10/13/2011

KONSEP SUJUD SAHWI DI DALAM SEMBAHYANG



Ketahuilah bahawa di dalam ibadah sembahyang terdapat pelbagai perlakuan dan perbuatan yang mempunyai perbedaan adri sudut hukumnya. Ada di antaranya termasuk di dalam perbuatan rukun yang mana tidak sah sekiranya meninggalkannya. Begitu juga terdapat perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan di dalam sembahyang tetapi tidak membatalkan sembahyang sekiranya sengaja dan terlupa meninggalkannya. Ianya dinamakan perbuatan-perbuatan sunat ab’ad iaitu apabila meninggalkannya hendaklah digantikan dengan sujud sahwi. Maka di sini, kita akan jelaskan beberapa keadaan di dalam sembahyang yang disunatkan sujud sahwi.

Seseorang yang sembahyang itu disunatkan melakukan sujud sahwi apabila berlaku lima sebab iaitu :

1. Bahawa meninggalkan salah satu dari segala sunat-sunat ab’ad dengan sengaja atau terlupa. Sebagai contoh meninggalkan bacaan qunut ketika sembahyang subuh dan witir.

2. Bahawa mengesyaki dan berkekalan perasaan syak itu sehinggalah ketika sebelum memberi salam, sesungguhnya dia meninggalkan sunat-sunat ab’ad. Contohnya mengesyaki bahawa meninggalkan tashahud awal pada rakaat kedua.

3. Bahawa melakukan perkara yang membatalkan sembahyang di dalam keadaan tidak sengaja atau lupa. Sebagai contoh, berdiam panjang di dalam rukun-rukun pendek seperti iktidal dan duduk antara dua sujud. Begitu juga, sekiranya bercakap perkara selain dari sembahyang di dalam keadaan terlupa dan tidak sengaja seperti terlatah dan terjawab “Alhamdulillah” setelah bersin.


4. Bahawa memindahkan perbuatan rukun qauli daripada tempatnya ke tempat yang lain. Contoh yang berlaku, membaca al-Fatihah di dalam rukuk, membaca tahiyyat akhir di dalam duduk antara dua sujud. Begitu juga, apabila memindahkan sunat ab’ad yang bersifat qauli daripada tempat asal ke tempat yang lain umpamanya membaca qunut di dalam rukuk.

5. Bahawa mengesyaki akan bilangan sembahyang samada telah mencukupi bilangannya atau tidak. Keadaan itu seperti apabila seseorang yang mengesyaki samada dia berada pada rakaat keempat atau ketiga. Maka mengikut kaedah fiqh, seseorang itu hendaklah mengambil keyakinan bahawa dia berada pada rakaat ketiga dan seterusnya menambah satu lagi rakaat tersebut. Kemudian di akhir sembahyang ditambah dengan sujud sahwi.

Apabila berlaku salah satu daripada sebab di atas, maka disunatkan kepada seseorang itu menambahkan sembahyang dengan sujud sahwi selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam. Sujud sahwi hendaklah dilakukan seperti sujud yang biasa dilakukan sebanyak dua kali.

Apa yang penting, mesti diniatkan bahawa sujud sahwi itu dilakukan kerana meninggalkan perkara-perkara di atas ketika mula bergerak untuk sujud. Seterusnya untuk perbincangan yang lebih panjang dan luas, adalah dicadangkan supaya sahabat-sahabat sekalian berjumpa dengan guru-guru atau merujuk kepada kitab-kitab muktabar yang lain. Tulisan di atas dinukil dari kitab [Hidayatus Sibyan]. Sekian..






1 comments:

Muhibbien_albrabe said...

:)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini