9/30/2011

Book Review “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”



Assalamualaikum wbt.
Selamat Petang…

Pendahuluan

Hari ini merupakan hari pertama persembahan atau perbentangan sesi book review. Oleh itu, seperti diketahui saya merupakan orang pertama menawarkan diri untuk mempersembahkan book review ini. Buku yang menjadi pilihan saya untuk dipersembahkan ialah sebuah buku yang bertajuk “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”.

Saya tertarik untuk memilih buku kerana saya dapati tajuk ini sesuai untuk dikongsikan bersama di antara kita. Tahap perbincangan dan kupasan serta siri-siri pembongkaran yang dinyatakan di dalam buku ini amat bertepatan dengan daya kuasa pemikiran dan pemahaman kita. Malahan juga tajuk ini telah menjadi bualan hangat masyarakat Islam yang peka dengan isu keagamaan bahkan telah mengancam keperibadian kita umat Islam.

Buku ini ditulis oleh dua orang penulis yang hebat iaitu Riduan Mohamad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil. Kedua-dua mereka mempunyai kelayakan dan kualiti sebagai penulis yang baik. Mereka juga mempunyai pengijazahan tertinggi dalam bidang yang dibincangkan ini.

Buku ini telah diterbitkan buat kali pertama pada September 2006 kemudian diulang cetak pada April 2009 melalui penerbit berbeza. Mempunyai 123 halaman bercetak tanpa warna melainkan kulit buku sahaja. Dijual dipasaran dengan harga sekitar RM 10.00 – RM 15.00 sebuah. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, Kulim Landmark Book Store, Pustaka Darul Salam, al-Hasani dan lain-lain lagi. Buku ini juga telah didaftarkan di bawah dewan Bahasa dan Pustaka.

Perbincangan di dalam buku ini telah dibahagikan kepada 6 bab. Di mana bab yang pertama mengenai Kedurjanaan Liberalisme Agama, kedua Perang Pemikiran : Agenda Musuh yang Gencar, ketiga Kelompok Orientalis, Keempat Lina Joy dalam Gubra, Kelima Plan Bertindak Umat Islam dan keenam Islam Liberal : Perkembangannya Di Malaysia.

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan siri book review ini dengan menyusuri kupasan-kupasan secara bab ke bab sepertimana terkandung di dalamnya. Cuma mengharap, semua kalian dapat memberi sepenuh perhatian dan melapangkan dada serta berpemikiran dengan terbuka.






Ringkasan Bab 1; Muqadimah Kedurjanaan Liberalisme Agama

Bab ini telah membentangkan mengenai Liberalisasi, Sekularisasi, Pluralisasi yang wujud dalam kehidupan kita seharian. Secara ringkas yang boleh difahami adalah budaya tersebut semakin hari telah menghancurkan aqidah atau pegangan, syariat atau cara hidup dan akhlak atau sosial umat Islam abad akhir zaman ini.

Ikutilah huraian ringkas di bawah :

Bingkisan Awal :
1. Budaya ini adalah ancaman abad moden yang mana lebih berbahaya dariapa dakyah Kristian, Hindu dan mana-mana agama lain.
2. Ancaman ini juga merupakan pemikiran Muktazilah moden atau neo-Muktazilah atau Islam Liberal.
3. Ancaman ini bergerak dengan modus operandi untuk memberi kebebasan dan memperjuangkan hak asasi.
4. Ancaman ini juga adalah duri dalam daging atau musang berbulu ayam bagi umat Islam.

Islam Liberal; satu bentuk Jahiliyah Moden

Islam Liberal : ialah satu bentuk pemikiran jahiliyah baru moden yang dianuti sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatar belakangkan pendidikan Barat yang mencuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulama. Matlamat mereka ialah menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dan akhirnya agama itu tidak lagi rasional di zaman sekarang.

Rantaian Islam Liberal

-Islam Liberal

-ideologi Sekular-Liberal di Barat

-melalui penjajahan dan pendidikan.



-bawa masuk oleh gerakan Misionari Kristian dan Orientalis

Ciri-ciri Jahiliyah Moden
1. Tidak mempunyai iman yang kuat kepada Allah swt.
2. Menuruti hawa nafsu, rentetan dari tiadanya iman.
3. Wujud pelbagai taghut yang mana mengajak supaya tidak beribadat, tidak taat kepada Allah swt dan menolak hokum syariatNYA.
4. Menjauhkan diri dari agama.

Ditambah lagi dengan beberapa cirri khusus iaitu :
1. Kemajuan ilmu pengetahuan digunakan untuk menyesatkan.
2. Menganggap diri mereka tidak berhajat kepada pencipta, maka mereka sombong kepada Allah swt.
3. Teori ilmiah dicipta untuk menyelewengkan umat Islam.
4. Malapetaka akibat teori evolusi.
5. Kebebasan wanita.

Sejarah Fahaman Liberal di Barat

Aliran liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaisans (kebangkitan) yang berlaku di eropah. Bertujuan meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.

Sifat-sifat fahaman liberalisme ialah kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit. Ia juga mempunyai gagasan pemikiran iaitu individu lebih penting dari masyarakat, masyarakat wujud untuk individu dan individu bebas dari ikatan agama.

Gerakan ini terbahagi kepada beberapa sudut. Sudut agama dipelopori oleh Martin Lurther (1483-1546m). dia merupakan seorang tokoh protestan sebelumzaman Renaisans. Tujuannya membebaskan penganut agama kristian dariapda kuasa gereja dari segi rohaniah ke atas individu dan membentuk mazhab baru.

Fahamn ini berkeyakinan bahawa manusia dan akal fikirannya boleh menyelesaikan berbagai aspek yang berkaitan dengan kemanusiaan tanpa perlu merujuk kepada agama atau tuhan. Peranan agama hanya sekadar menstabilkan emosi yang tidak tenteram.

Teras pemikiran Islam Liberal ini dapat disimpulkan bahawa pertama, kebebasan individu dari cengkaman agama dan berperasaan syak terhadapnya. Kedua, meletakkan akal fikiran lebih tinggi dan wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional.

Tipu Daya Orientalis Terhadap Islam

Gerakan Orientalis ialah gerakan tokoh-tokoh dunia barat yang mengkaji tentang dunia timur (khususnya dunia Islam) yang meliputi peradaban, politik, ekonomi, kesenian, keagamaan dan pelbagai lagi. Namun demikian, setelah mereka memperolehi segalanya mengenai Islam, maka mereka akan membuat beberapa siri pembohongan dan mempesongkan maklumat asal demi memajukan niat jahat mereka.

Lubuk sasaran mereka kepada umat Islam ialah mendakwa al-Quran adalah khayalan Nabi Muhammad saw, kemudian menyebarkan tuduhan bahawa as-Sunnah bertentangan dengan akal fikiran dan pengetahuan dan menuduh pula syariat Islam dan Fiqah sebagai hokum Rumawi yang dicedok kembali.

Antara buku-buku mereka ialah “A Literary History Of Arab (Nicholson), The Sghort History Of Arab (Philip K. Hitti), The History Of Arab Literary (Carl Brocklemon), Introduction Of Islamic Theology And Law (Goldziher), The Origins Of Muhammad Jurispundence (Schacht), Islam Inmodern History (W.E Smith), Dan Wither Of Islam (H.A.R Gibb).”


Bentuk-bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal

1. Mereka menganut fahaman Pluralisme
Huraian :
i. Lahir ideology Pancasila, yakni membenarkan perkahwinan campur di Indonesia.
ii. Sambutan kongsi raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama.
iii. Tertubuhnya (IFC) Inter Faith Council, (SIS) Sisiter In Islam.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia
Huraian :
i. Berlaku isu murtad yang dahsyat; Isu Lina Joy (Azlina Jailani)
ii. Menyalah gunakan ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah (2;256)


3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman
Huraian :
i. Tafsiran al-Quran sebelum ini sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai.
ii. Kembali kepada asas-asas Islam dan menolak tafsiran klasik.
iii. Menggunakan ilmua akal semata-mata
iv. Mendakwa akal manusia yang membentuk sesuatu perkara agar selari dengan zaman
v. Mempertikaikan isu faraid (pembahagian harta)

4. Mempertikai syari’at Allah dan hokum-hakam fiqh dengan hujjah rasional
Huraian :
i. Mempertikaikan syariat dan membandingkannya dengan logic akal.
ii. Mempertikaikan pemakaian tudung.
iii. Hokum-hukum atau undang-undang Islam terus dipertikai.
iv. Tafsiran al-Quran bukanlah milik ulama semata-mata – Zainah Anwar

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama
Huraian :
i. Bantahan telah dibuat oleh SIS ke atas JAWI kerana menahan pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan
ii. SIS juga meminta kerajaan membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang untuk bebas dsb.
iii. Mengelar pegawai pengutkuasa agama sebagai “snoop squad”

6. Mendukung gerakan pembebasan wanita dan feminisme
Huraian :
i. Wujud gerakan pembebasan wanita di Barat
ii. Telah mendapat sokongan Mustafa Kamal Attartuk, Kamal Pasha, dan lain-lain lagi tokoh terkenal.
iii. Pembukaan hijab di Mekah dan meminta persamaan antara dua jantina dalam pendidikan dan hak politik.
iv. Wanita dibenarkan berpoligami di Nairobi, satu konfrens yang diadakan di sana.
v. Mengisytiharkan perang hijab.
vi. Menentang rang-rang Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan oleh SIS.
vii. Wanita tidak wajib bertudung dan harus wanita menjadi imam, Astora Jabat
viii. Menentang amalan-amalan poligami.

7. Meragui kesahihan sebahagian teks al-Quran dan penyusunannya
Huraian :
i. Merancang untuk menerbitkan al-Quran edisi Kritis kerana meragui al-Quran sekarang.
ii. Menghina ayat-ayat dan suarah dalam al-Quran, Kassim Ahmad

8. Meragui peribadi Rasulullah saw
Huraian :
i. Kassim Ahmad merupakan tokoh jahat yang menolak hadis, merupakan pensyarah di USM
ii. Telah mengarang sebuah buku bertajuk (Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik)

9. Meragui peribadi Rasulullah saw
Huraian ;
1. Mempertikaikan hadis-hadis Rasulullah saw
2. Berideologi dan berakar umbi ilmiah dari gologan orientalis.
3. Menghina nabi tanpa segan silu. Antaranya ialah menuduh nabi melakukan hubungan seks, meperlekehkan kepimpinan beliau (mengatakan nabi pemimpin suku kaum lebih dari pemimpin agama).

Fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Arab Saudi (syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
KAFIR golongan-golongan ini :
1. Yakin aturan atau undang-undang ciptaan manusia lebih baik dan sempurna malah mengagungkannya.
2. Berpendapat hokum potong tangan tidak lagi sesuai.
3. Menghalalkan apa yang diharamkan.
4. Benci sesuatu yang telah ditetapkan sebagai syariat oleh Rasulullah saw.
5. Memperolok-olok sesuatu dari ajaran Rasulullah saw.
6. Yakin bahawa manusia dibolehkan tidak mengikut syariat Nabi Muhammad saw.

Pluralisme adalah bertentangan dengan Islam :
Rujuk surah :
i. Ali Imran : 19, 85
ii. Al-Maidah : 73

Kongsi Raya Tidak Harus Bagi Seorang Muslim
i. Tidak harus seorang Muslim menghadiri perayaan agama, ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.
ii. Rujuk surah al-Furqan.
iii. Tidak harus menghadiri hari-hari raya orang kafir kerana mereka berada di atas munkar dan zur, abul Qasim Hibatullah bin al-Hassan at-Tabari (Faqih Mazhab Syafi’e).
iv. Tidak harus menghadiri hari-hari raya penganut Nasrani (kristian) dan yahudi, abul Hasan al-Amidi, pegangan Imam Ahmad.
v. Dilarang kaum muslimin bergembira, bersuka ria di dalam perayaan-perayaan orang musyrikin dan meniru-niru mereka, Imam as-Shon’ani.

Bagaiman Seharusnya Seorang Muslim Berfikir?
Imam al-Ghazali, sumber-sumber makrifah dalam Islam ialah :
i. Pancaindera
ii. Akal
iii. Wahyu

Ibn Taimiyyah, ilmu-ilmu ada :
i. Tidak diketahui melainkan dengan akal
ii. Tidak diketahui melainkan dengan wahyu
iii. Dapat diketahui melainkan dengan akal dan wahyu

Al-Ghazali sekali lagi meyebut bahawa medan akal manusia hanyalah berputar untuk perkara-perkara berikut :
i. Pengkajian tentang tentang alam semulajadi, ilmu kimia, fizik, biologi, astronomi, biologi, geografi dsb
ii. Rurusn keduniaan, pertanian, perniagaan, perubatan, perindustrian dsb
iii. Hubungan-hubungan kemanusiaan

Penutup Bab Ini :
Berpegang teguh pada jalan Allah swt dan yakin dengan sepenuhnya dengan Islam. Jangan sesekali mencari jalan mudah untuk mempermudahkan Islam yang mana sedia tahu telah dipelihara oleh Allah swt. Peliharalah diri kamu, keluarga kamu dari api neraka.





7 comments:

Anonymous said...

salam, minta kebenaran izin salin ye, :) mohon dihalalkan, terima kasih :)

Anonymous said...

salam, minta izin untuk salin jugak ye:) mohon dihalalkan, terima kasih:)

Anonymous said...

salam mohon kebenaran salin ye. smoga bermanfaat. syukran

Anonymous said...

mohon kebenaran utk salin ya..

Unknown said...

mohon diberi kebenaran untuk menyunting maklumat daripada blog anda.

Unknown said...

salam..mohon kebenaran utk salin maklumat di atas..Grazie !! =)

Unknown said...

assalamualaikum,saya tertarik nak salin maklumat tentang islam liberal ni,mohon dihalalkan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini