1/03/2010

Hadith Dan Pembahagiannya (Part I)



Hadith ini mempunyai banyak klasifikasi atau pembahagiannya. Ulama telah membahagikan dan membahaskan kepada enam dasar utama iaitu ;


i) Berdasarkan bilangan perawi / sanad. Ia pula terbahagi kepada dua iaitu :


a) Hadith Mutawatir. Hadith ini dikira sabit secara qat’ie. Setiap orang wajib mempercayai kebenaraannya dan setaraf dengan al-Quran. Sesiapa yang mengingkarinya maka hukumnya ia mengingkari al-Quran juga dan haram. Hadith Mutawatir juga terbahagi kepada dua iaitu Mutawatir Lafzi dan Mutawatir Maknawi.



Syarat-syarat untuk menjadikan sesebuah hadith itu Mutawatir dengan empat keadaan :


1) Keterlibatan ramai perawi dalam periwayatan.
2) Hendaklah bilangan yang ramai di setiap tabaqah (yakni di setiap zaman sahabat, tabi’ien, itba’ tabi’ien)
3) Hendaklah sejumlah bilangan tersebut mustahil berpakat atau berkomplot untuk memalsukannya.
4) Hendaklah proses periwayatan itu berlangsung secara langsung melalui tangkapan pancaindera sebagai contoh seorang perawi mengatakan “aku dengar” dan sebagainya.


b) Hadith Ahad. Hadith Ahad ini dihukum dan disabit secara zanni. Hal ini disebabkan hadith ini tidak mencapai tahap kriteria hadith mutawatir pada sudut syarat-syaratnya. Walapun secara zanni tetapi wajib beramal dengannya dan boleh dijadikan hujah sepertimana hadith mutawatir. Ia pula terbahagi kepada tiga iaitu


1) Hadith Masyhur. Kriterianya ialah diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh tiga perawi atau lebih di setiap tabaqah. Ia juga dibahagkan kepada dua iaitu Masyhur al-Istilah dan Masyhur Bukan al-Istilah.


2) Hadith Aziz. Kriterianya ialah diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh dua perawi di setiap tabaqah.


3) Hadith Gharib. Kriterianya ialah diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh seorang perawi di setiap tabaqah. Hadith Gharib ini dbahagikanpula kepada dua iaitu Gharib al-Mutlak dan Gharib an-Nisbi.



ii) Berdasarkan asal-usul punca matannya. Ia juga dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :


a) Hadith Qudsi ialah sesuatu hadith yang disandarkan kepada Allah swt dari segi asal-usul punca matan. Yakni membawa maksud bahawa segala lafaz matannya daripada Rasulullah saw akan tetapi maksudnya datang daripada Allah swt. Hadith Qudsi tidak semestinya sahih. Hukumnya yang sebenar samalah juga dengan hadith nabawi yang lain iaitu diukur dari segi matan dan sanadnya.


b) Hadith Marfu’ ialah sesuatu hadith yang disandarkan kepada Baginda Rasulullah saw dari segi asal-usul punca matan. Samada ia secara perkataan, perbuatan, akuan dan sifat.


c) Hadith Mawquf ialah sesuatu hadith yang disandarkan kepada Para sahabat dari segi asal-usul punca matan. Samada ia secara perkataan, perbuatan, akuan dan sifat.


d) Hadith Maqtu’ ialah sesuatu hadith yang disandarkan kepada Sesorang para Tabi’ein dari segi asal-usul punca matan. Samada ia secara perkataan, perbuatan, akuan dan sifat.


Jam 17:00, Kulim, Kedah Darul Aman. 03.01.2010 bersamaan 17.01.1431


1 comments:

Anonymous said...

Salam... Mohon kebenaran save perkongsian ilmu yg b'manfaat ni ye ~ :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini