1/25/2010

Tajdid dan Pemikirannya



Tajdid berasal dari kata kerja jaddada, yujaddidu, tajdid. Ia diterjemahkan ke bahas melayu sebagai memperbaharui sesuatu. Istilahnya pula bermaksud pembaharuan didalam agama. Pembaharuan di dalam agama bermaksud memperbaharui kefahaman dan kesedaran beragama, sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun tindakan, sebagai reaksi pemulihan agama dari penyakit dalaman ataupun luaran yang menyesatkan ummah dari jalan kebenaran.


Abu ‘ala al-Maududi mendefinisikan tajdid sebagai usaha memurnikan Islam dari noda-noda Jahiliyyah kemudian berjuang sekuat tenaga dengan ikhlas untuk menghidupkan Islam. Selain itu, tajdid juga ditafsirkan sebagai usaha menghidupkan kembali sunnah Rasulullah saw yang ditenggelamkan oleh bid’ah ciptaan manusia. Ia juga disama ertikan dengan ihya’ iaitu menghidupkan kembali ajaran Islam.


Hadis dari Abu daud bahawa Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt akan membangkitkan untuk umat ini pada awal seratus tahun orang yang akan mentajdidkan (memperbaharui) urusan agama mereka.


Tajdid bertujuan membendung pengaruh asing dan menjamin kemurnian ajaran Islam dari pengaruh dan ancaman asing. Malahan ianya juga berperanan untuk meneguh kefahaman dan keyakinan terhadap ajaran agama yang mula dilupai dan ditinggalkan akibat perubahan zaman. Selain itu, ulama juga telah mengaris beberapa tugas seseorang mujaddid iaitu menghuraikan maksud sebenar ajaran agama yang telah diselewengkan oleh golongan tertentu, mematahkan hujah yang batil dan menolak dakwaan yang palsu serta menyanngah interprestasi negatif dan fahaman yang salah yang menjadi pegangan orang ramai.


Di antara puncanya yang menyebabkan perlunya gerakan tajdid ini kerana berlaku perubahan iman, sikap jati diri dan sebagainya. Malahan pertukaran masa dan zaman juga akan membawa perubahan dalam kehidupan manusia. Perjalanan masa ini juga mengakibatkanagama terdedah dengan percampuran fahaman dan ideologi tradisi dan budaya semasa. Dalam pada itu juga, pengaruh arus permodenan yang dibawa melalui campurtangan dan penjajahan barat turut memberi impak kepada perubahan ini. Semuanya ini memerlukan kepada satu gerakan reformasi tajdid yang mampu memulihkannya ke landasan asal dan asli.


Di antara tokoh tajdid ialah :
1) Umar bin Abd Aziz (61-101 H)
2) Hasan al-Basri (21-110 H)
3) Imam Abu Hanifah (wafat 150 H)
4) Imam Malik (wafat 179 H)
5) Imam Shafie’ (wafat 204 H)
6) Imam Hanafi (164-241 H)
7) Abu Hassan al-‘Asya’ari (260-324 H)
8) Imam al-Ghazali (450-505 H)
9) Al-Syeikh Abd Kadir al-Jilani (470-561 H)
10) Ibn al-Jauzi (508-597 H)
11) Salahuddin al-Ayubi (wafat 589 H)
12) Izzuddin Abd salam (wafat 660 H)
13) Jalaluddin al-Rumi (604-672 H)
14) Ibn Taimiyyah (661-728 H)
15) Syeikh Ahmad Sirhind (975-1034 H)
16) Shah Waliyullah al-Dihlawi (1114-1176 H)
17) Muhammad bin Abd Wahab (1115-1206 H)


Kemudian pada zaman moden kini pula ialah :
1) Jamaluddin al-Afghani (1838-1897 H)
2) Muhammad Abduh (1849-1905 H)
3) Hassan al-Banna (1906-1949 H) gerakkan Ikhwanul Muslimin
4) Bediuzzzaman Said Nursi (1290-1379 H) gerakkan jemaah al-Nur
5) Abu al-A’ala al-Maududi (1903-1979 H) gerakkan Jamiyat al-Islam





Penang, Jam 10:00, 08.01.2010, Ibn al-Hayazi al-Kedahi....
BACA SELANJUTNYA... - Tajdid dan Pemikirannya
Baca selanjutnya.. - Tajdid dan Pemikirannya

Akidah Yang Kuat Menangkis Ancaman...

Akidah yang benar dan sah merupakan syarat utama bagi setiap manusia yang mengakui Islam sebagai agama yang menentukan arah hidup di atas muka bumi ALLAH SWT yang fana ini. Maka, dengan itu terdapat beberapa garis panduan kepada umat Islam bagi merealisasikan pengakuannya menerima Islam...


1. Mengimani dan menyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah swt dan tidak memerlukansebarang pertolongan lain. (rujuk surah al-Anbiya’ : 22)


2. Mengimani bahawa Allah swt tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan atau erti kata lain main-main. (rujuk surah al-Mukminun : 115-116)


3. Mengimani dan menyakini bahawa Allah swt telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk mengajar manusia tentang matlamat hidup. (rujuk surah an-Nahl : 36)


4. Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia untuk mengenal Allah swt. (rujuk surah adz-Zariyat : 56-58)


5. Mengimani dan menyakini bahawa ketaatan diberikan ganjaran syurga dan orang-orang kafir maka neraka tempatnya. (rujuk surah asy-Syura : 7)


6. Mengimani dan menyakini bahawa manusia boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kemahuannya. Tetapi hakikatnya semua itu berdasarkan taufik dan pertolongan serta kehendak Allah swt. (rujuk surah asy-Syams : 7-10)


7. Mengimani dan menyakini pensyariatan undang-undang adalah mutlak Allah swt. (rujuk surah asy-Syura : 10 )


8. Mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah swt.


9. Berfikir mengenai makhluk ciptaan Allah swt dan bukannya zat Allah swt.


10. Mengenal segala sifat-sifat Allah swt dan segala kesempurnaan sifat uluhiyahNya.


11. Berkeyakinan bahawa pendapat slafus sleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan takwil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah swt.


12. Mestilah mengabdikan diri hanya semat-mata kepada Allah swt tidak mensyirikkan Allah swt dengan sesuatu.


13. Hendaklah takut kepada Allah swt dan tidak takut selain kepada selain daripada Allah swt. (rujuk surah al-Mulk : 12)


14. Mestilah sentiasa mengingati Allah swt dan sentiasa bezikir menyebut nama Allah swt. Sekiranya diam, biarlah diam itu berfikir dan bertutur pula kerana berzikir. (rujuk surahal-Ra’d : 28)


15. Mestilah mencintai Allah swt dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah swt dan sentiasa bergantung kepadaNya. (rujuk surah al-Taubah : 24)


16. Mestilah bertawakkal kepada Allah swt dalam segala urusan. Maksudnya kebergantungan kepada Allah swt di atas semua tindakan dan perkara yang berlaku. (rujuk surah al-Talaq : 3)


17. Mestilah bersyukur kepada Alah swt di atas segala nikmat dan kurniaanya yang tiada tandingan. (rujuk surah an.Nahl : 78)


18. Mestilah meminta ampun dari Allah swt dan sentiasa bertaubat kerana istiqfar itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan di samping memperbaharui taubat dan keimanan. (rujuk surah an-Nisa’ : 110).


19. Mestilah sentiasa dalam keadaan bermuraqabah terhadap Alah swt, baik di dalam keadaan terang mahupun sembunyi. (rujuk surah al-Mujadilah : 7)


Alor Setar, Kedah, Jam 1300, 22.12.2009... Layarilah juga facebook ; ibn al-Hayazi @ lisanislam@gmail.com

BACA SELANJUTNYA... - Akidah Yang Kuat Menangkis Ancaman...
Baca selanjutnya.. - Akidah Yang Kuat Menangkis Ancaman...

1/06/2010

Anak-anak dan Ancamannya...


Tajuk :

"Kejayaan anak-anak sering dikaitkan dengan pengorbanan ibubapa dalam mendidik dan mengawasi perkembangan pendidikan mereka. Sebaliknya,kebiadaban dan sikap kurang ajar serta keruntuhan moral dan akhlakmereka pula.........Siapa yang bertanggungjawab?...." Mohon pandangan sahabat-sahabat semua.....



Ikutilah Diskusi di bawah :




Ahmad Shakib Bin Ismail
Environment and globalization one of rhe reason...World without boundary create more disadvantages...so anak2 kena bersiap sedia dari segi ilmu n pegangan yang kuat baru tk hanyut dengan dunia kemodenan yang tk terkawal...
pada 13hb Disember 2009 pukul 3.16 ptg ·


Ibn Al-Hayazi
To Ahmad Shakib : setuju pandangan yang diberikan.. Teapi bagaimana persediaan dari ibubapa pula?
pada 13hb Disember 2009 pukul 3.26 ptg ·


Ahmad Shakib Bin Ismail
Ibubapa bagi sebaik mungkin pedoman n ilmu untuk anak2 nescaya segala yang buruk dpt dihidarkan dan cahaya kebaikan akan muncul pada setiap keaadaan...amin..
pada 13hb Disember 2009 pukul 3.30 ptg ·


Qurratu Aini Mohd Saufi
salam..depend pd situasi la...ade sesetngah 2..ibu bapa dah didik btol2..tp ank2 terpengaruh dengan kawan..ade jgak y xdapat perhtian mak ayah..=)
pada 13hb Disember 2009 pukul 8.42 ptg ·


Ibn Al-Hayazi
To Qurratu : setuju dgn pandangan tu...
pada 13hb Disember 2009 pukul 9.17 ptg ·


Aznurrena Che Wan
Bagaimana pula kaitan keruntuhan akhlak dgn pemakanan makanan haram/ yg dragui status halalnya (yg kini bnyk kita dengari)/ seumpamanya (perolehan wang ibubapa atau penjaga yg kurang berkat)?
pada 13hb Disember 2009 pukul 9.42 ptg ·


Qurratu Aini Mohd Saufi
itu berpunca ats ibu bapa la...maybe ank2 xtau punca rezeki y diorang mkn 2 dtg dri mne...y pntg semuanye bergntung pd indvidu menilainye...=)
pada 13hb Disember 2009 pukul 9.52 ptg ·


Zawiyah Akhir
erm...segalanya berlaku mengikut pekembangan individu... btol seperti di atas...suasana dan situasi mempengaruhi ind.. tetapi...da best thing..ketika di awal usia..pendidikan untuk anak2 sangat penting...di bawah usia 6 thn..ibu bapa, guru2 dan keluarga perlu beri perhatian lebih ke atas perkembangan kanak2, tak rugi pd sy sume ni... insyaAllah in future skrg2 nyer mereka bole berfikir dgn lbh baik sebelum membuat tindakan. itu pndapat sy...
pada 13hb Disember 2009 pukul 10.08 ptg ·


Muhammad Al
macam mana acuan mcm itulah bentuknya.. kadang2 anak2 lupa jasa n pengorban ibu bapa..
pada 13hb Disember 2009 pukul 10.16 ptg ·


Qurratu Aini Mohd Saufi
pendidikan pd ank2 mmg sgt important..tp kita xbleh salahkn ibu bapa jer...besenye ibu bapa nk y terbaik tok ank2 nye...tp kita sebagai ank y salah menilainye...
pada 13hb Disember 2009 pukul 10.21 ptg ·


Roni Rohani
pendidikan merupakan proses memanusiakan manusia menjadi manusia..proses ini bknnya mudah.. kepincangan akhlak n moral yg berlaku ada kaitan antara institusi kekeluargaan, sekolah, masyarakat, media n sebagainya..rasanya perkara ini dah terlalu banyak dibincangkan tetapi tahap moral n akhlak ank2 muda ttp ditakuk lama malah kian membimbangkan..
pada 13hb Disember 2009 pukul 11.36 ptg ·


Ibn Al-Hayazi
To All of u :Syukran di atas sambutan kalian memberikan pandangan dan perkongsian ilmu.satu syair arab yg ingin dikongsikan bersamadi mana telah menyebut seperti berikut :"تلعب ولدك بسبعين,تاءديب ولدك بسبعين,تصاحب ولدك بسبعين"Maksudnya : Peringkat 7 tahun pertama Ibubapa haruslah bermain dengan anak, kemudian 7 tahun seterusnya ialah tempoh untuk menjana dan mempasak secara jitu pengetahuan asas kepada mereka dan 7 tahun selepasnya ialah di mana ibupada mestilah menjadikan anak-anak sebagai kawan dan sahabat. Pendekatan begini, saya percaya dan yakin mampu mengawal malah membimbing anak-anak daripada terus terjebak dengan apa-apa aktiviti yang tidak sihat. Namun tidak dinafikan bahawa terlalu banyak ancaman dan malapetaka buatan manusia yang berada di luar sana yang senantiasa menunggu bayangan golongan muda iaitu anak-anak. Justeru itu,keseriusan ibubapa mengawasi anak-anak mereka secara konsep berkawan sepertimana syair arab itu tadi, saya sekali lagi yakin bahawa peratusan dan kebarangkalian anak-anak terlibat dengan masalah moral dan sosial ini mampu dikurangkan dan di atasi malah juga dapat dijauhkan.Fenomena kejatuhan akhlak muda-mudi kita adalah salah satu faktor yang mana saya dapat lihat ialah kurang rasa hormat atau "respect" dengan ibubapa. Bila mana, bapa sendiri tidak menghormati anak maka begitula sebaliknya malah akan lebih buruk lagi. Jadi pendekatan bersahabat dengan anak mampu mengurangkan jurang perbezaan di antara keduanya serta dapat memupuk sikap hormat menghormati. Maka di sinilah, satu platform untuk menjana perkembangan dan meletakkan satu format tetap dalam pemikiran serta perbatasan kepada anak-anak kita untuk mengharungi kehidupan bersaingan di luar kelak."والله اعلم"Saya akan sambung penulisan yang lebih tersusun lagi di dalam blog...
pada 14hb Disember 2009 pukul 12.18 pagi ·


Ahmad Shakib Bin Ismail
Ya betul2 disokong...sepenuhnya..
pada 14hb Disember 2009 pukul 8.31 pagi ·


Zawiyah Akhir
sokong gak...haha~
pada 14hb Disember 2009 pukul 9.47 ptg ·
BACA SELANJUTNYA... - Anak-anak dan Ancamannya...
Baca selanjutnya.. - Anak-anak dan Ancamannya...

Nafkah & Isu-isunya


Tajuk :
Hari ini, golongan wanita atau isteri wajar memberi nafkah kepada suami sekiranya suami tidak berkemampuan menyediakan peruntukkan nafkah keluarga yang secukupnya dengan sempurna. Erti kata lain, membantu tanpa mengharap pembalasan dari suaminya....

Ikutilah sesi diskusi di bawah :


Nik Suhaimi
seorang zaujun wajib myediakan nfkh m'ikut kemampuannya... sbg zaujah pula yg m'punyai pdptan sdiri, boleh mggunakn budi bcara dlm m'bantu zaujun dari segi perbekanjaan kluga dgn syarat bukanlah semua bebanan tgggjawb t'sebut diletakkan di atas bahu zaujah sepenuhnya
Isn pada pukul 1.19 pagi ·

Ibn Al-Hayazi
Alhamdulillah. Syukran Tuan Nik Suhaimi...Aku mengahargai pandangan yang diutarakan. Bahkan, pandangan tersebut juga sangat disanjung disokong. Namun, aku merasakan kontek budicara itu agak nampak boleh dirungkai sedikit untuk membawa maksud kepada bantuan tetap tetapi tidak menetapkan kadarnya. Bagaimana tuan melihat?Alasannya, aku melihat kepada fenomena hari ini. Kenaikkan harga barang yang agak hebat dan ditambah rencahnya lagi dengan persekitaran menekan kewangan, maka sudah pasti pendapatan isi rumah perlu digembeleng bersama dalam memastikan kelancaran dan kelestarian sesebuah institusi yang dibina. Bagaimana tuan melihat?
Isn pada pukul 7.44 pagi ·

Norfaizah Binti Kamari
lemak la tu nak mintak pempuan yang carik nafkah...tu yg lelaki selalu take an advantage of that lembutnya n lemahnye pempuan tu
Isn pada pukul 8.53 pagi ·

Wan Norhafizah
mnjdi TANGGUNGJAWAB SUAMI utk sediakan nafkah kpd isteri.dan bknnye meletakkan beban isteri MEMBERI NAFKAH KEPADA SUAMI.isteri cuma membantu suami dan bkn mjdi tggungjwb yg kekal.dats y ade peruntukan fasakh/taklik yg membenarkan isteri mohon fasakh/taklik sekiranya suami xbg nafkah 3bln bturut2.klo suami xmmpu nk sediakan nafkah untuk isteri, dan isteri plak yg kn bagi nafkah kpd suami, APELAH TGGJWB SUAMI SEBENARNYE??biarpn isteri yg keje bgs, gj tgi, namun nafkah itu ttp kpd SUAMI.xmampu nk bg nafkah kpd isteri, n nk hrp isteri je tggung sume bnda(BAGI NAFKAH KPD SUAMI), jgn gatal nk kawen.
Isn pada pukul 9.23 pagi ·

Mohd Khairool Buruhan
mane boleh pendapat sendiri mengatasi hukum dan hadis..ini soal hukum..bukan sebarang pendapat atau rungkaian..mengaji tak habis ni.nak jadi wahabi ke?
Isn pada pukul 11.47 pagi ·

Azam Masbah
dah kawin pun share2.. Apa cite? kawin pun buat loan? Apa cite? Sendiri mau ingatlah.. kalau gaji 4 5 ribu takde hal.. Gaji2 golongan bawahan nie? atleast 25k kalau nak kawin.. Takat keje 2 3 tahun mampu ke saving 25k?
Isn pada pukul 1.52 ptg ·

Ikin Kin
bagi sy,,x salah istri membantu suami sekiranya pendapatan suami x berape cukup bg menampung keluarga..tapi suami plk jgn berada dlm keadaan selesa sekiranye isteri byk membantu..sbb keadaan ni akan menyebabkan istri akan hilang rase hormat serta pandang rendah pd suami nnt..sy hny berkata berdasarkan kebayakkan kes2 yg di handle..apepun,penilaian setiap individu tu berbeza..
Isn pada pukul 3.28 ptg ·

Fivezal Mad
dunia berubah, tetapi islam tetap sama..sesuai dgn peredaran zaman...memang menjadi kewajipan suami menafakahi isteri sama ada nafkah zahir dan batin...mengikut kemampuan suami... sehinggakan mazhab syafie menyatakan suami yg papa mesti memberi mkn secupak nasi sehari, suami yg sederhana 1 cupak setengah dan suami yg kaya 2 cupak nasi sehari kepada isterinya jika tak mampu untuk menyediakan maka berpisahlah sama ada isteri yg minta fasakh atau pun suami sendiri......jikalah si isteri rela hati dan ikhlas untuk membantu suami..maka Alhamdulillah...dunia sekarang isteri berpangkat besar drp suami..tak ada salahnya isteri tersebut membantu suami..
Isn pada pukul 6.02 ptg ·

Ibn Al-Hayazi
Alhamdulillah...Sy sgt bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat semua di atas kesudian memberi pandangan yang menarik dan konsisten...
Isn pada pukul 6.25 ptg ·

Ibn Al-Hayazi
Sy nak minta maaf kepada semua...Khususnya kepada MOHD KHAIROOL BURUHAN...Sy bukan WAHABI atau Pengikutnya....Sy juga menentang pemikiran dan fahaman WAHABI sepenuhnya....
Isn pada pukul 6.26 ptg ·

Mohd Khairool Buruhan
Alhamdulillah..saye juga minta maaf sekiranya saudara tersinggung..namun ingin saye tekankan..sekiranya seorg suami yg berkahwin dan tidak mampu memberi nafkah kpd isteri,hukumnye haram.kerana boleh memudaratkan isteri.dan isteri boleh meminta taklik.Namun jika isteri ingin membantu suami,ianya bukan dikira nafkah..tetapi bantuan.dimana bantuan tidak wajib dan isteri tidak berdosa jika tidak memberi,tetapi nafkah berdosa jika tidak diberi..sila rakan beri pandangan jika saye salah.wallahualam
Isn pada pukul 6.41 ptg ·

Ibn Al-Hayazi
Benar sangat apa yang sahabat utarakan....Kitab-kitab muktabar semua menyatakan nafkah isteri adalah tanggungjawab sepenuhnya seorang suami. Sekiranya suami itu kaya atau miskin. Nafkah hendaklah diberikan sekadar kemampuan seorang itu yang mana berbalik kepada taraf kemampuaanya.Tetapi, 1) BOLEHKAH ISTERI INGIN MENYUMBANG BAKTI KEPADA KELUARGA?2) MAMPUKAH SUAMI MENYEDIAKAN SEGALA KEMAHUAN ISTERI?3) MAMPUKAH SUAMI MEMPERUNTUKKAN SEGALA KEPERLUAN YANG MENJADI KESELESAAN BERSAMA DALAM KELUARGA SECARA BERSENDIRIAN?4) APAKAH PULA TUGAS UTAMA DAN PERANAN ISTERI DALAM KELUARGA?5) APAKAH TUJUAN ASAS SEORANG ISTERI KELUAR BERKERJA?Persoalan yang dinyatakan ini bukanlah bermakna meghalalkan suami untuk mendapatkan sumbagan wajib dari isteri tetapi mengajak sahabat-sahabat semua melihat situasi begini sekiranya berlaku...Mazhab Yang Lenyap (Mazhab Zahiri) wafat tahun 270H yang mana melahirkan faqih agung iaitu Imam Ibn Hazm al-Andalusiyy telah memberi pandangan seperti berikut :Wajib isteri yang kaya dan berkemampuan memberi nafkah kepada suami yang miskin...Nampak macam menarik dan menyokong dakwaan dan pandangan golongan yang menyetujui isteri memberi nafkah kepada suami...Marilah kita melihat secara hikmat satu kaedah fiqhiah ini :"الضرر يزال""درء مفاسد اولى من جلب المصالح""اذا تعارض مفسدتان روعى اعضهما ضررا بارتكاب اخفهما"Oleh itu, apakah salahnya seandainya seorang isteri mengambil inisiatif yang penuh kemaslahatan mengeluarkan pendapatan untuk membahagiakan keluarga kerana suaminya tidak mampu menanggung segalanya seorang diri tanpa kehendaknya sendiri...Kita tahu, pendapatan suami semata-mata memang sukar menampung keperluan keluarga yang sangat meningkat dan apatah lagi memberi keselesaan kepada mereka...Bersambung...."والله اعلم"
Isn pada pukul 6.55 ptg ·

Mohd Khairool Buruhan
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri mengikut keperluan dan kemampuannya walaupun isterinya bekerja. Ukuran kemampuan adalah mengikut Hukum Syarak dan bukan atas keinginan peribadi atau hawa nafsu sendiri.(soal jawab agama,jabatan agama islam selangor)Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas alhisbahatau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah. Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yangbersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam(menjaga) hukum-hukum agama.haruslah dibezakan makna membantu dan nafkah.sekiranya isteri lebih kaya dari suami.haruskah lafaz takliq selepas akad nikah ditukar kepada isteri? ataupun ramailah lelaki miskin mencari wanita kaya untuk beristeri dgn alasan untuk tidak wajib memberi nafkah? Siti Khadijah juga pernah membantu Rasullullah S.A.W dgn mengeluarkan wang ringgit memberi sedekah dan bantuan kerana dia seorang yg berada, namun itu bantuan dan bukan nafkah..Mengikut hukum syarak, suami tidak mempunyai hak ke atas harta isterinya. Harta isteri adalah hartanya sendiri, manakala isteri berhak mendapat saraan nafkah daripada suaminya.Kitab I’anah al-Talibin, jilid 4, muka surat 76, menyatakan yang maksudnya, “Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, maka tidaklah menjadi kewajipan ke atas isteri mahupun orang gaji bagi isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami membayar upah dan sebagainya.”
Isn pada pukul 7.47 ptg ·

Azam Masbah
tu pasal tak kawin2 neh..
Isn pada pukul 8.23 ptg ·

Wan Norhafizah
kerol....dh dh la tu...ko copy paste mn nih?dh..dh...c muaz tu tny je pndpt.yg ko emo ni pehal?aku yg pmpn ni pn bpada2 emonye, ko lak yg lebih2..muaz ni pen.pgwai syariah.ko xyah laa nk bg kata2 tu kat die.die dh lm bc dh agknye sume yg ko cut paste ni.hahaha..(sori muaz aku mengglamerkan ko kat cni.kerol ni membe aku.die poyo sket.hahaha)
Isn pada pukul 9.58 ptg ·

Azam Masbah
poyo ngn poyo kira sesuai la tuh..
Isn pada pukul 9.59 ptg ·

Nik Suhaimi
to ; mohd Khairol Buruhanجزاك الله خيرا كثيرا على نصيحتك
Isn pada pukul 10.03 ptg ·

Azam Masbah
amin.. semoga semua pembaca lain mendapat manfaat dari nasihat itu..
Isn pada pukul 10.07 ptg ·

Johari Aziz
rujuk kepada komen YAB MB kelantan hari ni,,,ramai lelako kelantan yang rilek kedai kopi isteri g kerja..memang tak patut
Isn pada pukul 11.05 ptg ·

Mohd Khairool Buruhan
to Wan: aku anggap ni perbincangan ilmiah,xsalah kite bertukar pendapat dan rujukan dan klu pangkat atau jawatan jadi ukuran,saya pengarah urusan Vardec Consultancy Sdn Bhd.kepada semua, terima kasih bg komen Ibn Al-Hayazi.saye sebagai rakan kerdil yang berkongsi rujukan dan pandangan.maaflah klu buat saudara tersinggung.sye menyambut baik pandangan kalian.
Isn pada pukul 11.49 ptg ·

Amirul Halimi
senang ja..dalam perkahwinan mesti ada bantu membantu...kalau isteri tak mau bantu tak pa la...tapi isteri kena ingat gak kalau suami x izinkan keja kena terimala...tujuan isteri bekerja 2 untuk apa? kalau bkn nak bantu suami baik dok umah ja layan suami...
Semalam pada pukul 12.16 pagi ·

Ibn Al-Hayazi
To Amirul : Jgn radikal sgt syeikh
Semalam pada pukul 12.39 pagi ·

Fivezal Mad
aku sokong kata-kata amirul...suami yang tak mampu untuk menafakahi isteri baik jgn kahwin...tapi rezeki kahwin tu tetapa ada ..
Semalam pada pukul 8.28 pagi ·

Azam Masbah
<-- kerani jer merangkap driver.. penghantar notis.. pembantu am pejabat.. tukang buat statistik.. tukang email.. tukang repair komputer.. tukang tapau makan.. tukang cop surat terima.. PA Pengarah.. PA Penolong Pengarah.. PA Pegawai Syariah.. PA Pembantu Syariah.. Nak kawin ker nak kasi Nafkah ke.. Taknak kasi Nafkah ker.. Apa ada hal? LelakiKalau Kaya Mampu giler.. apa ada hal nak kasi nafkah.. Kalau tak berapa nak mampu.. sharing folder jer.. Nama pun kawin.. sehidup semati.. tolong menolong.. Zaman laa bukan buleh kira.. Sayang time suami kaya jer pun ada gok.. Suami tak berapa nak kaya.. blah gitu aja.. Berapa banyak kes fasakh dan cerai sebab tak bagi nafkah?? tak ker hari2?? masa bercinta tak ingat dunia.. bila dah sengkek?? yang kaya giler mampu tanggung isteri boleh sembang laa.. so fikir sendiri.. apa2 pun give and take.. what u give u get back.. Semalam pada pukul 6.29 ptg ·
Ibn Al-Hayazi
Sokong dgn permasalahan dan isu yg cuba dikaitkan azam masbah...Bukan menghalalkan isteri kena memberi nafkah kepada keluarga...Taoi cuba menyatakan bahawa sikap bantu-membantu amat digalakkan...."معاشر بالمعارف""التعاون من البر والتقوى"
Semalam pada pukul 6.43 ptg ·

Azam Masbah
dengan penuh ketaqwaan..
Semalam pada pukul 10.02 ptg ·
BACA SELANJUTNYA... - Nafkah & Isu-isunya
Baca selanjutnya.. - Nafkah & Isu-isunya

1/03/2010

Hadith Dan Pembahagiannya (Part I)



Hadith ini mempunyai banyak klasifikasi atau pembahagiannya. Ulama telah membahagikan dan membahaskan kepada enam dasar utama iaitu ;


i) Berdasarkan bilangan perawi / sanad. Ia pula terbahagi kepada dua iaitu :


a) Hadith Mutawatir. Hadith ini dikira sabit secara qat’ie. Setiap orang wajib mempercayai kebenaraannya dan setaraf dengan al-Quran. Sesiapa yang mengingkarinya maka hukumnya ia mengingkari al-Quran juga dan haram. Hadith Mutawatir juga terbahagi kepada dua iaitu Mutawatir Lafzi dan Mutawatir Maknawi.



Syarat-syarat untuk menjadikan sesebuah hadith itu Mutawatir dengan empat keadaan :


1) Keterlibatan ramai perawi dalam periwayatan.
2) Hendaklah bilangan yang ramai di setiap tabaqah (yakni di setiap zaman sahabat, tabi’ien, itba’ tabi’ien)
3) Hendaklah sejumlah bilangan tersebut mustahil berpakat atau berkomplot untuk memalsukannya.
4) Hendaklah proses periwayatan itu berlangsung secara langsung melalui tangkapan pancaindera sebagai contoh seorang perawi mengatakan “aku dengar” dan sebagainya.


b) Hadith Ahad. Hadith Ahad ini dihukum dan disabit secara zanni. Hal ini disebabkan hadith ini tidak mencapai tahap kriteria hadith mutawatir pada sudut syarat-syaratnya. Walapun secara zanni tetapi wajib beramal dengannya dan boleh dijadikan hujah sepertimana hadith mutawatir. Ia pula terbahagi kepada tiga iaitu


1) Hadith Masyhur. Kriterianya ialah diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh tiga perawi atau lebih di setiap tabaqah. Ia juga dibahagkan kepada dua iaitu Masyhur al-Istilah dan Masyhur Bukan al-Istilah.


2) Hadith Aziz. Kriterianya ialah diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh dua perawi di setiap tabaqah.


3) Hadith Gharib. Kriterianya ialah diriwayatkan sekurang-kurangnya oleh seorang perawi di setiap tabaqah. Hadith Gharib ini dbahagikanpula kepada dua iaitu Gharib al-Mutlak dan Gharib an-Nisbi.



ii) Berdasarkan asal-usul punca matannya. Ia juga dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :


a) Hadith Qudsi ialah sesuatu hadith yang disandarkan kepada Allah swt dari segi asal-usul punca matan. Yakni membawa maksud bahawa segala lafaz matannya daripada Rasulullah saw akan tetapi maksudnya datang daripada Allah swt. Hadith Qudsi tidak semestinya sahih. Hukumnya yang sebenar samalah juga dengan hadith nabawi yang lain iaitu diukur dari segi matan dan sanadnya.


b) Hadith Marfu’ ialah sesuatu hadith yang disandarkan kepada Baginda Rasulullah saw dari segi asal-usul punca matan. Samada ia secara perkataan, perbuatan, akuan dan sifat.


c) Hadith Mawquf ialah sesuatu hadith yang disandarkan kepada Para sahabat dari segi asal-usul punca matan. Samada ia secara perkataan, perbuatan, akuan dan sifat.


d) Hadith Maqtu’ ialah sesuatu hadith yang disandarkan kepada Sesorang para Tabi’ein dari segi asal-usul punca matan. Samada ia secara perkataan, perbuatan, akuan dan sifat.


Jam 17:00, Kulim, Kedah Darul Aman. 03.01.2010 bersamaan 17.01.1431


BACA SELANJUTNYA... - Hadith Dan Pembahagiannya (Part I)
Baca selanjutnya.. - Hadith Dan Pembahagiannya (Part I)

1/02/2010

Hadith ; Satu Pengenalan


Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana memberi perasaan minat dan kelapangan masa untuk menyiapkan satu penulisan khusus dan ringkas tentang “Metodologi Hadith”. Perasaan ini lahir setelah saya tamat menghadapi peperiksaan di UKM, Bangi. Penulisan ini diyakini mampu untuk memberi bantuan sokongan kepada sahabat-sahabat dalam mempelajari ilmu hadis. Ikutilah nota ringkas berikut :

Hadith dari segi bahasa : baru (hadiy) (ha dal ya), perkhabaran, percakapan atau berita.

Istilah pula : perkataan, perbuatan, ketetapan, (akuan), sifat (sama ada jasmani atau pun rohani) dan hal ehwal Rasulullah saw (sebelum atau selepas menjadi rasul) yang dibuat untuk tujuan tashri’.

Definisi Ilmu Hadith : satu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip dan pengkaedahan tentang sanad (rangkaian perawi hadith) atau matan hadith (lafaz hadith) untuk memastikan sama ada boleh diterima atau sebaliknya.

Kepentingan Ilmu Hadith : Berfungsi bagi menentukan kesahihan maksud dan kewibawaan institusi hadith itu sendiri sebagai sumber syarak.

Matlamat Ilmu Hadith : Untuk memartabat dan memperkasakan institusi hadith sebagai sumber epistemologi Islam melalui segala aspek yang berada di dalamnya.

Objektif Ilmu Hadith :
1) Memastikan kesahihan hadith
2) Memahami maksu hadith untuk beramal dengannya
3) Menjawab fitnah-fitnah yang ditimbulkan oleh golongan anti hadith.

Kehujahan Hadith dan Kepentingannya :
1) Naqli (al-Quran), terdapat di dalam al-Quran terdapat kumpulan ayat-ayat al-Quran yang menyatakan seperti berikut :
a) Wajib beriman kepada Rasulullah saw. Contoh surah al-‘Araf (158), surah al-Ahzab (36) dbl.
b) Wajib taat kepada Rasulullah saw. Contoh surah ‘Ali ‘Imran (32, 132) dbl.
c) Menerangkan tentang fungsi dan tugas Rasulullah saw sebagai penerang isi kandungan al-Quran. Contoh surah an-Nahl (44) dbl.
d) Wajib mengikut ajaran yang dibawa dan kewajipan menjadikan oleh Rasulullah saw sebagai ikon dan ikutan yang baik. Contoh surah al-‘Araf (156-157) dbl.
e) Perintah Allah swt bahawa Rasulullah saw sememangnya diturunkan sebagai pembawa berita dan penyampai. Contoh surah al=Baqarah (143), surah Yusuf (108) dbl.

2) ‘Aqli (akal fikiran), beberapa pertimbangan dan logik akal manusia yang waras untuk menerima kebenaran ini. Di antaranya :
a) Kemaksuman Rasulullah saw. Kita dapat lihat di dalam sejarah Islam bahawa beliau dilindungi dan terselamat walaupun mendapat ancaman dan buruan kaum kafir.
b) Keiltizaman para sahabat dan komitmen mereka.
c) Kemustahilan beribadat tanpa hadith. Al-Quran diturunkan dengan perintah yang umum dan luas. Maka hadith (Rasulullah saw) yang menerangkan pengkhususannya dan perlakuan. Sebagai contoh sembahyang dan sebagainya.

3) Ijma’ Ulama, semua ulama muktabar dan termasuk yang mutakhirin bersepakat menerima institusi hadith sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selapas al-Quran.

Ahad, 03.01.2010, Kulim, Kedah Darul Aman. Jam 1400. Bersamaan 17 muharram 1431 hijrah.
BACA SELANJUTNYA... - Hadith ; Satu Pengenalan
Baca selanjutnya.. - Hadith ; Satu Pengenalan
Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini