11/20/2011

TIADA NILAI DARAH ORANG YANG MENCABUL KEHORMATAN SESEORANG.



Sejarah telah merekodkan di mana satu peristiwa telah berlaku di zaman Khalifah Islam kedua iaitu Saidina Umar al-Khatabb mengenai terbitnya ijtihad bahawa “Tiada Nilai Darah Orang Yang Mencabul Kehormatan Seseorang”. Di mulakan cerita tersebut pada suatu hari Saidina Umar al-Khatab telah menemui sekujur mayat lelaki di suatu tempat. Tiada seorang pun di situ untuk beliau bertanya tentang kematian lelaki bahkan tiada sebarang pertunjuk dan bukti-bukti yang dijumpai di tempat tersebut bagi mencari siapa yang bertanggungjawab dengan kematian itu. Kejadian itu benar-benar membuat Saidina Umar terkelu dan tiada sebarang jawapan bagi menyelesaikannya.


Setahun kemudian pula seorang bayi telah dijumpai ditinggalkan di tempat yang sama. Apabila kejadian itu diketahui oleh Saidina Umar, maka beliau berkata bahawa Allah swt telah menunjukkan jalan penyelesaian kepadanya terhadap kes kematian seorang lelaki setahun yang lalu. Ekoran tiada seseorang yang menuntut dan bertanggungjawab terhadap bayi itu, Saidina Umar telah berijtihad dengan mengarahkan supaya bayi itu dijaga dan dipelihara dengan mengunakan duit kerajaan.


Setelah bayi itu dijaga dan dipelihara oleh pihak kerajaan, lalu telah datang seorang perempuan mengatakan berjumpa penjaga bayi itu dan berkata bahawa tuannya ingin melihat bayi ini. Kemudian penjaga itu memaklumkan kepada Saidina Umar tentang permintaan dan hasrat tuan kepada perempuan yang datang itu. Saidina Umar membenarkan bayi itu di bawa untuk berjumpa tuan perempuan itu, tetapi Saidina mahu mengikut dan mengenali tuan perempuan itu.


Setibanya di rumah itu, Saidina Umar mendapati tuan kepada perempuan itu adalah seorang Syeikh Ansar yang tidak kurang hebatnya. Syeikh itu berkata kepada Saidina Umar bahawa beliau mempunyai seorang anak perempuan yang suka kepada bayi. Anaknya yang ingin sangat berjumpa dengan bayi ini. Maka Saidina Umar membalas “Aku suka akan sikapnya dan aku ingin berjumpanya.


Syeikh itu mengizinkan Saidina Umar berjumpa dengan anak perempuannya itu. Namun Saidina Umar mahu supaya hanya dia dan anak perempuan syeikh itu sahaja berada di dalam rumah dan meminta syeikh berada di luar. Apabila berjumpa dengan anak perempuan syeikh itu, Saidina Umar terus mengangkat pedang yang berada bersamanya dan berkata kepada perempuan itu “Ceritakan kepadaku dengan benar, apa yang telah berlaku tentang kematian seorang lelaki setahun lepas”. Perempuan itu pun telah berjanji akan bercakap benar dan menceritakanya kepada beliau.


Perempuan itu menceritakan kepada Saidina Umar bahawa pada setahun yang lepas, dia mempunyai seorang ibu angkat. Kemudian pada satu ketika ibu angkat itu ingin keluar bermusafir meninggalkan anak perempuannya itu duduk bersamaku. Aku menganggap anak ibu angkat aku itu sebagai adik angkatku. Sepanjang ketiadaan ibu angkat aku bermuamalah dan berurusan dengan adik angkat aku tanpa rasa curiga kerana dia juga perempuan. Namun sehinggalah satu hari, adik angkat aku itu telah naik dan berada di atasku serta melakukan perbuatan terkutuk yang aku sendiri tidak meredhainya. Aku cuba untuk melawannya tetapi kudrat aku tidak mampu sehinggalah aku mencapai sebilah pisau dan menikamnya. Ketika itu aku baru mengetahui bahawa adik angkat itu adalah seorang lelaki. Mendengar cerita yang disampaikan oleh anak perempuan tuan syeikh itu, Saidina Umar berkata kepada perempuan itu, TINDAKAN YANG KAMU LAKUKAN ITU ADALAH BETUL.


Maka di sini, apa yang dapat difahami adalah “DARAH ORANG YANG MENCABUL KEHORMATAN SESEORANG ADALAH HALAL DI BUNUH”. Ijthad ini telah dikeluarkan oleh Saidina Umar al-Khatab ra berasaskan Masalih Mursalah dan Sadd al-Dhara’I semasa zaman pemerintahannya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini