11/18/2009

Harapan Penulis...

Assalamualaikum wbt..
Kepada pembaca-pembaca, pelayar-pelayar internet dan pengemar-pengemar laman blog...

Ana di sini ingin meluahkan beberapa kekesalan dan kekecewaan. Di mana ana dapati ada suara-suara yang menyatakan segala artikel atau penulisan ana di dalam blog, semuanya “copy & paste”. Ana rasa dakwaan dan tuduhan begitu haruslah dibuktikan dengan bukti-bukti dan sandaran hujah yang kuat.


Sebelum itu, dinyatakan dahulu bahawa istilah “copy” atau dalam bahasa melayunya bermakna salin, membawa makna membuat salinan semula apa-apa yang terkandung di dalam bahan atau sesuatu asalnya kepada tempat lain atau bahan baru. Begitulah lebih kurang maknanya. Jadi, mereka yang menuduh dan mendakwa ana menyalin bererti ana telah melakukan salinan semula kandungan asalnya ke dalam blog ana.


Ana rasa tidak menjadi satu kesalahan, apabila maklumat mentah yang terdapat di dalam kitab muktabar asal atau apa-apa artikel asal diolah semula dengan gaya bahasa yang berbeza. Pendekatan begini pada ana tidak membawa sebarang tujuan peribadi atau sebagainya. Ana mencipta blog ini dan memaparkan artikel di dalamnya adalah bertujuan untuk mengembangkan ilmiah dan turut ingin berkongsi mengenainya.


Firman Allah swt lagi yang bermaksud :
“Berwaspadalah! Laknat Allah swt ke atas orang-orang yang berbohong” surah hud, ayat 18. Manakala mafhum daripada maksud tafsir ayat al-Quran “Fitnah itu besar dosanya berbanding dengan membunuh”.


Walaubagaimanpun, sekiranya ada kalian yang mendakwa sedemikian, maka ana cabar beliau untuk nyatakan dalam komen ana beberapa pembuktian seperti berikut :
a) Tajuk Artikel ana
b) Buku Asal yang ana “Copy”
c) Muka Surat
d) Nama Pengarang


Ana harap sangatlah, kalian semua dapat memahami objektif dan matlamat ana mencipta blog ini dan segala penulisan yang terdapat di dalamnya.
Sekian..Terima kasih..

Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, 3.32 pm, 17 November 2009..

3 comments:

goldsniper said...

sabau je ler tuan,,,mungkin ini adalah dugaan daripada allah untuk menaikkan smgt tuan dlm penulisan ilmiah tuan. teruskan menulis sehingga hujung nyawa..wassalam

Faizal@poyan said...

salam..

hehehehe terasa pedas apabila terbaca entry ini...huhuhuhuu apa-apa pun teruskan lah menulis tak salah klu nak copy paste klu benda itu membawa kebaikkan pada ummah

RijaLudDin uL-Haq said...

copy and paste tue biasalah...cuma istilahnya sahaja yang kebiasannya ditanggap negatif kerana mempelagiat usaha dari individu lain...
.
kalau dilihat dari segi pengembangan ilmu,itulah kaedah yang paling bagus dan cepat..tapi kalau dilihat dari segi faktor perniagaan,dah tentu ianya merugikan..
.
bagi sayalah,kaedah copy and paste nih macam kaedah penyampaian seperti kisah wahyu pertama iaitu surah al-'Alaq..iaitu firman Allah yang kemudian disampaikan kepada Nabi SAW.bukankah ini kaedah copy paste..
.
kepada sesiapa yang terasa negatif terhadap kaedah copy paste,ini pesanan saya..simpanlah walau satu huruf dan jgn sebar kepada org lain samapai anda mati.
.
kepada saudara ibnu al-hayazi,go on...buat tak tau je..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini