2/07/2010

Komentar ; Proses Pengesahan Cerai di Mahkamah


Soalan :


Saya nak tau pasal proses pengesahan cerai di mahkamah...


Jawapan dan Komentar :


Alhamdulillah, saya telah membaca permintaan saudari dalam blog ini beberapa minggu yang lalu. Namun saya minta maaf kerana terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakan beberapa penjelasan dan komentar ini. Kebelakangan ini, mungkin saya agak sibuk dengan urusan kerja yang terlalu menimbun. Namun INSYAALAH, dikesempatan ini saya berikan yang terbaik sekadar kemampuan yang diberi pinjam oleh Allah swt.


Terlebih dahulu saya bersyukur dan memanjat kesyukuran kepada Allah swt kerana masih memberi nafas untuk menghirup udara-udara yang segar di dunia yang fana ini. Selawat salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.


Alhamdulillah,,
Sebelum itu eloklah dijelaskan terlebih dahulu bahawa “Proses pengesahan cerai” di mahkamah membawa maksud permohonan untuk mengesahkan lafaz perceraian yang telah berlaku di luar mahkamah. Ini kerana ramai yang tersalah faham di mana mereka beranggapan bahawa proses pengesahan cerai beerti permohonan ingin bercerai. Saya harap selepas ini saudara/i dapatlah memahami situasi penggunaaan perkataan ini.


Proses pengesahan lafaz cerai di mahkamah tidaklah begitu rumit urusannya. Namun perlu diketahui bahawa setiap kes atau tindakan di mahkamah hendaklah mengikut beberapa prosuder yang ditetapkan. Dalam kes ini, suami atau isteri hendaklah memfailkan saman berserta penyataan tuntutan kepada mahkamah terlebih dahulu. Bentuk saman dan penyataan tuntutan ini bolehlah didapati di mahkamah atau melalui mana-mana pejabat peguam.


Bentuk saman selalunya tidak menjadi masalah kerana mahkamah akan sediakan kepada pihak-pihak (orang awam). Cumanya penyata tuntutan sahaja mestilah disediakan sendiri oleh pihak-pihak berpandukan contoh yang diberikan Mahkamah. Berikut adalah maklumat yang perlu diyatakan di dalam penyataan tuntutan secara berperenggan :


1) Nama dan maklumat Plaintif (isteri atau suami)
2) Nama dan maklumat Defendan (suami atau isteri)
3) Maklumat latar belakang perkahwinan dan disertakan juga maklumat keluarga.
4) Maklumat kehidupan perkahwinan secara ringkas.
5) Maklumat lafaz perceraian yang telah dibuat di luar mahkamah.



Maklumat ini hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tepat. Pastikan perkataan lafaz itu dinyatakan dengan betul sepertiman yang telah berlaku. Begitu juga masa dan tempat lafaz serta bilangan lafaz. Sebarang kesilapan maklumat memungkinkan keputusan yang salah diberikan.


Setelah saman dan penyataan telah difailkan kepada mahkamah maka satu tarikh akan ditetapkan untuk sebutan pertama kes. Tarikh sebutan pertama bertujuan untuk saman tersebut diserahkan kepada Defendan (suami/isteri) (rujuk situasi ini dari mana-mana pengamal undang-undang. Saya tidak memberi penjelasan kerana agak terlalu panjang). Setelah saman berjaya diserahkan kepada Defendan dan apabila Defendan juga menghadirkan diri pada tarikh tersebut maka mahkamah mengajukan beberapa soalan kepada Defendan seperti di bawah :


1. Adakah kamu telah menerima saman dan penyataan tuntutan yang difailkan oleh Plaintif?
2. Adakah kamu telah membaca dan memahaminya?
3. Adakah kamu mengakui segala penyataan tersebut?


Maka, sekiranya Defendan mengakui penyataan tersebut mahkamah boleh meneruskan perbicaraan pada tarikh tersebut. Tetapi sekiranya pula Defendan menafikan segala penyataan yang terkandung di dalam maka mahkamah akan mengarahkan Defendan memfailkan pembelaannya dan menetapkan satu tarikh baru untuk tindakan itu.


Ringkasnya, apabila Defendan telah berjaya memfailkan pembelaan kepada mahkamah dan sesalinan juga diberikan kepada Plaintif maka mahkamah boleh membicarakan pada tarikh berkenaan atau mungkin juga satu tarikh ditetapkan bagi sesi perbicaraan dijalankan. Setelah selesai pebicaraan maka mahkamah barulah mengeluarkan apa-apa perintah dan keputusan mengenainya.


Perlu diingatkan juga bahawa perbicaraan akan melibatkan beberapa saksi disebelah Plaintif dan juga Defendan. Situasi begini akan berlaku setelah kedua-dua belah saling tidak mengakui dan menafikan segala penyataan yang difailkan. Sebaliknya pula, apabila pihak-pihak mengakui dan menyetujui penyataan yang difailkan maka perbicaraan yang dijalankan agak mudah dan tanpa memerlukan saksi.


Begitulah sedikit sebanyak penjelasan dan komentar yang mampu saya kongsikan kepada saudari di atas persoalan yang diajukan. Sekiranya komentar ini masih tidak menjawab persoalan saudari, saya harap saudari utarakan semula persoalan tersebut melalui :


lisanislam@gmail.com atau ibn al-Hayazi (facebook) atau http://www.ikhwanulislam.blogspot.com/ atau +6017-3792 686...


sekian, assalamualaikum...

13 comments:

Ahmad said...

Barakallahu fik

private_Lawyer said...

testing ja..

Anonymous said...

minta izin copy untuk nota dalam pelajaran....

Anonymous said...

saya dan bekas suami dah bercerai setahun yg lalu.. bekas suami sudah beberapa kali mengajak utk membuat pengesahan cerai.. namun saya menolak dengan alasan saya masih mahu kembali pdanya.. saya hanya akan ke mahkamah jika tujuannya adalah rujuk.. bekas suami adakala balik ke rumah dan bermalam dgn alasan anak.. ataupun ketika ahli keluarga dari kg datang untuk menziarah... utk pengetahuan tuan.. tiada seorang pun ahli keluarga yang tahu akan perceraian ini... sehingga saya merasakan dia masih lg suami saya yg sah... adakah jika saya menafikan lafaznya ketika di mahkamah kelak... perkahwinan kami dpt diselamatkan... sbb ketika lafaz dibuat, tiada saksi.. hanya saya dan dia sahaja.. anak saya yg berusia 8thn ketika itu sudahpun tidur..

Anonymous said...

salam,ustaz...
saya ingin bertanya tentang saman yang dikenakan pada suami yang melafazkan talaq di luar mahkamah dan bagaimana caranya untuk memohon rayuan kerana tidak mampu untuk membayar saman tersebut.terima kasih dan harap dapat diungkai secepat mungkin kerana kami akan ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini.

nur said...

minta izin copy untuk bahan pelajaran

Unknown said...

Assalmualaikum Ustaz,
Terima kasih kerana di sini kerana banyak maklumat yang saya dapat di sini. Saya akan ke makamah pada 4/7/13 untuk kes pengesahan cerai di luar makamah di mana isteri saya melantik peguam. Saya mewakili diri saya sendiri mengharap dapat tunjuk ajar dari Ustaz apa persiapan yang saya perlu buat sebelum ke mahkamah nanti. Saman dari peguam isteri saya akan saya terima 2-3 hari nanti.

Anonymous said...

salam,,,mohon izin untk copy ye...

Anonymous said...

Salam.. Saman brapa rm?

Dayang said...

Kenapa tiba2 dpt saman nak cerai ni? Mana kaunseling bagai? Kenapa suami mempunyai hak nak saman kpd isteri? Mana pergi kaunseling sebelum? Sy musykil

Dayang said...

Kalo di luar pengetahuan isteri mcm mana? Tiba2 dpt surat saman cerai

Anonymous said...

Apa masalah dan kekeliruan berkaitan nikah cerai rujuk sila ke mahkamah, jagan dapatkan pandangan dan keputusan daripada tok imam, saudara mara dsbg. jika yang dah terlanjur melafazkan cerai, perkahwinan boleh diselamatkan. mahkamah tidak menghalang tuan puan untuk berbaik atau berkahwin semula. yang penting datang secepat yg boleh kerana segala apa yang berlaku masih diingat secara jelas. kalau dh bertahun-tahun berlalu, mungkin kita dah lupa kejadian yg sebenar.

Anonymous said...

Assalamualaikum, Bantu saya kerana suami menafikan lafaz Dan saya ingin bercerai, APA yg harus saya lakukan ?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini