9/30/2011

SIHIR



Definisi Sihir;
Persepakatan erat di antara tukang sihir dengan syaitan laknatullah yang mensyaratkan tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan-perbuatan haram dan syirik, di samping menyerahkan segala bentuk ketaatan kepadanya (syaitan) demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajati.

Amalan-Amalan Sihir Yang Dikenal Pasti;
1. Mengikat mashaf al-Quran pada kedua kakinya dan di bawa jalan.
2. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis (darah haid, kotoran dsb)di bawah kedua belah tapak selipar.
3. Menulis ayat-ayat al-Fatihah secara terbalik.
4. Bersolat tanpa wudu’ (kadang-kdang dalam keadaan berjunub).
5. Melalukan penyembelihan kerana syaitan. Diletakkan di tempat-tempat khusus untuk syaitan.
6. Melakukan pemujaan terhadap cakerawala langit dan mengabdikan diri padanya.
7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung dan anak perempuan.
8. Menulis lafaz-lafaz azimat dan jampi serapah bukan dalam bahasa arab asli malah memmbawa makna kufur dan syirik.

Bagaimana Tukang Sihir Memanggil Jin;

Tiga kaedah yang digunakan iaitu :
i) Melakukan pemujaan berunsur sumpah setia
ii) Melakukan penyembelihan binatang
iii) Pembawahan (as-Sufliyyah).
iv) Penggunaan najis
v) Memesongkan penulisan al-Quran.
vi) Menilik perjalanan bintang.
vii) Penggunaan tapak tangan
viii) Penggunaan bahan serta kesan-kesan tertentu

Bagaimana Mengenali Tukang Sihir;
1) Bertanya nama dan nama ibu pesakit
2) Mempergunakan bahan-bahan atau kesan-kesan tertentu dari tubuh pesakit.
3) Kadang-kadang meminta disediakan seekor binatang yang mempunyai sifat-sifat tertentu untuk dijadikan korban.
4) Adanya tulisan-tulisan mentera.
5) Adanya bacaan mentera atau jampi serapah yang tidak difahami.
6) Memberikan kepada pesakit bungkusan yang mengandungi di dalamnya gambarajah empat segi, siap tulis padanya huruf-huruf atau nombor-nombor tertentu.
7) Menyuruh pesakit mengasingkan diri dari orang ramai beberapa hari tertentu. Bertapa
8) Melarang menyenth air pada waktu-waktu tertentu. Panjang biasanya 40 hari. Selalunya jin yang berkhidmat kepadanya adalah beragama kristian.
9) Member sesuatu untuk ditimbus atau ditanam.
10) Memberikan beberapa helaian kertas, seterusnya di bakar dan diperasapkannya.
11) Membebel-bebel dalam bahasa-bahasa yang tidak difahami.
12) Terlebih dahulu mengetahui sebab-sebab kedatangan, mampu memberitahu nama pesakit, nama negeri, serta beberapa permasalahan yang dihidapi dan kedatangannya menemui beliau adalah disebabkan hal yang disebut sebelum ini.
13) Menulis huruf-huruf putus pada kertas atau dinding mangkuk dan diminta menghirup dan meminum air dari bekas tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini