkan hakim/mahkamah dengan mengemukakan saksi (2) orang lelaki atau (1) lelaki dan (2) perempuan [bilangan minima saksi]. Selain itu, bukti-bukti lain yang berbentuk dokumentasi, video, gambar dan sebagainya juga diperlukan bagi memuaskan hati mahkamah. Sesungguhnya agak sukar apabila semua yang dinyatakan di atas tidak dipenuhi di dalam prosiding kes fasakh.

Di dalam kes fasakh juga, mahkamah boleh meneruskan kes walaupun tanpa kehadiran pihak suami (Defendan)tetapi dengan syarat saman berjaya disempurnakan kepada suami (Defendan).

Namun demikian, sebagai kata akhir, saya cadangan puan berjumpa dengan peguam syarie terlebih dahulu dan dapatkan pandangan mereka sebelum membuat sebarang tindakan dan kesimpulan. Waallahu aqlam...

Anonymous said...

Wsalam ustaz,
Terima kasih atas penjelasan dan nasihat yang ustaz berikan. Sedikit sebanyak dapat memberikan saya ruang kepada penyelesaian masalah yg saya hadapi ketika ini.
Doakan semoga kes saya di Malaysia Timur ini dipermudahkan Allah..

Ibn al-Hayazi said...

Ameen..Saya doakan semoga kes pun berjalan dengan lancar dan baik. Diharap juga agar puan dan suami dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan beroleh rahmat serta pertunjuk dari Allah swt.

Anonymous said...

as salam ustaz
saya berhajat utk mefailkan takliq terhadap suami saya berikutan dia gagal menjalankan tanggungjawbnya sbg suami. dia tidak memberikan nafkah kepada saya sewajarnya, dia tidak balik sejak 3 bulan yg lepas, dia selalu meminta wang belanja dari saya, dia kahwin dgn pinjaman kewangan dari saya, cincin tunang + nikah adalah 90% duit saya. semua urusan menggunakan duit saya. dia tidak membantu. dia ego, sukar utk berkomunikasi. saya sudah tidak tahan dgn sikapnya. saya ingin pendapat ustaz, adakah ini cuku[ kuat utk saya failkan takliq?? saya nekad ingin berpisah dengannya.

Anonymous said...

As-salam,
Sy telah failkan kes di mahkamah bagi tuntutan fasakh, dalam masa yang sama saya telah keluar dari rumah kelamin kami dan sekarang saya tinggal bersama ibu, adakah saya boleh dituduh nusyuz oleh suami kerana keluar rumah tanpa kebenarannya?

Anonymous said...

As-salam,
Boleh tak isteri menuntut fasakh sekiranya suami selama ini memberi nafkah dari sumber haram. Walaupun setelah dinasihati suami masih tidak berubah. Untuk menghindari dari perbuatan tersebut, adakah isteri boleh menuntut fasakh.
Terima kasih.

Anonymous said...

salam ustaz,saya telah fail cerai fasakh,soalan saya ialah,rumah yang saya dan anak-anak duduki adalah harta sepencarian dan suami pun masih menduduki rumah tersebut.kami duduk bilik berasingan dan tidak bertutur selama hampir tiga tahun.wang perbelanjaan rumah dan anak anak, saya yang tanggung.oleh kerana suami mengambil staff loan,potongan rumah dibuat melalui potongan gaji suami,adakah saya berhak keatas rumah tersebut setelah cerai fasakh.

Anonymous said...

Salam. Ustaz, mohon copy ye?
Ustaz, saya baru nak failkan fasakh. saya dah letih dengan sikap suami yang boros dan pentingkan kawan2. Pinjaman peribadi saya untuk membuat rumah mencecah RM100K habis dibelanjanya. Adakah sebarang cara untuk membuktikan dia menggunakan wang itu? Saya risau kehidupan saya dan anak-anak selepas ini kerana pinjaman itu sudah maksimum

Anonymous said...

Salam .. sy ingin betanyakn pendapat ttg masaalah yg sy hadapi, sy dh berkhwin hmpir 1thn lbh dan baru2 ini sy dapati suami sy curang sy trjumpa peralatan wanita dlm rumah semasa ketiadaan sy. apabila sy bertanya suami sy menafikn walhal sebelum ini pernah terkantoi msg2 dia dgn wanita lain wlpn bergaduh sy ttp maafkn dn beri peluang wlpn dh berkali2. sy ada pergi ke pjb agama utk menuntut cerai tp dinasihtkn agar mndptkn kaunseling trlbh dahulu. suami bekeras xmahu ceraikn sy tp sy ttp dgn kputusan sy krn sy xblh terima hakikat dia bw wanita lain ke rmh kami. sy mahu berpindah kluar tp dia tdk izinkn dia mahu sy trs tggl d rmh kami dan buat masa ini kami tggal berasingan . soaln sy jika sy ttp pindah kluar dr rmh tanpa izin selagi masih begelar isteri adakah sy blh membuat tuntutan nafkah/harta sepencarian kpd suami bila proses penceraian nanti atau suami blh mnyatakn sy nusyus /ingkar yg akan myebabkn sy tdk dpt membuat sebarang tuntutan?

Anonymous said...

Asalamualaikum..
Saya ingin bertanya.. saya telah berkahwin dengan seorang saudara baru... dia memeluk islam kerana ingin berkahwin dgn saya.. saya sangkakan setelah berkahwin dia akan ikhlas memeluk islam.. tapi sebaliknya.. setelah 3tahun lebih perkahwinan kami dia masih enggan menghadirkan diri ke kelas agama yg diarahkan oleh jabatan agama negeri.. masih lagi memakan daging babi dan masih lagi menyembah tokong... dia juga masih enggan menukar nama asal ke nama islam... i.c juga dia enggan tukar.. anak saya dinamakan dengan nama cina dan tiada berbintikan namanya sedangkan pernikahan kami sah.. dia juga enggan memberitahu keluarganya.. pertanyaan saya... sah ke perkahwinan saya sekarang? adakah perkahwinan saya telah terbatal dr segi huku islam? haruskah saya memohon pembubaran perkahwinan? bila ditegah mesti pertengkaran akan terjadi... saya kasihankan dia... tapi saya takut masa depan anak saya akan terjejas dan keliru... sekarang dia tinggal bersama keluraganya beragama budha...saya enggan mengikutnya kerana saya tidak sanggup tinggal bersama keluarganya.. selama ini kami tinggal dirumah keluarga saya...

Anonymous said...

salam..
saya ingin meminta pandangan.
pada 6 bulan lepas , suami saya telah melafazkan cerai taklik ketika kami bergaduh.kejadian berlaku di kuantan. Lafaz suami berbunyi " memang aku ceraikan kau bila smp KL nnt'.. pada keesokkan harinya kami pulang ke KL. seminggu kemudian sy bertanya kembali pada suami, apakah dia sedar apa yg dia katakan..dia kata dia tak kata apa2 dan jgn pk lagi. baru2ni berlaku lagi perselisihan faham, dan saya telah mengadu pada kakak saya.sy turut menceritakan peristiwa yg berlaku digambang. kakak nasihatkan sy untuk mendptkan pandangan ustaz dan pej agama. Beberapa ustaz telah sy tny dan kebanyakann mengata talak sudah jatuh kerana telah smp di KL. Sy kemudian membuat rujukan di pej agama. Ustaz di pej agama juga menyatakan secara dasarnya talak sudah jatuh dan jika jatuh maka tidak boleh dirujuk krn telah melebihi tempoh edah. ustaz tersebut jg meminta sy merujuk kpd pihak mahkamah untuk mendpt pengesahan. Sy kemudian ke bhg mahkamah di pej agama tersebut. Walaubagaimanpun,sesampai di kaunter, pihak pegawai yg bertugas menyatakan adakah suami mempunyai niat ketika menyatakan lafaz tersebut. Suami terus menjawab ' dia tidak berniat". Apa yg menghairankan saya.. pegawai tersebut terus berkata bahawa lafaz tersebut tidak jatuh dan kami boleh pulang. Saya masih ragu2 ..sedangkan kesemua ustaz yg saya tny mengatakan lafaz itu jatuh ttp pegawai di kaunter pula berkata ia berdasarkan niat.. Jd sy mahu bertny adakah mahkamah akn menentukan keputusan lafaz itu berdasarkan niat suami?

Anonymous said...

Assalamualaiku....
Saya ingin bertanya, saya telah bercerai dengan suami pada tahun 2009. Setelah bercerai saya telah membuat tuntutan melalui peguam iaitu tuntutan edah, mutaah dan harta sepencarian.....kes saya terlalu lama berjalan tanpa penyelesaian hingga kini disebabkan teknikal dan masalah tiada kerjasama dari bekas suami...
Saya sudah putus asa dan ingin batalkan tuntutan tersebut...dan hidup dengan aman damai..bagaimanakah caranya....?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.sy soalan tetang tuntutan fasakh.sy hidup bersama suami hampir 16 thn perbezaan umur sy dgn suami 32thn.sy 36 dn suami skrg 68thn.die memang panas baran dari dulu lg.sy pernah d tendang sepak terajang d pukul d maki bila berlakunye pergaduhan.sy sabar atas dasar syang.skrg die xmampu lg berikan nafkah batin hampir 2 thn.kali trakhir kami bersetubuh 5 bln yg lalu.sy masih lg sabar walau pun batin sy tersiksa.bila sy d peluk timbul rase keinginan.tp sy hnya diam dn menangis tapi 2 hari yg lepas berlakunye pertelinhkahan skali lg die tumbuk sy dari blakang.sy baru saje buat tuntutan fasakh tp malangnye peguam tu kata aladan sy xkukuh sbb tampa bukti.sbb sy tiada saksi semasa d pukul. Dn persoalan yg ingin tahu adakah masalah sy ini boleh d failkan tuntutan fasakh.tlg ustaz sy tersangat buntu.

Anonymous said...

Sy juga isteri ke 2.isteri sana 8org ank dn sy seorg ank.tp mcm mana pun sy d berikan tarikh ke mahkamah pada 4/7/13.peguam tu menyatakan mungkin pihak mahkamah akn tolak kes sekiranye tiada bukti yg kukuh. Sy memang dh mengambil keputusan untuk berpisah dgn suami sy.dn sy dh bersedia hadapi hidup tampanye d masa akan datang. Peguam dari biro guaman...

Anonymous said...

Saya sudah failkan penceraian d makamah dan sudah menghantar saman kpd isteri, persoalannya seandainya
isteri tidak dpt hadir pada tarikh yg telah di tentukan, kerana tiggal jauh bolehkah sya lafazkan talak dimakamah kerana kami dah lama tak tinggal sebumbung.

Anonymous said...

bang, mintak copy..........tq

Unknown said...

Saya minta maaf..tapi memang lambat..kes mak saya..bapa sy xpulang lebih 5 tahun..baru mak sy buat tuntutan fasakh..mak sy menderita..hampir 5 tahun yg berikut ye..maafla..sampai hakim bertukar baru mak sy dpt lepas..bcerai..pikirkan..masa 10 tahun mak sy masih isteri org..tp kena jalankn tanggungjawab sebagai ketua rumah.minta bantuan..tp ditolak kerana status berkahwin..derita ye Allah saje yg tahu

Unknown said...

Dan saya pun menghadapinya..hmm..proses cerai fasakh..hampir 8 bulan..masih belum apa apa..utk ambil biro guaman..peguam syarie makan masa 2 bulan..sy pun xtahu nk ckp..

Anonymous said...

Tgk jgk hakim yg bertugas,ade hakim yg telus dlm kje nye,skjap je kes bole settle,mmg salute ngn hakim cmni

Anonymous said...

Law ade duit better b'urusan ngn peguam swasta,mmg puas ati,bnd yg mkn taun bole settle bulan je

Nurfatin said...

Assalamualaikum encik.
minta izin utk copy...

Anonymous said...

Assalamualaikum. . .
Mohon pencerahan sekiranya berlaku Penceraian Secara Taklik iaitu Suami ada membaca Lafaz Taklik di belakang sijil nikah kemudiannya suami meninggalkan isteri hampir Setahun lebih tanpa khabar berita atau nafkah baik dari suami atau wakil.. Bila dia adukan ke Hakim Syarie dan terbukti apa yg berlaku adalah benar dan sahih. Adakah tempoh iddah dikira selepas pengesahan tersebut atau sebaliknya. . .

Anonymous said...

salam ustaz sy nk Tanya pandangan ustas...sepupu sy sudah bercerai...masalahnye dia hendak menyelesaikan hal harta sepencarian diluar mahkamah...sebb bekas isterinye hanya meminta rm5,000 dan kereta saga itu sahaja ape perlu dia lakukan ..adekah kena rujuk pada mane2 peguam??sepupu saya buntu...terima kasih ustaz...wassalam

Anonymous said...

assalammualaikum ustaz ... sy nak minta pandangan
yg boleh membantu saya ..

begini ringkasan sedikit kisah yg sy , sy telah bernikah dgn

seorang janda
pada bln 4 yg lalu , pernikahan sy cuma bertahan 1 bln saje ..
selepas 2 minggu nikah , isteri sy buat hal dan menunjukkan sikap

sebenar.

sy tiada perkerjaaan tetap ,cuma jual kuih saje. isteri pula

berkerja dlm
sektor kerajaan . sy berasa teraniaya dan tertipu dlm pernikahan

ni ..

isteri sy sebenarnya ada lelaki lain . dan dia ingin minta cerai

dr sy sbb
mahu berkahwin dgn lelaki itu . pada sy , kenapa mahu

mempergunakan
sy dlm pernikahan ini sedangkan dia ada lelaki lain ? dia sendiri

mengakui
pd sy .... bila dah tahu sy ni tiada keja tetap dan pendaptan

tetap , mengapa
mahu juga kawin dgn sy ? mungkin sbb dia maukan duit hantaran

,emas yg sy
hadiahkan pd nya ?

secara logiknya sy berasa teraniaya lah dlm hal begini .. dia

meninggalkan dan
melarikan diri dr hidup sy sewaktu sy sedang mencari pekerjaan

baru ... sy kesal
sbb dia sanggup berbohong mcm2 hal pd sy ,, yg pasti dia sentiasa

mencari
cerita yg tidak benar dan mengadakan rekaan semata mahu menutup

kesilapannya
supaya org lain percaya sy ni lelaki yg tk berguna sedangkan dia

bergembira dgn
lelaki itu dan pergunakan sy utk kepentingan hidup dia ..

bila dah kawin sy dpt tahu dia punyai hutang keliling pinggang

drpihak bank dan
berhutang semata mahu hidup mewah ..... sy betul2 tertekan dlm

situasi begini

bkn sekadar dia meninggalkan sy , malah dia halau sy dr rumah dia

.. sy akui
sy org miskin , tapi jgn aniaya sy mcm ni ... dia juga minta

cerai dr sy tanpa sebab
dan juga mengajar sy mahu lafazkan cerai d luar mahkamah ... tapi

sy tak sebodoh itu

apa yg sy tahu dia telah pun pasang peguam dan telah mengfailkan

kes cerai
di mahkamah .... sy tk pasti apa tuntutan paslu dan rekaan

penipunya pd peguam
dan mahkamah utk melepaskan semua ni ,.. sy tak mampu nk pasang

peguam

jadi di sebabkan rasa tertekan dan kecewa ... sy tidak mahu ambil

tahu apa
yg dia buat ni ... surat penyata saman sy tidak terima , malah

surat dr pihak
mahkamah utk notis sebutan kes pun tiada.. apa yg pasti ibu sy

ada bg tahu
ada seorang wakil peguam yg dtg ke rumah ibu sy utk serahkan

saman
tapi ketika itu sy tiada sbb sy tidak tinggal lagi bersama ibu sy

bukan setakat itu .... ibu sy ada menyatakan org dari mahkamah

tel rumah ibu
dan bertanya tentang sy dan menyatakan tarikh ke mahkamah ,,,

setahu sy lah
pihak mahkamah tidak akn tel rumah .. hanya surat rasmi dari

mahkmah saje
yg d post ke rumah .... mungkin ini keja peguam dia,,,,

ustaz, bila sy ambil anak org secara baik dgn bernikah ,,, dan

bila sy di aniaya
sebegini ,,, hati sy hancur dan kecewa ... mudah sungguh wanita

pergunakan
lelaki cth dlm kes sy nii ,,,, kalau beginilah ramai wanita msia

ada sikap sebgitu
byklah lelaki teraniaya dlm pernikahan ,,,,, menikah utk dptkan

duit dan emas
dgn mudah ,,,, senang nya ye ?

bila dia buat sy mcm ni ,,, sampai mati pun sy tak kan pegi

mahkamah
senangnya dia pergunakan sy ,,,kemudian buat onar mcm2 hal ,dan
minta cerai ,,,,,hurmmm ,,,, persoalannya sekarang yg

hakim,peguam
mahkamah tidak tahu ,,,,,, ialah kenapa mahu persalahkan saya
padahal dia tahu sy tiada keje tetap ,, tiada duit,,, orang

miskin
tapi kenapa mahu bernikah dgn sy ? kemudian mereka cite yg
tidak benar mengatakan sy ni lelaki tak bertanggungjwb ,, logik

ke ?

dlm waktu yg lain dia berfoya dgn jantan lain ,,, malah byk bukti
sy jumpa dlm hset dia dan pengakuan dr mulut dia sendiri
bila dia tahu sy dah dpt tangkap kecurangannya ,,, dia
spt pempuan gila ,, tumbuk sepak sy ,,, pempuan jenis apa ye ?

kemudian mudahnya minta cerai setelah dah dpt duit dan emas
sy bagi ,,,,, senang nk hidup mewah perangkap lelaki

maaflah ustaz penulisan sy tidak teratur dan sy menulis
ketika sy dlm keadaan tertekan ,,

biarlah dia tuntut fasakah dan biar dia mkn sumpah
di mahkamah nanti ,, sampai mati pun sy tak kan
maafkan pempuan kotor sebegini ,,,,,

wsalam dari lelaki miskin yg teraniaya.

Unknown said...

Salam ustaz kalau suami ugut " nk cerai x?? Kalau nk cerai mai tdo dgn aku" adakah consider cerai

Anwarul Islam said...

Assalamualaikum Ustaz..saya pelajar ting 6..saya perlu membuat kajian mengenai prosiding penceraian di Pulau Pinang..Izinkan saya copy sedikit bahan tulisan ustaz...

Nur Hidayah Hashim said...

MINTA KEBENARAN TUK COPY YA USTAZ

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz, minta izin untuk copy sedikit bahan tulisan ustaz, kami kena buat assigmnt berkenaan prosiding kes mal. Syukran ustaz.

imanikinbiz said...

Salam ustaz,sy ingin brtanye...suami sy sudah 2 tahun menghilangkan diri tanpa sebarang berita dan sy blm memfailkn fasakh...dan ada kbr angin yg menyatakan yg dia berada di penjara skrg ni...ape tindakan yg patut sy lakukn ustaz? Mohon pncerahan....

Anonymous said...

Salam uztaz..sy ingin bertanya seksyen 23 dan 52 2 apa ya.??

Anonymous said...

Salam ustaz...isteri saya baru saja memfailkan fasakh di makhamah atas sebab kes2 lalu....tp sy masih sayangkan dia..ada ke cara utk saya membatalkan kes tersebut memandangkan saya masih menyayangi beliau dan masih ini terus bersama. Utk info ust..saya tidak pernah mengasari isteri saya..harap usraz dpt membantu.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Asalamualaikum ustaz di sini saya ingin bertanyakan kepada ustaz dengan masalah yg saya hadapi..suami sy melafazkan cerai pada tahun 2010 masa tu anak sy berusia masuk 3thn..kami nikah pada tahun 2007 di kurniakan anak sorg perempuan..

Suami melafazkan lafaz cerai tersebut berbunyi

*malam ni aku ceraikan kau dengan takak 1*

bersaksikan mak mertua sy iya itu mak kepada suami..dengan keadaan normal..

Dan pada malam itu sy keluar rumah..tinggal dgn kawan baik sy perempuan selama tempoh lepas lafaz cerai..kami tak bersama selama tempoh masa yg lama dan panjang..jarak dari tahun 2010 sehingga 2016..sy tak rujuk dengan jbtan agama gomak kl tempat kami nikah atas dasar nak memberi ruang utk bersama kembali..

Saya tak di beri nafkah dan sebagai nya dalam tempoh 2010-2016..

Sy bertahan atas dasar sayangkan anak yang nak membesar..demi nak jaga hati seorang anak sy dan suami tak buat tuntutan apa2 di makamah..selama hampir 6tahun kami tak bersama dan tinggal pun berasingan..saya nk selamatkan rumah tangga kami demi anak..sedangakn sy tak tahan dengan sikap nya yg suka naik tangan puluk semua sy sabar demi anak..dlm pada tempoh yg lama dia berubah sy beri dia peluang utk diri dia dan sy utk d perbaiki sama2 tapi apa yg saya nampak dia mmg dah tak perlukan sy lg..cuma dia tak buka file..dia nk sy yg buat semua..tp apa sy dapat?

Dlm masa 6thn sy tinggal d penang..2016 awal tahun sy buka file pengesahan cerai..surat 3 kali di hantar alasan suami tak terima..makamah syariah penang balik pulau putuskan minta sy tuntut fasakh perkahwinan..

Persoalan nya di sini ustaz..macam mna saya nak tuntut fasakh perkahwinan?mengunakan guaman kerajaan?adakah kes saya makan masa yang lama?kes report polis pada tahun 2010 masa suami dera sy ada simpn original smpai sekarang..masa tu hospital kuala lumpur ada buat pemeriksaan ke atas saya selepas di dera pun sy simpan smpai ke hari nie..minta pendapat ustaz..kami nk pisah cara baik suami engan beri kerja sama..

Terima kasih banyak ustaz atas kerja sama ustaz berikan pada sy..arap dgn ini ustaz boleh beri sy sedikit ruang untuk balas kalau tak keberatan..

Asslamualaikum ustaz..luahan hati dari Ain penang

yuna said...

assalamualaikum, mintak izin nak copy ye, tq

CASH FIRM LOAN said...

Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.

Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
untuk memberi bantuan kewangan kepada orang
Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

emel: cashfirmarena@gmail.com


Selamat sejahtera
Sir Joel Williams
FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
Ketua Pegawai Eksekutif
Tel: +601111850392
Email: cashfirmarena@gmail.com
Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

Unknown said...

Salam..Bole ke isteri menuntut penjanjian dari suami tidak akan menganggu atau tidak bole tinggal di negeri isteri tinggal skg.. sebelum isteri menarik report setelah suami jatuh hukum dimakamah atas kesalahan keganasan rumah tangga..kerana si isteri risau keselamatnye kerana suami pernah acu pisau cuba membunuh si isteri..bagaimana proses peceraian kami nanti..

Unknown said...

assalamualaikum
1.isteri memberi alasan seperti sebab pertama suami tidak bekerja tetap dan mengalami banyak masalah serta terlibat dengan dadah dalam satu perengan dalam penyata tuntutan cerai.dalam sebab pertama ini mempunyai maksud 3 perkara tuduhan.dalam tuduhan ini hanya satu saja yang benar(tidak bekerja tetap)dan 2 lagi tu adalah fitnah.

-adakah defendan wajib menjawab ketiga2nya atau jawab salah satu dari pertuduhan itu?

-apakah jenis tuntutan/cerai/talak yang dipohon isteri ini?

2.suami isteri tinggal dirumah keluarga mertua(keluarga ibu bapa isteri) dan suami dah tak tahan dengan hasutan ibu mertuanya selalu menghasut isteri untuk bercerai.isteri enggan mengikut suaminya berpindah dan isterinya memfafailkan
penceraian di mahkamah setelah suaminya telah berpindah membawa anaknya yang berumur 5tahun serta menyekolahkan anaknya itu.saman telah pun diberikan kediri tetapi suami enggan menandatanganinya.

-apakah yang harus dilakukan oleh suaminya yang takut akan kehilangan hadhanah penjagaan anaknya itu sekiranya menceraikan isterinya ?

-apakah akan terjadi sekiranya suami tidak hadir pada tarikh saman itu ?

3.isteri telah mengambil salinan asal sijil nikah,sijil kelahiran anak,mykid dan tidak mahu menyerahkan kepada suaminya apabila diminta.

-apakah tindakan dan harus dilakukan oleh suaminya untuk mendapatkan kesemua salinan asal yang dipegang isterinya itu ?

si suami sememangnya ingin melepaskan isterinya dari dulu lagi kerana isterinya yang tidak menjalankan tanggungjawab seorang isteri dari segu zahir dan batin.isteri dari berhijab terus tak berhijab tidak pernah solat.isteri curang belakang suaminya.suami yang bekerja selama 6tahun tempoh perkahwinan ini.suami bersabar dan tetap pertahankan rumahtangga kerana sayangkan anak dan tahu akan jatuh hadhanah anak kepada isterinya sekira bercerai.

-apakah yang perlu dilakukan oleh suaminya untuk mendapatkan hak jagaan anaknya itu sebelum/selepas penceraian ?

mohon tuan bagi tips langkah yang terbaik .
sekian terima kasih.
assalamualaikum.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini