1/25/2010

Tajdid dan Pemikirannya



Tajdid berasal dari kata kerja jaddada, yujaddidu, tajdid. Ia diterjemahkan ke bahas melayu sebagai memperbaharui sesuatu. Istilahnya pula bermaksud pembaharuan didalam agama. Pembaharuan di dalam agama bermaksud memperbaharui kefahaman dan kesedaran beragama, sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun tindakan, sebagai reaksi pemulihan agama dari penyakit dalaman ataupun luaran yang menyesatkan ummah dari jalan kebenaran.


Abu ‘ala al-Maududi mendefinisikan tajdid sebagai usaha memurnikan Islam dari noda-noda Jahiliyyah kemudian berjuang sekuat tenaga dengan ikhlas untuk menghidupkan Islam. Selain itu, tajdid juga ditafsirkan sebagai usaha menghidupkan kembali sunnah Rasulullah saw yang ditenggelamkan oleh bid’ah ciptaan manusia. Ia juga disama ertikan dengan ihya’ iaitu menghidupkan kembali ajaran Islam.


Hadis dari Abu daud bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt akan membangkitkan untuk umat ini pada awal seratus tahun orang yang akan mentajdidkan (memperbaharui) urusan agama mereka.


Tajdid bertujuan membendung pengaruh asing dan menjamin kemurnian ajaran Islam dari pengaruh dan ancaman asing. Malahan ianya juga berperanan untuk meneguh kefahaman dan keyakinan terhadap ajaran agama yang mula dilupai dan ditinggalkan akibat perubahan zaman. Selain itu, ulama juga telah mengaris beberapa tugas seseorang mujaddid iaitu menghuraikan maksud sebenar ajaran agama yang telah diselewengkan oleh golongan tertentu, mematahkan hujah yang batil dan menolak dakwaan yang palsu serta menyanngah interprestasi negatif dan fahaman yang salah yang menjadi pegangan orang ramai.


Di antara puncanya yang menyebabkan perlunya gerakan tajdid ini kerana berlaku perubahan iman, sikap jati diri dan sebagainya. Malahan pertukaran masa dan zaman juga akan membawa perubahan dalam kehidupan manusia. Perjalanan masa ini juga mengakibatkanagama terdedah dengan percampuran fahaman dan ideologi tradisi dan budaya semasa. Dalam pada itu juga, pengaruh arus permodenan yang dibawa melalui campurtangan dan penjajahan barat turut memberi impak kepada perubahan ini. Semuanya ini memerlukan kepada satu gerakan reformasi tajdid yang mampu memulihkannya ke landasan asal dan asli.


Di antara tokoh tajdid ialah :
1) Umar bin Abd Aziz (61-101 H)
2) Hasan al-Basri (21-110 H)
3) Imam Abu Hanifah (wafat 150 H)
4) Imam Malik (wafat 179 H)
5) Imam Shafie’ (wafat 204 H)
6) Imam Hanafi (164-241 H)
7) Abu Hassan al-‘Asya’ari (260-324 H)
8) Imam al-Ghazali (450-505 H)
9) Al-Syeikh Abd Kadir al-Jilani (470-561 H)
10) Ibn al-Jauzi (508-597 H)
11) Salahuddin al-Ayubi (wafat 589 H)
12) Izzuddin Abd salam (wafat 660 H)
13) Jalaluddin al-Rumi (604-672 H)
14) Ibn Taimiyyah (661-728 H)
15) Syeikh Ahmad Sirhind (975-1034 H)
16) Shah Waliyullah al-Dihlawi (1114-1176 H)
17) Muhammad bin Abd Wahab (1115-1206 H)


Kemudian pada zaman moden kini pula ialah :
1) Jamaluddin al-Afghani (1838-1897 H)
2) Muhammad Abduh (1849-1905 H)
3) Hassan al-Banna (1906-1949 H) gerakkan Ikhwanul Muslimin
4) Bediuzzzaman Said Nursi (1290-1379 H) gerakkan jemaah al-Nur
5) Abu al-A’ala al-Maududi (1903-1979 H) gerakkan Jamiyat al-Islam





Penang, Jam 10:00, 08.01.2010, Ibn al-Hayazi al-Kedahi....

2 comments:

Mat Top said...

diharapkan tuan edit semula tahun kewafatan tokoh2 berkenaan samada H=hijrah, M=masihi.

Anonymous said...

satu lagi enta tertinggal. .syeikh Dr. Yusof Al Qardhawi

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini