11/30/2011

BAB TIGA : HUKUMAN SEBAT DI PENJARA MALAYSIA



Jenis Kesalahan Yang Dikenakan Sebat

Jenis-jenisnya ialah :

a) Kanun Kesiksaan

b) Akta Dadah Merbahaya 1952

c) Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) 1971 (Akta 37)

d) Akta Senjata Api 1960

e) Akta Pencolekan 1961

f) Akta Membaharui Undang-undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 (Akta 65)

Cara Perlaksanaan Hukuman Sebat

Terdapat beberapa kriterianya iaitu :

1) Bilangan Sebatan

a) Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen – Sehingga 24 rotan

b) Majistret Kelas Pertama – 12 kali sebatan

2) Alat Sebatan

Kanun Prosedur Jenayah Seksyen 288 (iii) : bahawa rotan yang digunakan untuk menyebat tidak boleh lebih daripada diameter setangah inci dan panjangnya lebih kurang satu depa.

Rotan yang digunakan hendaklah direndam dalam air selama satu malam supaya ianya tidak pecah apabila rotan itu kena punggung penjenayah.

3) Ciri Sebatan dan Tukang Sebat

Tukang sebat adalah seorang yang dilatih dan berkemahiran melakukannya. Kebiasaanya penyebat adalah seorang yang berbadan besar, tegap dan mempunyai gred yang tinggi dalam seni mempertahankan diri. Selain itu penyebat itu hendaklah melakukan sebatan berdasarkan kekuatan badannya dan bukan semata-mata kekuatan tangan.

Kesannya, pesalah itu boleh cedera sehingga kulitnya terngangga dan selepas tiga kali sebatan punggungnya itu akan berlumuran darah. Semua sebatan boleh dilakukan serentak dan berturut-turit selepas tiap-tiap setengah minit.

4) Bahagian Badan Di Sebat, Kedudukan Dan Keadaan Pakaian Pesalah

a) Disebat dibahagian punggung

b) Ditelanjang kecuali bahagian kemaluan ditutup dengan kain

c) Kaki dan tangannya diikat pada abah-abah kayu

d) Bahagian punggung diikat dengan tali pinggang

e) Dilapik dengan bantal setebal 6inci pada kawasan punggung yang didedah untuk tujuan sebatan

5) Waktu dan Tempat Pelaksanaan

Hendaklah dilaksanakan selepas tempoh 7 hari. Sekiranya ia dihukum penjara 14 hari, maka hendaklah tamat tempoh tersebut baru dilaksanakan hukuman sebat. Begitu juga, sekiranya rayuan dilakukan, maka hendaklah selesai rayuan itu dan diperintahkan oleh mahkamah. Tempat untuk dilaksanakan hukuman itu adalah tempat yang ditetapkan oleh majistret. Hukuman biasanya dilakukan di waktu pagi dan tempat hukuman pula di kawasan lapang dan di luar sel serta tidak dapat dilihat oleh banduan lain.

6) Golongan Yang Dikecualikan Sebatan

Kanun Prosedur Jenayah Seksyen 289 menyebut :

a) Perempuan

b) Lelaki yang dijatuhkan hukuman mati

c) Lelaki yang diisytiharkan berumur 50 tahun.

7) Golongan Yang Dikehendaki Hadir

Antara golongan tersebut ialah :

a) Penguasa penjara

b) Pegawai Perubatan

c) Pegawai Penyebat

d) Pembantu Pegawai Penyebat

e) Pegawai Rekod

f) Lain-lain pegawai yang diarahkan

8) Penangguhan Dan Ganti Hukuman Sebat

Antara sebab penangguhan ialah :

a) Pegawai Perubatan tidak dapat hadir bagi mengesahkan kesihatan pesalah

b) Apabila disahkan tidak sihat, maka ditangguhkan sehingga pesalah itu di dalam keadaan baik

c) Apabila setelah menerima sebatan pesalah itu disahkan mengalami kesihatan, maka ditangguhkan juga dan selepas itu disambung baki bilangan sebatan

d) Apabila disahkan bahawa pesalah tidak boleh menerima sebatan, maka mahkamah hendaklah menggantikannya dengan hukuman penjara yang tidak melebihi 12 bulan.

Contoh Pelaksanaan Hukuman Rotan Di Malaysia

Antaranya ialah :

a) Mula pada jam 8.00pagi

b) Dikurung di sesuatu tempat untuk menunggu giliran mereka

c) Di bawa keluar satu persatu

d) Diperiksa oleh doktor. Setelah disahkan doktor, penguasa penjara akan membacakan hukuman

e) Pesalah diikat pada abah-abah. Hukuman akan dilaksanakan

f) Ketika pelaksanaan, seorang pegawai penjara (ASP atau DSP) akan mengira bilangan sebatan dan diawasi oleh seorang doktor

g) Sekiranya pukulan tersasar, ia tetap dikira

h) Sebatan boleh dihentikan apabila pesalah itu pengsan dan kemudian dirawat oleh doktor.

i) Setelah selesai, doktor akan mengarahkan pembantunya memberi ubat kepada pesalah atau dihantar ke hospital sekiranya perlu.

KESIMPULAN

· Hukuman sebat dikenakan bagi beberapa kesalahan yang telah ditetapkan dan tidak boleh sewenang-wenangnya dilakukan hukuman itu.Hukuman sebat di Malaysia tidak sama seperti hukuman sebat secara Islam.

· Pelaksaanaan hukuman sebat di Malaysia lebih bertujuan memberi kesakitan kepada pesalah berdasarkan sifat-sifat dan ciri-ciri perlaksaanaanya. Namun pesalah tertentu masih diberi keringanan dan kesihatan pesalah juga menentukan bagi sebatan mereka.



3 comments:

Anonymous said...

SALAM SAUDARA,
SAYA INGIN MEMOHON MENEMURAMAH SAUDARA MELALUI LAMAN SESAWANG (EMEL)BAGI PENYEMPURNAAN KERTAS PROJEK SAYA YANG BERKAITAN DENGAN HUKUMAN SEBAT DI BAWAH UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA.

SAYA MOHON SAUDARA UNTUK MEMBERIKAN MAKLUM BALAS SAMA ADA DI SINI ATAU DI EMEL syazwaniyussof@hotmail.com.

TERIMA KASIH.

PROGRAM DANA GAIB said...

saya sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak yang sekian kalinya kepada mbah wirang karna nomor togel singapure yang mbah berikan 4D yaitu..0239..alhamdulillah ternyata tembus lagi ,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan mbah wirang karna beliau sudah banyak membantu kami sekeluarga dengan angka2 ghoibnya dan telah merubah kehidupan saya jauh lebih layak dari pada sebelumnya,berkat mbah wirang kami sudah punya rumah sendiri dan juga punya usaha sendiri , dan sudah punya tabungan di BANK sudah begitu banyak. Peramal lain yang saya mintai angka jitu tidak ada satupun yang tembus malahan saya terlilit hutang yang lumayan cukup banyak,dan Akhirnya saya mendapatkan peramal togel yang asli saya akui kalau mbah wirang memang peramal jitu dan pantas di ajungkan jempol,jika anda ingin merubah nasib anda dengan angka ghoib yang di jamin 100% jebol,hubungi mbah wirang di nomor : 082_346_667_564 jangan di sms soalnya maklum orang tua tak bisa ,angka yang di berikan mbah wirang jangan di ragukan lagi soalnya saya sudah membuktikannya sendiri,angka ghoib yang mbah wirang berikan mulai dari 2d,3d,4d semuanya tembus 100% , sudah 3 kali putaran saya menang Dan tidak pernah meleset , dan hanya mbah wirang yang bisa menjamin 100% kemenangan,sekarang giliran anda membuktikannya sendiri, INI ASLI, BUKAN REKAYASAH !!! …. Kembali saya sampaikan kepada anda semua jika anda butuh angka togel jitu 2d 3d 4d untuk putaran
SINGAPURE HONGKONG MALAYSIA THAILAND SIDNEY MACAU silahkan bergabung jadi anggota memeber di MBAH WIRANG insya allah anda akan merasakan kemenangan.. jangan sia-siakan kesempatan anda..



Salam succes all




Unknown said...

Sya nk tnye kdp tuan blog ini..knp prmpuan,lelaki 50thun keatas dan palh yg dihukum mati..dikecualikam dri sebatn???mohon pnjelasn..utk pembelajran saya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini