10/21/2011

CONTOH PLIDING [PENGESAHAN LAFAZ CERAI - SMS]

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI BOMBAY
DI DALAM NEGERI NEW DELHI DI INDIA
KES MAL BIL :



DI ANTARA

NINA MARTOPO BINTI MUSTAFA … PLAINTIF

DENGAN

RYAN HISYAM BIN ABDULLAH … DEFENDAN



PENYATA TUNTUTAN



1. Plaintif, Nina Martopo binti Mustafa No. K/P : XXXXX-XX-XXXX yang beralamat di Bombay, New Delhi, India merupakan isteri yang sah kepada Defendan mengikut hukum syarak dan undang-undang.
[Sesalinan Kad Pengenalan Plaintif dikemukakan sebagai Lampiran A]

2. Defendan, Ryan Hisyam bin Abdullah No. K/P : XXXXX-XX-XXXX yang beralamat di Bombay, New Delhi, India merupakan suami yang sah kepada Plaintif mengikut hukum syarak dan undang-undang.

3. Plaintif dan Defendan (selepas ini disebut sebagai pihak-pihak) telah berkahwin pada 12.12.2012 di Bombay, India dan tidak pernah bercerai sehingga hari ini. Sepanjang perkahwinan itu, pihak-pihak telah dikurniakan satu (1) cahaya mata seperti berikut :
3.1 Amir Shahrukh bin Ryan Hisyam
[Sesalinan Sijil Perakuan Nikah dan Sijil Kelahiran Anak-anak dikemukakan sebagai Lampiran B, dan C]

4. Pada peringkat awal, perkahwinan ini berada di dalam rukun dan damai. Pihak-pihak telah menetap bersama di Paris selama beberapa tahun sebelum berpindah ke India iaitu alamat pihak-pihak yang menetap sekarang.
5. Plaintif berkerja sebagai tukang masak di sebuah kantin sekolah di India manakala Defendan berkerja sebagai Buruh Kasar di Tamil Nadu Sebelum ini pihak-pihak masing-masing berkerja yang sama di Paris.

6. Kemudian kebelakangan ini rumahtangga yang dibina mereka mengalami masalah dan sering salah faham di antara satu sama lain. Disamping itu, masalah hubungan Defendan dengan seorang perempuan yang dikenali bernama Preety Zinta turut mengeruhkan lagi keadaan.

7. Pada 12.12.2031, Jam lebih kurang 12.57 pagi Defendan telah menghantar satu sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan telefon bernombor XXX-XXXXXXX milik Defendan ke telefon bernombor XXX-XXXXXXX milik Plaintif yang mengandungi mesej berbunyi “Saya Ryan Hisyam bin Abdullah menceraikan Nina Martopo binti Mustafa dengan talak 1”.
[Lafaz sms ini akan dikemukakan sendiri oleh Plaintif di mahkamah]

8. Ketika sms itu dihantar, Plaintif berada di sekolah dTamil Nadu iaitu tempat berkerja Defendan. Punca sms itu dihantar adalah setelah berlaku selisih faham di antara kedua-dua belah pihak pada pagi tersebut. Defendan mendakwa Plaintif telah menyebabkan Defendan mengalami tekanan.

9. Sebaliknya Plaintif mengesyaki tindakan Defendan mendakwa Plaintif sebegitu disebabkan Plaintif telah menghantar beberapa sms kepada perempuan yang dikenali sebagai Preety Zinta sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka itu.

10. Selepas kejadian sms itu, pihak-pihak tidak pernah melafazkan rujuk atau menghadiri mana-mana majlis bagi tujuan rujuk di antara mereka. Plaintif telah pulang tinggal bersama saudaranya di Calcutta, India untuk seketika bagi mententeramkan keadaan mereka.

11. Oleh demikian, Plaintif memohon Mahkamah Yang Mulia Ini memerintahkan seperti berikut :
11.1 Meluluskan permohonan pengesahan lafaz cerai Palintif berdasarkan seksyen 57 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam India 2026.
11.2 Mengesahkan lafaz cerai secara sms yang dilakukan Defendan kepada Plaintif.
11.3 Apa-apa perintah lain dan relief yang difikir sesuai oleh Mahkamah ini.



Bertarikh hb 2031




……………………

Plaintif













Penyata Tuntutan ini difailkan sendiri oleh Plaintif Nina Martopo binti Mustafa yang berlamat penyampaian di Bombay, New Dehli, India.



BACA SELANJUTNYA... - CONTOH PLIDING [PENGESAHAN LAFAZ CERAI - SMS]
Baca selanjutnya.. - CONTOH PLIDING [PENGESAHAN LAFAZ CERAI - SMS]

10/14/2011

CONTOH PLIDING [FASAKH] dengan sebab penganiayaan fizikal dan mental



DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PATTANI
DI SELATAN THAILAND
NEGERI PATTANI

NO. KES MAL :____________


DI ANTARA

AISHAH BIN ABDULLAH ... PLAINTIF
NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX


DENGAN


MORAD BIN AHMAD . ... DEFENDAN
NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX


PERNYATAAN TUNTUTAN



1. Plaintif, Aishah bin Abdullah No. K/P : xxxxxx-xx-xxxx beralamat di Pattani merupakan isteri yang sah kepada Defendan mengikut undang-undang dan hukum syarak.
“Sesalinan Kad Pengenalan Plaintif dikemukakan sebagai Lampiran A”

2. Defendan, Morad bin Ahmad No. K/P : xxxxxx-xx-xxxx beralamat di Phuket merupakan suami yang sah kepada Plaintif mengikut undang-undang dan hukum syarak.

3. Plaintif dan Defendan (selepas ini disebut sebagai pihak-pihak) telah bernikah pada 20.12.2020 di rumah Plaintif di Kg. Pattani. Sepanjang perkahwinan ini, pihak-pihak telah dikurniakan empat (4) orang cahaya mata.
“Sesalinan Surat Perakuan Nikah dikemukakan sebagai Lampiran B”

4. Selepas pernikahan, pihak-pihak telah menetap bersama di Pattani iaitu rumah mak mertua Plaintif selama setahun dan kemudian berpindah ke Narathiwat. Selepas itu, pihak-pihak pula ke alamat ke Satun selama 10 tahun dan kemudian pada hujung tahun 2028 pihak-pihak berpindah ke alamat sekarang.

5. Dalam tempoh perkahwinan ini, Defendan berkerja sebagai supervisor di kilang Siam Holding manakala Plaintif pula berkerja sebagai Promoter di kilang yang sama sejak tahun 2034.

6. Pada peringkat awal perkahwinan, rumahtangga pihak-pihak baik dan bahagia. Namun sejak tahun 2034, rumahtangga pihak-pihak telah mula bermasalah sehinggalah Plaintif telah memfailkan kes perceraian pada 24.01.2031 dan ditarik balik kerana tiada kerjasama dari Defendan.

7. Rumahtangga pihak-pihak bermasalah adalah dari aspek kecuaian dan kegagalan Defendan memperuntukkan nafkah zahir kepada Plaintif dan Defendan sering menganiayai Plaintif secara fizikal dan mental iaitu melemparkan kata-kata kesat berunsur penghinaan dan makian terhadap diri Plaintif.

8. Defendan telah cuai dan gagal menyediakan nafkah zahir kepada Plaintif yang mencangkupi perbelanjaan makan-minum, pakaian dan kelengkapan hiasan wajib Plaintif sejak Mac 2034 sehingga sekarang. Keadaan ini mengakibatkan Plaintif terpaksa menanggung segala keperluan itu dengan menggunakan pendapatan Plaintif sendiri.

9. Seterusnya lagi, Defendan telah menganiayai Plaintif dengan melakukan kekerasan fizikal sejak Mei 2024 iaitu ketika anak pertama pihak-pihak baru berusia 3 bulan. Keadaan ini terus berlanjutan sehinggalah sekarang di mana kali terakhir Plaintif dilakukan sedemikian pada 24.01.2031.

10. Dalam beberapa kejadian yang telah berlaku, terdapat satu kejadian yang mana Defendan telah melakukan kekerasan kepada Plaintif pada 28.09.2039 di rumah pihak-pihak berada sekarang. Kejadian itu megakibatkan Plaintif terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Pattani dan seterusnya di Hospital Narathiwat, Thailand.
“Sesalinan dua (2) Laporan Perubatan Plaintif dikemukakan sebagai
Lampiran C & D”

11. Pihak-pihak juga pernah menghadiri sesi kaunseling namun masih tiada penyelesaian yang dapat dicapai. Walaupun ketika itu, pegawai agama telah menasihati pihak-pihak supaya berdamai dan berbaik semula.

12. Defendan juga melakukan penganiayaan secara mental terhadap Plaintif dengan melontarkan kata-kata kesat dan menghina. Sikap Defendan ini disedari sejak 10 tahun tempoh perkahwinan dan makin teruk sejak tahun 2038 sehinggalah awal tahun 2041.

13. Dengan semua yang telah berlaku ini menyebabkan Plaintif telah trauma dan seterusnya meninggalkan kesan pahit dalaman yang berpanjangan. Plaintif sering menangis sendirian apabila mengingatkan kejadian yang pernah berlaku sebelum itu.

14. 1. Oleh demikian, Plaintif dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah Yang Mulia Ini untuk suatu perintah seperti berikut ;
1.1 Memfasakhkan perkahwian Plaintif dan Defendan berdasarkan seksyen 53 1 (b, h-i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Thailand 1900.
1.2 Apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia Ini.


Bertarikh haribulan 2041




.........……........……………………
Peguam Syarie Plaintif


Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh Haron al-Rashid & Co Pinang, peguamcara bagi Plaintif di atas yang beralamat penyampaianya di Songhkla, Patani.






BACA SELANJUTNYA... - CONTOH PLIDING [FASAKH] dengan sebab penganiayaan fizikal dan mental
Baca selanjutnya.. - CONTOH PLIDING [FASAKH] dengan sebab penganiayaan fizikal dan mental

10/13/2011

KONSEP SUJUD SAHWI DI DALAM SEMBAHYANG



Ketahuilah bahawa di dalam ibadah sembahyang terdapat pelbagai perlakuan dan perbuatan yang mempunyai perbedaan adri sudut hukumnya. Ada di antaranya termasuk di dalam perbuatan rukun yang mana tidak sah sekiranya meninggalkannya. Begitu juga terdapat perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan di dalam sembahyang tetapi tidak membatalkan sembahyang sekiranya sengaja dan terlupa meninggalkannya. Ianya dinamakan perbuatan-perbuatan sunat ab’ad iaitu apabila meninggalkannya hendaklah digantikan dengan sujud sahwi. Maka di sini, kita akan jelaskan beberapa keadaan di dalam sembahyang yang disunatkan sujud sahwi.

Seseorang yang sembahyang itu disunatkan melakukan sujud sahwi apabila berlaku lima sebab iaitu :

1. Bahawa meninggalkan salah satu dari segala sunat-sunat ab’ad dengan sengaja atau terlupa. Sebagai contoh meninggalkan bacaan qunut ketika sembahyang subuh dan witir.

2. Bahawa mengesyaki dan berkekalan perasaan syak itu sehinggalah ketika sebelum memberi salam, sesungguhnya dia meninggalkan sunat-sunat ab’ad. Contohnya mengesyaki bahawa meninggalkan tashahud awal pada rakaat kedua.

3. Bahawa melakukan perkara yang membatalkan sembahyang di dalam keadaan tidak sengaja atau lupa. Sebagai contoh, berdiam panjang di dalam rukun-rukun pendek seperti iktidal dan duduk antara dua sujud. Begitu juga, sekiranya bercakap perkara selain dari sembahyang di dalam keadaan terlupa dan tidak sengaja seperti terlatah dan terjawab “Alhamdulillah” setelah bersin.


4. Bahawa memindahkan perbuatan rukun qauli daripada tempatnya ke tempat yang lain. Contoh yang berlaku, membaca al-Fatihah di dalam rukuk, membaca tahiyyat akhir di dalam duduk antara dua sujud. Begitu juga, apabila memindahkan sunat ab’ad yang bersifat qauli daripada tempat asal ke tempat yang lain umpamanya membaca qunut di dalam rukuk.

5. Bahawa mengesyaki akan bilangan sembahyang samada telah mencukupi bilangannya atau tidak. Keadaan itu seperti apabila seseorang yang mengesyaki samada dia berada pada rakaat keempat atau ketiga. Maka mengikut kaedah fiqh, seseorang itu hendaklah mengambil keyakinan bahawa dia berada pada rakaat ketiga dan seterusnya menambah satu lagi rakaat tersebut. Kemudian di akhir sembahyang ditambah dengan sujud sahwi.

Apabila berlaku salah satu daripada sebab di atas, maka disunatkan kepada seseorang itu menambahkan sembahyang dengan sujud sahwi selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam. Sujud sahwi hendaklah dilakukan seperti sujud yang biasa dilakukan sebanyak dua kali.

Apa yang penting, mesti diniatkan bahawa sujud sahwi itu dilakukan kerana meninggalkan perkara-perkara di atas ketika mula bergerak untuk sujud. Seterusnya untuk perbincangan yang lebih panjang dan luas, adalah dicadangkan supaya sahabat-sahabat sekalian berjumpa dengan guru-guru atau merujuk kepada kitab-kitab muktabar yang lain. Tulisan di atas dinukil dari kitab [Hidayatus Sibyan]. Sekian..






BACA SELANJUTNYA... - KONSEP SUJUD SAHWI DI DALAM SEMBAHYANG
Baca selanjutnya.. - KONSEP SUJUD SAHWI DI DALAM SEMBAHYANG

Piawaian Sembahyang Berjemaah




Perkongsian seterusnya adalah berkaitan dengan garis panduan dan standard dalam melaksanakan ibadah secara berjemaah. Lebih sesuai, ianya dikenali sebagai syarat-syarat mengikut berjemaah. Di mana makmum itu haruslah memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Bahawa sembahyang imam itu sah dan terhindar dari perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Contohnya ialah imam itu tidak berada di dalam keadaan berhadas samada hadas kecil mahupun hadas besar.



2. Bahawa sembahyang imam itu tidak termasuk sembahyang yang wajib diulang semula. Contohnya ialah imam itu tidak menanggung najis yang tidak dapat dihilangkan bersifat sementara kerana keuzuran. Situasi itu ialah apabila imam itu patah tangan kerana kemalangan, kemudian tangan itu dibaluti dengan kain yang ada bersamanya darah dan kekotoran. Maka imam itu harus mengulangi sembahyang kelak setelah ia bersih.



3. Bahawa imam itu bukanlah makmum kepada imam yang lain. Erti kata lain, imam atau orang yang hendak diikut mestilah sedang sembahyang seorang diri.



4. Bahawa imam itu orang yang fasih membaca al-Quran terutamanya al-Fatihah. Bacaanya memenuhi syarat-syarat sah al-Fatihah [rujuk kitab muktabar lain].



5. Bahawa makmum dan imam itu mengadap qiblat yang sama. Maka sekiranya, makmum itu berijtihad mengadab arah qiblat yang berbeza maka dia tidak boleh berimamkan imam itu.



6. Bahawa makmum itu mengetahui setiap pergerakkan imam yang diikutnya samada melalui penglihatan, perdengaran atau mubaligh.



7. Bahawa kedua-dua imam dan makmum itu berhimpun dan berada pada suatu tempat yang sama. Tidak boleh sekiranya kedua-dua di antara mereka berada di tempat yang berlainan. Sungguhpun hari ini dengan menggunakan teknologi, kedua-dua mereka saling boleh melihat antara satu sama lain. [Rujuk kitab muktabar bab mengenai jarak di antara imam dan makmum].



8. Bahawa makmum itu berniat mengikut imam itu atau berniat berjemaah. Maka batal sembahyang makmum itu kalau tidak berniat kerana akan berlaku perkara yang membatalkan sembahyang seperti menanti dengan panjang akan pergerakan imam itu sedangkan makmum tidak berniat mengikutnya.



9. Bahawa makmum itu tidak iktikad dan tidak meyakini akan batal sembahyang imamnya. Maksudnya, makmum itu mestilah iktikad dan yakin imam itu sah akan sembahyangnya.



10. Bahawa tiada menyalahi perbuatan sembahyang makmum dan imam itu di dalam hal-hal seperti sujud sejadah dan sebagainya.



11. Bahawa sepakat dan muafakat imam dan makmum itu mengenai aturan dan keadaan sembahyang mereka. Maka tidak sah sekiranya makmum menunaikan solat maghrib manakala imam menunaikan qada’ isyak sedangkan kedua-dua mengetahui hal tersebut.



12. Bahawa imam itu mestilah lelaki sekiranya makmum itu lelaki atau perempuan atau khunsa [mempunyai dua alat kelamin]. Maka tidak sah lelaki berimamkan perempuan walau sekalipun imam perempuan itu sangat arif dan alim dalam ilmu agama.



13. Bahawa mestilah makmum mengikut segala perbuatan imamnya selagi imam itu tidak melakukan perbuatan yang menyalahi di dalam sembahyang. Selain itu, makmum itu juga tidak boleh terkemudian dan terdahulu dua rukun sembahyang daripada imam itu.




Pesanan kepada semua yang membaca, sila dapatkan penjelasan daripada guru-guru agama apabila sukar memahami tulisan di atas ini. Untuk maklumat juga, informasi ini dipetik dari kitab [Hidayatus Sibyan dan Maniyatul Musolli]. Sekian..


BACA SELANJUTNYA... - Piawaian Sembahyang Berjemaah
Baca selanjutnya.. - Piawaian Sembahyang Berjemaah
Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini