9/30/2011

Siri III “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”



Ringkasan Bab 5 : Plan Bertindak Umat Islam

1) Mewujudkan badan bertindak Anti Murtad, Islam Liberal, Pluralisme Agama di lokaliti masing-masing.
2) Mewujudkan gelombang perbincangan Isu ini secara menyeluruh dan meluas.
3) Mempersiapkan pendakwah islam dangan maklumat yang cukup.
4) Mendesak pihak berkuasa agama memainkan peranan yang berkesan.
5) Mendesak kerajaan mengambil tindakan yang tegas.









Ringkasan Bab 6 : Islam Liberal : Perkembangannya Di Malaysia

Tujuan Islam Liberal ialah untuk mewujudkan liberalisasi dan sekularisasi dalam masyarakat Islam menurut keadaan yang wujud di Barat. Tujuan lain, ialah untuk mengislahkan Islam menurut acuan mereka sendiri.

Islam Liberal adalah sejenis ajaran sesat dalam bentuk moden. Malahan ia mengajak kepada umat Islam untuk menjadi seat, yakni menyingkirkan aqidah, syariat dan akhlak yang berkaitan dengan Islam.

Isu-isu yang ditimbul ialah :
a) Hak kebebasan bersuara
b) Persamaan hak antara lelaki dan perempuan.


Perkembangan Islam Liberal di Malaysia

1970 : Gerakan Reformasi dipimpin Chandra Muzaffar (Aliran Kesedar Negara - ALIRAN)

1980 : Gerakan Anti Hadis dipimpin oleh Kassim Ahmad (Bekas Parti Sosialis Rakyat Malaysia - PARTI RAKYAT) dan pernah bertukar nama kepada JAM (Jamaah al-Quran Malaysia) selepas mereka tewas dalam pertempuran lisan (debat) dengan ABIM.
Kassim Ahmad juga memperjuangkan reformasi mendiang Rashad Khalifah, seorang tokoh sesat yang berasal dari Mesir. Kumpulan ini telah mendapat bantuan kewangan daripada Kondrad Adenaeur Foundation (KAF), sebuah pertubuhan Kristian di Jerman.

1990 : Sister In Islam di bawah kepimpinan Zainah Anwar (Peguam Wanita). Pakar-pakar mereka ialah Aminah Wadud berwarganegara AS dan Fathi Osman dari Mesir.

2005 : SIS telah membentuk badan gabungan yang dinamakan Forum Islam Liberal sama seperti abang mereka iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL). Penyokong kuat (sekutu) mereka yakni persatuan peguam pernah mendesak supaya suruhanjaya anatar agama ditubuhkan.

Faktor-faktor Perkembangan Islam Liberal Di Malaysia

1) Pengaruh peristiwa 11 September 2001 yang menyebabkan penindasan AS ke atas umat Islam sejagat.
2) Kumpulan Islam di Malaysia mendapat nafas baru daripada perkembangan yang berlaku di Indonesia.

Aliran Islam Liberal di Indonesia :
Telah dipelopori oleh Harun Nasution, Nurcholis Madjid di mana mereka ini semua mendapat didikan pengetahuan daripada AS. Aliran yang di bawa mereka ialah PARAMIDA yang sama seperti Islam Liberal.

Perkembangan-perkembangan Terkini

21 Januari 2009
SIS telah menganjurkan suatu seminar di ibu Negara berkaitan dengan isu yoga bagi menangkis pendapat mufti Perak yang mengharamkan kerana upacara penyatuan manusia dengan tuhan (dewa-dewi) seperti Hindu.

13 – 18 Februari 2009
Seminar mengenai persamaan hak wanita (musawah) dan mempertikaikan isu dalam faraid, kebebasan berkerjaya dsb.

Keterlibatan tokoh-tokoh dan pemimpin Negara juag merupakan penyumbang kepada kekuatan mereka. Antaranya ialah :
1) Aminah Wadud (Antarabangsa), Siti Musdah Mulia (Indonesia)
2) Marina Mahathir, Nori Abdullah, Anis Tun Hussein Onn (Anak Tokoh Negara)
3) Datuk Sharizat Abdul Jalil (yang telah merasmikan program musawah).
4) Yasmin Ahmad (menerusi arahannya di dalam filem Sepet, Gubra, Mukhsin, Mualaf dsb)












Penutup

Setelah hampir 40 minit kita menjelajah setiap inci ruangan, tulisan dan kupasan di dalam buku ini. Maka sudah pasti di antara kita mempunyai beberapa dapatan kesimpulan yang berjaya terhasil. Biarkan kesimpulan itu berada di sanubari kalian. Hakikatnya, apa yang akan harus kita laksanakan maka segeralah langkahan itu bermula hari ini. Mengoraklah ke hadapan tanpa lagi rasa sangsi dan curiga. Pimpinlah diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan yang terdekat dengan kita untuk menuju rabbal izati dengan rasa penuh ketaqwaan. Tundukkanlah sifat angkuh yang terbina secara sengaja ataupun tidak. Dekatkanlah diri dengan pengajian agama yang benar-benar asli. Jauhkan dan bersimpang siur serta berbelah arahlah dengan hiburan yang keterlaluan. Kawal dan peliharalah pegangan akidah, iktikad dan keagungan syariat Islam agar bertakhta berakar umbi di hati kemudian diinterprestasi di alam yang fana ini. Hancurkanlah gerakan dan firqah jahat lagi sesat yang berpaksi misi memartabatkan akal dan kebebasan berfikir.
BACA SELANJUTNYA... - Siri III “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”
Baca selanjutnya.. - Siri III “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”

Siri II “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”



Ringkasan Bab 2 : Perang Pemikiran Agenda Musuh Yang Gencar

Di bawah tajuk ini, penulis telah menjelaskan kepada pembaca mengenai perancangan Yahudi untuk memerangi umat Islam secara pemikiran dan melumpuhkan gerakan Islam. Perancangan jahat mereka ini dikenali sebagai Protokol Yahudi (Protokolat Hukama’ Sohyuni’’- Bahasa Arab). Terdapat beberapa protokol yahudi di antaranya ialah :

a) Protokol Ketiga : Menjadikan negara bukan yahudi sebagai gelnggang pertelegahan manusia dan mereka pula akan memainkan sebagai penyelamat.
b) Protokol Keempat : Menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama dan mengantikan perkiraan (sandaran) ilmu hisab dan kebendaan serta lain-lain di dalam hati orang bukan yahudi.
c) Protokol Ketujuh : Menaburkan segala fitnah supaya timbul kekacauan dan permusuhan dan setelah mereka akan melancarkan peperangan.
d) Protokol Kesepuluh : Membawa masuk racun liberalisme ke Negara-negara musuh yahudi supaya mengugat kestabilan politik. Antara perancangannya dengan mengatur kemenangan menyebelahi mereka di dalam pilihanraya.
e) Protokol Keenam Belas : Membangunkan university-universiti dan membentuk graduan supaya patuh kepada pihak berkuasa yahudi.






Ringkasan Bab 3 : Kelompok Orientalis

Orientalis ialah golongan barat yang mengkaji mengenai Islam bukan kerana keimanan tetapi bertujuan mencari kelemahan Islam dan menghentamnya.

Tujuan Orientalis mengkaji agama Islam :
1) Untuk kepentingan agama.
2) Untuk kepentingan diplomasi dan perdagangan bagi disampaikan kepada pegawai yang mempunyai aliran ketimuran.
3) Untuk kepentingan ilmu pengetahuan.
4) Untuk kepentingan penjajahan.

Rancangan Jahat Yahudi :
1) Menulis buku tentang Islam dan memasukkan racun kristinasasi.
2) Menyusup ke dalam akhbar-akhbar tempatan dan sebarkan dakyah dan agama Kristian.
3) Mengadakan persidangan bagi mengatasi permasalahan keislaman.

Orientalis dan Pengaruh Media :
1) Imperialisme Media : Yahudi menyediakan produk dan mengeluarjkan cerita kepada Negara Islam.
2) Imperialisme Budaya : Negara Islam pula mengharapkan rancangan daripada Yahudi.






Ringkasan Bab 4 : Lina Joy dalam Gubra?



Perang budaya adalah satu teror, pemaksaan ke atas keyakinan dan kebudayaan barn sebagai ganti kebudayaa dan keyakinan lama sesuatu umat.
Misi peperangan budaya :
1) Menggoyang keyakinan terhadap agama.
2) Memutuskan keyakinan dari prinsip Islam dan akhirnya menjauhkan diri dari pemikiran efektif.



Kaedahnya ialah :
1) Menggantikan budaya lokal dengan kebudayaan asing.
2) Serangan budaya terhadap nilai-nilai Islam dengan mengunakan pelbagai alasan dan identiti baru yang dicipta.

Sekular pula memberi maksud insiden kotemporari, zaman ini, yakni apa pun implikasi selepas ini tidak penting dan segala hal yang ada harus berubah mengikut zamannya. Sekularis pula ialah golongan akademik-akademik Islam yang telah mempelajari dan terpengaruh dengan pemikiran Orientalis kemudian menjadi boneka dan tali barut mereka untuk menyeleweng dan menjatuhkan umat Islam.

Pluralisme Agama iaitu meruntuhkan kebenaran dan kemurniaan akidah bahawa kepercayaan dan tauhid yang benar hanyalah Allah swt dan Islam. Agenda ini telah dipelopori oleh John Hick. Kamus Oxford pula meyebut sebagai prinsip bahawa pelbagai kelompok dapat hidup harmoni di dalam satu masyarakat.

Beberapa peranan lain sekularisasi iaitu :
Bidang budaya : satu perang yang hampir semua orang tidak peduli, termasuk pendukung gerakan Islam. Ia juga adalah proses kehilangan dunia atau hidup daripada segala yang berbentuk agama atau separa agama, penolakkan semua pandangan yang tertutup da penghancuran semua yang berbentuk kuasa ghaib. Sekularisasi juga membawa perubahan dari satu keadaan beragama kepada yang tidak beragama.



Perubahan telah berlaku ialah memperkenalkan tulisan rumi dan mengenepikan tulisan jawi. Alasan pengantian tersebut ialah :
a) Keadaan masyarakat yang berbilang kaum.
b) Memudahkan bangsa-bangsa asing ini menggunakan bahasa melayu dengan lebih meluas kerana mereka sudah tahu menggunakan bahasa melayu.
c) Boleh membawa kanak-kanak non-melayu memasuki sekolah melayu.
d) Pegawai-pegawai Inggeris akan lebih cekap menggunakan bahasa melayu dengan tulisan rumi.
e) Tulisan jawi mempunyai kekangan terutama untuk perkembangan bahasa dan kehidupan kerana kekaburan ejaan yang menggunakan sistem arab.
f) Daripada alasan tersebut tulisan rumi terus diperkenalkan dan atas permintaan sultan tulisan jawi terus diajarkan terutama kepada mereka yang belajar agama dan al-Quran.

Apa Yang terkandung di dalam GUBRA?
1) Agenda agama itu personal.
2) Agenda agama itu sekadar amar makruf dan tiada nahi mungkar.
3) Agenda maksiat dan gerakkan meghalalkannya.
4) Agenda interfaith ala John Hick dan mesej untuk menunjukkan semua agama menawarkan kebenaran.

BACA SELANJUTNYA... - Siri II “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”
Baca selanjutnya.. - Siri II “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”

Book Review “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”



Assalamualaikum wbt.
Selamat Petang…

Pendahuluan

Hari ini merupakan hari pertama persembahan atau perbentangan sesi book review. Oleh itu, seperti diketahui saya merupakan orang pertama menawarkan diri untuk mempersembahkan book review ini. Buku yang menjadi pilihan saya untuk dipersembahkan ialah sebuah buku yang bertajuk “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”.

Saya tertarik untuk memilih buku kerana saya dapati tajuk ini sesuai untuk dikongsikan bersama di antara kita. Tahap perbincangan dan kupasan serta siri-siri pembongkaran yang dinyatakan di dalam buku ini amat bertepatan dengan daya kuasa pemikiran dan pemahaman kita. Malahan juga tajuk ini telah menjadi bualan hangat masyarakat Islam yang peka dengan isu keagamaan bahkan telah mengancam keperibadian kita umat Islam.

Buku ini ditulis oleh dua orang penulis yang hebat iaitu Riduan Mohamad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil. Kedua-dua mereka mempunyai kelayakan dan kualiti sebagai penulis yang baik. Mereka juga mempunyai pengijazahan tertinggi dalam bidang yang dibincangkan ini.

Buku ini telah diterbitkan buat kali pertama pada September 2006 kemudian diulang cetak pada April 2009 melalui penerbit berbeza. Mempunyai 123 halaman bercetak tanpa warna melainkan kulit buku sahaja. Dijual dipasaran dengan harga sekitar RM 10.00 – RM 15.00 sebuah. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH, Kulim Landmark Book Store, Pustaka Darul Salam, al-Hasani dan lain-lain lagi. Buku ini juga telah didaftarkan di bawah dewan Bahasa dan Pustaka.

Perbincangan di dalam buku ini telah dibahagikan kepada 6 bab. Di mana bab yang pertama mengenai Kedurjanaan Liberalisme Agama, kedua Perang Pemikiran : Agenda Musuh yang Gencar, ketiga Kelompok Orientalis, Keempat Lina Joy dalam Gubra, Kelima Plan Bertindak Umat Islam dan keenam Islam Liberal : Perkembangannya Di Malaysia.

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan siri book review ini dengan menyusuri kupasan-kupasan secara bab ke bab sepertimana terkandung di dalamnya. Cuma mengharap, semua kalian dapat memberi sepenuh perhatian dan melapangkan dada serta berpemikiran dengan terbuka.






Ringkasan Bab 1; Muqadimah Kedurjanaan Liberalisme Agama

Bab ini telah membentangkan mengenai Liberalisasi, Sekularisasi, Pluralisasi yang wujud dalam kehidupan kita seharian. Secara ringkas yang boleh difahami adalah budaya tersebut semakin hari telah menghancurkan aqidah atau pegangan, syariat atau cara hidup dan akhlak atau sosial umat Islam abad akhir zaman ini.

Ikutilah huraian ringkas di bawah :

Bingkisan Awal :
1. Budaya ini adalah ancaman abad moden yang mana lebih berbahaya dariapa dakyah Kristian, Hindu dan mana-mana agama lain.
2. Ancaman ini juga merupakan pemikiran Muktazilah moden atau neo-Muktazilah atau Islam Liberal.
3. Ancaman ini bergerak dengan modus operandi untuk memberi kebebasan dan memperjuangkan hak asasi.
4. Ancaman ini juga adalah duri dalam daging atau musang berbulu ayam bagi umat Islam.

Islam Liberal; satu bentuk Jahiliyah Moden

Islam Liberal : ialah satu bentuk pemikiran jahiliyah baru moden yang dianuti sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatar belakangkan pendidikan Barat yang mencuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulama. Matlamat mereka ialah menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dan akhirnya agama itu tidak lagi rasional di zaman sekarang.

Rantaian Islam Liberal

-Islam Liberal

-ideologi Sekular-Liberal di Barat

-melalui penjajahan dan pendidikan.



-bawa masuk oleh gerakan Misionari Kristian dan Orientalis

Ciri-ciri Jahiliyah Moden
1. Tidak mempunyai iman yang kuat kepada Allah swt.
2. Menuruti hawa nafsu, rentetan dari tiadanya iman.
3. Wujud pelbagai taghut yang mana mengajak supaya tidak beribadat, tidak taat kepada Allah swt dan menolak hokum syariatNYA.
4. Menjauhkan diri dari agama.

Ditambah lagi dengan beberapa cirri khusus iaitu :
1. Kemajuan ilmu pengetahuan digunakan untuk menyesatkan.
2. Menganggap diri mereka tidak berhajat kepada pencipta, maka mereka sombong kepada Allah swt.
3. Teori ilmiah dicipta untuk menyelewengkan umat Islam.
4. Malapetaka akibat teori evolusi.
5. Kebebasan wanita.

Sejarah Fahaman Liberal di Barat

Aliran liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaisans (kebangkitan) yang berlaku di eropah. Bertujuan meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.

Sifat-sifat fahaman liberalisme ialah kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit. Ia juga mempunyai gagasan pemikiran iaitu individu lebih penting dari masyarakat, masyarakat wujud untuk individu dan individu bebas dari ikatan agama.

Gerakan ini terbahagi kepada beberapa sudut. Sudut agama dipelopori oleh Martin Lurther (1483-1546m). dia merupakan seorang tokoh protestan sebelumzaman Renaisans. Tujuannya membebaskan penganut agama kristian dariapda kuasa gereja dari segi rohaniah ke atas individu dan membentuk mazhab baru.

Fahamn ini berkeyakinan bahawa manusia dan akal fikirannya boleh menyelesaikan berbagai aspek yang berkaitan dengan kemanusiaan tanpa perlu merujuk kepada agama atau tuhan. Peranan agama hanya sekadar menstabilkan emosi yang tidak tenteram.

Teras pemikiran Islam Liberal ini dapat disimpulkan bahawa pertama, kebebasan individu dari cengkaman agama dan berperasaan syak terhadapnya. Kedua, meletakkan akal fikiran lebih tinggi dan wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional.

Tipu Daya Orientalis Terhadap Islam

Gerakan Orientalis ialah gerakan tokoh-tokoh dunia barat yang mengkaji tentang dunia timur (khususnya dunia Islam) yang meliputi peradaban, politik, ekonomi, kesenian, keagamaan dan pelbagai lagi. Namun demikian, setelah mereka memperolehi segalanya mengenai Islam, maka mereka akan membuat beberapa siri pembohongan dan mempesongkan maklumat asal demi memajukan niat jahat mereka.

Lubuk sasaran mereka kepada umat Islam ialah mendakwa al-Quran adalah khayalan Nabi Muhammad saw, kemudian menyebarkan tuduhan bahawa as-Sunnah bertentangan dengan akal fikiran dan pengetahuan dan menuduh pula syariat Islam dan Fiqah sebagai hokum Rumawi yang dicedok kembali.

Antara buku-buku mereka ialah “A Literary History Of Arab (Nicholson), The Sghort History Of Arab (Philip K. Hitti), The History Of Arab Literary (Carl Brocklemon), Introduction Of Islamic Theology And Law (Goldziher), The Origins Of Muhammad Jurispundence (Schacht), Islam Inmodern History (W.E Smith), Dan Wither Of Islam (H.A.R Gibb).”


Bentuk-bentuk Pemikiran Golongan Islam Liberal

1. Mereka menganut fahaman Pluralisme
Huraian :
i. Lahir ideology Pancasila, yakni membenarkan perkahwinan campur di Indonesia.
ii. Sambutan kongsi raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama.
iii. Tertubuhnya (IFC) Inter Faith Council, (SIS) Sisiter In Islam.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia
Huraian :
i. Berlaku isu murtad yang dahsyat; Isu Lina Joy (Azlina Jailani)
ii. Menyalah gunakan ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah (2;256)


3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman
Huraian :
i. Tafsiran al-Quran sebelum ini sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai.
ii. Kembali kepada asas-asas Islam dan menolak tafsiran klasik.
iii. Menggunakan ilmua akal semata-mata
iv. Mendakwa akal manusia yang membentuk sesuatu perkara agar selari dengan zaman
v. Mempertikaikan isu faraid (pembahagian harta)

4. Mempertikai syari’at Allah dan hokum-hakam fiqh dengan hujjah rasional
Huraian :
i. Mempertikaikan syariat dan membandingkannya dengan logic akal.
ii. Mempertikaikan pemakaian tudung.
iii. Hokum-hukum atau undang-undang Islam terus dipertikai.
iv. Tafsiran al-Quran bukanlah milik ulama semata-mata – Zainah Anwar

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama
Huraian :
i. Bantahan telah dibuat oleh SIS ke atas JAWI kerana menahan pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan
ii. SIS juga meminta kerajaan membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang untuk bebas dsb.
iii. Mengelar pegawai pengutkuasa agama sebagai “snoop squad”

6. Mendukung gerakan pembebasan wanita dan feminisme
Huraian :
i. Wujud gerakan pembebasan wanita di Barat
ii. Telah mendapat sokongan Mustafa Kamal Attartuk, Kamal Pasha, dan lain-lain lagi tokoh terkenal.
iii. Pembukaan hijab di Mekah dan meminta persamaan antara dua jantina dalam pendidikan dan hak politik.
iv. Wanita dibenarkan berpoligami di Nairobi, satu konfrens yang diadakan di sana.
v. Mengisytiharkan perang hijab.
vi. Menentang rang-rang Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan oleh SIS.
vii. Wanita tidak wajib bertudung dan harus wanita menjadi imam, Astora Jabat
viii. Menentang amalan-amalan poligami.

7. Meragui kesahihan sebahagian teks al-Quran dan penyusunannya
Huraian :
i. Merancang untuk menerbitkan al-Quran edisi Kritis kerana meragui al-Quran sekarang.
ii. Menghina ayat-ayat dan suarah dalam al-Quran, Kassim Ahmad

8. Meragui peribadi Rasulullah saw
Huraian :
i. Kassim Ahmad merupakan tokoh jahat yang menolak hadis, merupakan pensyarah di USM
ii. Telah mengarang sebuah buku bertajuk (Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik)

9. Meragui peribadi Rasulullah saw
Huraian ;
1. Mempertikaikan hadis-hadis Rasulullah saw
2. Berideologi dan berakar umbi ilmiah dari gologan orientalis.
3. Menghina nabi tanpa segan silu. Antaranya ialah menuduh nabi melakukan hubungan seks, meperlekehkan kepimpinan beliau (mengatakan nabi pemimpin suku kaum lebih dari pemimpin agama).

Fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Arab Saudi (syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
KAFIR golongan-golongan ini :
1. Yakin aturan atau undang-undang ciptaan manusia lebih baik dan sempurna malah mengagungkannya.
2. Berpendapat hokum potong tangan tidak lagi sesuai.
3. Menghalalkan apa yang diharamkan.
4. Benci sesuatu yang telah ditetapkan sebagai syariat oleh Rasulullah saw.
5. Memperolok-olok sesuatu dari ajaran Rasulullah saw.
6. Yakin bahawa manusia dibolehkan tidak mengikut syariat Nabi Muhammad saw.

Pluralisme adalah bertentangan dengan Islam :
Rujuk surah :
i. Ali Imran : 19, 85
ii. Al-Maidah : 73

Kongsi Raya Tidak Harus Bagi Seorang Muslim
i. Tidak harus seorang Muslim menghadiri perayaan agama, ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.
ii. Rujuk surah al-Furqan.
iii. Tidak harus menghadiri hari-hari raya orang kafir kerana mereka berada di atas munkar dan zur, abul Qasim Hibatullah bin al-Hassan at-Tabari (Faqih Mazhab Syafi’e).
iv. Tidak harus menghadiri hari-hari raya penganut Nasrani (kristian) dan yahudi, abul Hasan al-Amidi, pegangan Imam Ahmad.
v. Dilarang kaum muslimin bergembira, bersuka ria di dalam perayaan-perayaan orang musyrikin dan meniru-niru mereka, Imam as-Shon’ani.

Bagaiman Seharusnya Seorang Muslim Berfikir?
Imam al-Ghazali, sumber-sumber makrifah dalam Islam ialah :
i. Pancaindera
ii. Akal
iii. Wahyu

Ibn Taimiyyah, ilmu-ilmu ada :
i. Tidak diketahui melainkan dengan akal
ii. Tidak diketahui melainkan dengan wahyu
iii. Dapat diketahui melainkan dengan akal dan wahyu

Al-Ghazali sekali lagi meyebut bahawa medan akal manusia hanyalah berputar untuk perkara-perkara berikut :
i. Pengkajian tentang tentang alam semulajadi, ilmu kimia, fizik, biologi, astronomi, biologi, geografi dsb
ii. Rurusn keduniaan, pertanian, perniagaan, perubatan, perindustrian dsb
iii. Hubungan-hubungan kemanusiaan

Penutup Bab Ini :
Berpegang teguh pada jalan Allah swt dan yakin dengan sepenuhnya dengan Islam. Jangan sesekali mencari jalan mudah untuk mempermudahkan Islam yang mana sedia tahu telah dipelihara oleh Allah swt. Peliharalah diri kamu, keluarga kamu dari api neraka.





BACA SELANJUTNYA... - Book Review “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”
Baca selanjutnya.. - Book Review “Siri Serangan Pemikiran; Islam Liberal dan Pluralisme Agama”

CONTOH PLIDING [TUNTUTAN NAFKAH ANAK]


DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PARIS

DI PARIS

NEGERI PERANCIS

NO. KES MAL :

DI ANTARA

SITI ANGELINA BINTI ABDULLAH

NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX

...

PLAINTIF

DAN

MAKELE AMIN BIN ABDULLAH

NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX

...

DEFENDAN

PENYATAAN TUNTUTAN

1.

Plaintif, Siti Angelina binti Abdullah (NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX) yang beralamat di Paris, Perancis adalah isteri Defendan yang sah mengikut perundangan dan hukum syarak.

(Sesalinan kad pengenalan Plaintif disertakan sebagai Lampiran A)

2.

Defendan, Makele Amin bin Abdullah (NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX) yang beralamat di Paris, Perancis adalah bekas suami Plaintif yang sah mengikut perundangan dan hukum syarak.

3.

Plaintif dan Defendan pada 01.07.1800 di Masjid Paris, Perancis dan hasil perkahwinan tersebut, Plaintif dan Defendan dikurniakan dua (2) orang cahaya mata iaitu :

4.1 Henry Syam bin Makele Amin

4.2 Ribery Shah bin Makele Amin

(Sesalinan Surat Perakuan Nikah dan Sijil Kelahiran Anak disertakan sebagai Lampiran B& Ci, Cii)

4.

Selepas berkahwin pihak-pihak telah menetap di Morocco selama 8 bulan kemudiannya berpindah Venezuela beberapa bulan dan selepas itu berpindah lagi ke Birmingham selama 3 bulan. Selepas itu, pihak-pihak masih berpindah lagi sehinggalah pada 02.01.1810 Plaintif telah tinggal di Paris, Perancis ini sampai sekarang.

5.

Sepanjang tempoh perkahwinan ini, pihak-pihak masing tinggal bersama sehingga sekarang. Kehidupan rumahtangga pihak-pihak juga di dalam keadaan baik. Plaintif berkerja sebagai Cleaner di St. John Primary School manakala Defendan pula tidak menentu pekerjaanya.

6.

Kebelakangan ini, segala perbelanjaan anak-anak ditanggung sepenuhnya oleh Plaintif kerana Defendan telah tidak berkerja sejak beberapa bulan yang lalu. Kali terakhir Plaintif mendapati Defendan berkerja adalah pada Januari 1810 iaitu berkerja sendiri.

7.

Dalam pengetahuan Plaintif, Defendan adalah seorang lelaki yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit yang menghalang untuk berkerja. Maka Defendan boleh untuk melakukan sebarang pekerjaan bagi menjalankan tanggungjawab keluarga.

8.

Plaintif merasa tertekan dengan sikap dan perangai Defendan yang melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Plaintif seorangan. Plaintif terpaksa menggunakan pendapatannya untuk menguruskan segala perbelanjaan persekolahan anak.

9.

Anak pertama pihak-pihak iaitu Henry Syam bin Makele Amin telah bersekolah di tahun 1 di St. Bob Primary School manakala anak kedua Ribery Shah bin Makele Amin belum bersekolah tetapi turut memerlukan perbelanjaan yang konsisten.

10.

Berikut di senaraikan beberapa keperluan asas anak-anak tersebut setiap bulan ;

Henry Syam bin Makele Amin

Ribery Shah bin Makele Amin

1. RM 300.00 makan minum

1. RM 200.00 makan minum

2. RM 90.00 (RM4.50X20 hari) wang saku ke sekolah.

2. RM 100.00 susu Freshmilk

3. RM 450.00 Nursery Cute Baby

3. RM 550.00 mengasuh

4. RM 200.00 (RM 100.00X2) pamper Strong

11.

Melihat kepada perbelanjaan anak-anak di atas, maka sudah pasti Plaintif tidak mampu melakukannya seorang diri tanpa bantuan utama daripada Defendan yang merupakan seorang suami dan bapa kepada anak-anak tersebut. Defendan mampu melaksanakan tugas tersebut kerana tiada sebarang halangan kepada Defendan untuk menunaikannya.

12.

Oleh demikian, Plaintif dengan rasa rendah diri memohon kepada Mahkamah Yang Mulia Ini untuk :

12.1 Meluluskan tuntutan nafkah (2) orang anak tersebut yang difailkan Plaintif terhadap Defendan berdasarkan peruntukkan seksyen 73 EUKIP [Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perancis] 1804.

12.2 Memerintahkan Defendan memperuntukkan nafkah dua (2) orang anak tersebut sebanyak RM 2, 000.00 sebulan.

12.3 Memerintahkan Defendan memperuntukkan bagi perbelanjaan awal tahun pengajian anak bernama Henry Syam bin Makele Amin sebanyak RM 800.00 setahun.

12.4 Memerintahkan Defendan memperuntukkan bagi perbelanjaan dua hari raya kedua anak tersebut sebanyak RM 5, 000.00 setahun.

12.5 Apa-apa relief dan perintah lain yang difikirkan perlu oleh Mahkamah.

Bertarikh 12 hb Mac 1810

.........……........………………

Peguam Syarie Plaintif

Penyata Tuntutan ini difailkan oleh Samir Nasri & Co yang beralamat di Paris, Perancis.

BACA SELANJUTNYA... - CONTOH PLIDING [TUNTUTAN NAFKAH ANAK]
Baca selanjutnya.. - CONTOH PLIDING [TUNTUTAN NAFKAH ANAK]

CONTOH PLIDING [HARTA SEPENCARIAN]


DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH ENGLAND

DI LONDON

NEGERI ENGLAND

NO. KES MAL :


DI ANTARA

SYARIFAH MUNIRAH BINTI ABDULLAH

NO. K/P : XXXXX-XX-XXXX

...

PLAINTIF

DAN

JOHN ALI BIN ABDULLAH & LAIN-LAIN

...

DEFENDAN-DEFENDAN

PENYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif, Syarifah Munirah binti Abdullah No. K/P : XXXXXX-XX-XXXX beralamat di London, England adalah isteri kepada Mohd Brian bin Abdullah mengikut hukum syarak dan undang-undang.

(Sesalinan Kad Pengenalan Pemohon dikemukakan sebagai Lampiran A)

2. Mohd Brian bin Abdullah adalah suami kepada Plaintif (Selepas ini disebut sebagai si mati) mengikut hukum syarak dan undang-undang. Mereka telah berkahwin pada 03.03.1886 di London, England. Kemudian Si Mati telah meninggal dunia pada 06.06.1910 dan kebumikan pada 07.06.1910 di Tanah London, England.

(Sesalinan Kad Pengenalan Si Mati dan Surat kematian dikemukakan sebagai Lampiran B & C)

3. Defendan-defendan adalah saudara kepada simati yang juga merupakan ahli waris yang berhak terdapat harta-harta si mati. Alamat penyampaian bagi kesemua Responden ialah di London, England. Defendan-defendan adalah :

3.1 John Ali bin Abdullah

3.2 Mohd Ali bin Abdullah

4. Si mati telah meninggal beberapa harta yang terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih. Harta-harta tersebut adalah :

4.1 1 buah rumah beralamat 400-400-440, Jln London, England

4.2 1 buah motor jenis BMX no. pendaftaran HHH4444

4.3 1 akaun duit ganjaran/pencen terbitan di dalam Akaun Bank Standard Chartered [XXXXXXXXX] berjumlah RM 2, 000, 000. 00

(Sesalinan Dokumen Perjanjian Pembeli Rumah, Perakuan Pendaftaran Kenderaan dan Maklumat Bayaran Ganjaran/Pencen Terbitan dikemukakan sebagai Lampiran D, E & F)

5. Rumah yang beralamat 400-400-440, Jln London, England Pinang dibeli pada 10.08.1902. Kemudian sebuah (1) motor tersebut pula dibeli pada 09.05.1908. Manakala duit ganjaran diperolehi pada 07.06.1910 dari Jabatan Perkhdimatan Awam England.

6. Si mati memperolehi ganjaran/pencen terbitan hasil sumbangan kerja berkhidmat di Majlis Buruh, England sebagai Pengarah.

7. Semua Defendan telah memfailkan satu permohonan faraid di Mahkamah Rendah Syariah London, England dan telah diputuskan pada 04 Ogos 1911 yang lalu. Di dalam perintah tersebut Plaintif mendapat sebanyak 13/52 bahagian dari harta pusaka si mati. Selebihnya pula adalah bahagian-bahagian responden yang lain.

(Sesalinan Perintah Faraid dikemukakan sebagai Lampiran G)

8. Justeru itu, Plaintif telah memaklumkan kepada Pejabat Percaya Berhad selaku badan yang bertindak untuk menguruskan harta-harta pusaka ini bahawa Plaintif ingin membuat tuntutan berkenaan dengan Harta Sepencarian terlebih dahulu.

9. Sepanjang perkahwinan, Plaintif telah menguruskan kebajikan, kesihatan, makan dan minum serta tempat tinggal si mati dengan baik. Plaintif tidak berkerja sepanjang tempoh perkahwinan semata-mata untuk menumpukan perhatian kepada suami iaitu si mati sepenuh masa.

10. Plaintif percaya bahawa sebahagian besar daripada harta-harta si mati merupakan sebahagian daripada harta sepencarian kerana Pemohon sama-sama turut serta memberikan sumbangan secara tidak langsung kepada perolehan harta-harta tersebut.

11. Oleh yang demikian, berdasarkan fakta-fakta di atas, Plaintif dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini suatu perintah seperti berikut:

11.1 Meluluskan tuntutan harta sepencarian tersebut yang difailkan Plaintif terhadap Responden berdasarkan peruntukkan seksyen 125 EUE [Enakmen Undang-undang England] 1900.

11.2 Mengisytiharkan Plaintif berhak kepada ½ bahagian daripada harta-harta si mati sebagai Harta Sepencarian bersama, dan

11.3 Apa-apa relief lain yang difikirkan perlu dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia Ini.

Bertarikh pada haribulan 1911

...........……………..........…

Plaintif @ Peguam Syarie

Penyata Tuntutan ini difailkan oleh Karim Rooney, Beckham & Co bagi Plaintif yang alamat penyampaiannya di London, England.

BACA SELANJUTNYA... - CONTOH PLIDING [HARTA SEPENCARIAN]
Baca selanjutnya.. - CONTOH PLIDING [HARTA SEPENCARIAN]
Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini