12/11/2009

Hutang ; Konsep dan Pemahaman Ringkas (Bahagian Pertama)





Ulasan Penulis :
Di bawah tajuk ini, saya kan cuba ulas dan kupaskan beberapa konsep dan kefahaman mengenai masalah hutang. Dan tajuk ini juga akan disambungkan dengan tajuk akan datang iaitu “Saman Penghutang Penghakiman”.

Alhamdulillah,,,
Hutang dari segi bahasa bermaksud potong. Dari segi istilah ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.


Pengertian secara khususnya pula bermakna segala jenis tanggungan hutang ke atas seseorang berupa harta yang wajib dibayar. Manakala ibn Abidin menyifatkan hutang ialah satu tanggunganyang terbentuk daripada suatu kontrak atau disebabkan oleh sesuatu kemudharatan yang menimpa seseorang kerana tindakan orang lain. Ibn Human pula berkata, hutang ialah harta yang berada dalam tanggungan seseorang yang wajib dibayar seperti gantirugi sesuatu kerosakkan, hutang harga barang, kontrak manfaat dan sewaan. Jumhur ulama Syafie, maliki dan hambali mentakrifkan bahawa hutang ialah satu tanggungan harta yang sabit disebabkan oleh sesuatu yang berlaku ke atas seseorang. Muktakhirin iaitu Dr. Wahbah al-Zuhaily memberikan definisi yang lebih mudah iaitu kontrak khusus yang melibatkan penyerahan harta mithliy kepada individu tertentu dan individu tersebut akan memulangkan semula harta mithliy yang sama dengannya dalam tempoh masa tertentu.

Firman Allah SWT di dalm surah al-Baqarah ayat 245 bermaksud : “Siapakah orangnya (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagi pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah SWT melipatgandakan balsannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah SWT jualah yang menyempit dan Yang Meluaskan (pemberi rezeki) kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”. Dan ayat yang lain pula “Apabila kamu berhutang maka, hendaklah kamu catatkan”. Surah al-Baqarah 282. Dan dalam ayat yang lain “Jika penghutang berada di dalam kesukaran untuk membayar maka tunggulah sehingga masa dia senang”. Al-Baqarah 280.

Kemudian hadis nabi saw dari Abu Hurairah ra pula bermaksud “Sesiapa yang mengambil hak milik orang (berhutang) dan dia mahu membayarnya semula nescaya Allah SWT akan membayarkan untuknya. Sesiapa yang mengambilnya untuk memusnahkannya (tidak mahu membayarnya) nescaya Allah SWT akan memusnahkannya (mengazabkannya).

Dari Abu Hurairah lagi bahawa nabi saw telah bersabda bermaksud : “Sesiapa yang melapangkan orang Islam dari kesusahan / kesedihan hidup di dunia, maka Allah SWT melapangkan kesusahan / Kesedihan dari kesusahan / kesedihannya di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang dalam kesulitan, maka Allah SWT memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah SWT menolong hambanya, selama hambaNya menolong saudaranya”.

Hutang pada asalnya adalah harus. Tetapi hukum ini akan berubah kepada beberapa hukum lain sekiranya tindakan berhutang tersebut mempunyai agenda dan matlamat tertentu. Hutang menjadi Haram apabila hutang itu digunakan untuk semua perkara-perkara yang diharamkan. Kemudian, makruh berhutang apabila menggunakan utuk perkara-perkara yang tidak mendatang sebarang manfaat dan faedah. Dan wajib berhutang apabila hutang tersebut dapat menampung kehidupan penghutang dan keluarganya daripada masalah ekonomi.

Rukun-rukun dalam kontrak urus tadbir hutang ini ada 5 iaitu penghutang, pemiutang, barang yang dihutang, lafaz penawaran penghutang dan persetujuan pemiutang. Disyaratkan pula kepada penghutang dan pemiutang itu mestilah seorang yang waras akal fikirannya, kemudian hutang tersebut bukanlah atas dasar paksaan dan mestilah kerelaan penghutang serta pemiutang seorang yang mampu memberikan hutang. Syarat juga dikenakan ke atas barang yang dihutang, di antaranya ialah barang-barang yang dihutang boleh dimiliki dan sah untuk urusniaga jual beli secara salam. Selain itu, barangan hutang juga mestilah barangan yang boleh dibayar atau digantikan semula. Dalam aspek lafaz penawaran dan persetujuan pula tiada syarat yang terperinci dikhusukan. Memadai sekadar lafaz yang digunakan difahami oleh kedua-dua pihak yang berakad.

Hutang juga mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri dan mestilah ia dipatuhi dalam setiap urus tadbir ini. Pertamanya, kadar hutang mestilah diketahui di dalam majlis akad. Tidak kiralah walau dalam apa-ap pun bentuk seperti timbagan, bilangan, nilai tambah, ukuran, keluasan dan sebagainya. Kedua pula, hutang tersebut mestilah satu jenis dan tidak bercampur dengan jenis yang lain. Sebagai contoh berhutang sebungkus gula yang terdapat di dalam bungkusan tersebut juga campuran garam dan tepung.

*sambungan di dalam bahagian kedua....
10 Disember 2009, 18:14:48 pm, Kulim, Kedah darul Aman

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya ada sedikit persoalan tentang aspek lafaz hutang..

Adakah lafaz penawaran dan persetujuan perlu dalam bentuk lisan atau juga boleh sekiranya di lakukan dalam bentuk penulisan?

Harap dapat berikan sedikit penjelasan

Terima Kasih

Nur Ilmu

Ibn al-Hayazi said...

Salam,,
Terima kasih kepada Nur Ilmu di atas kesudian enta @ enti melayari dan membaca sedikit sebanyak penulisan saya yang serba kekuurangan ini.

Merujuk kepada persoalan yang enta maksudkan tu, sebagai ringkas jawapan kedua-dua boleh diamalkan samada dengan lisan sahaja atau keduanya.

Kita lihat hari ini banyak kontrak hutang yang melibatkan jumlah atau aset yang mahal nilainya maka sudah tentu kedua akad tersebut boleh dibuat secara bertulis. Sedangkan bukti hutang dan kontrak boleh dikeluarkan secara bertulis maka tidak mustahil lafaz akad hutang juga dibuat secara begitu...

Satu pengkaedahan Fiqhiyyah :
"Asal hukum dalam urusan muamalat adalah diharuskan sehingga terdapat dalil dan bukti pengharamannya"

"Kemashlatan adalah diharuskan"

Inilah beberapa pandangan yang dapat diutarakan sebagai jawapan di pihak saya. Namun enta @ enti boleh merujuk kepada yang lebih faqih di dalam muamalat ini.
Wa Allahu 'alam....
05/01/2010

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Saya ingin bertanya. Apakah doa2 untuk
mempermudahkan penghutang yang liat membayar
hutang kepada kita?

Anonymous said...

as'kum..
.
doanya ialah,: Ya Allah, jauhkanlah aku dari bebanan hutang dan lembutkanlah hati orang yang berhutang denganku agar membayar hutang kepadaku, amin..."
.
bro,Allah mengetahui dan memahami semua bahasa...doa yang paling khusyuk,hikmah, akan dimakbulkan Allah walau apa bahasa sekali pun...ok?-private_lawyer

Anonymous said...

Assalamualaikum, nk tnya amek dekat bk mn? Nk wat assgment hee

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini