9/30/2011

Perbandingan Teknologi Kereta Honda Dengan Mitsubishi. [Versi Melayu]


Kereta merupakan suatu alat pengangkutan yang menjadi kegilaan ramai orang yang tidak mengira lapisan masyarakat. Mungkin keadaan itu berlaku disebabkan kereta adalah suatu keperluan asas yang patut dimiliki oleh setiap orang. Di Malaysia sahaja, kita dapat lihat pelbagai jenis dan model kereta samada kereta buatan tempatan sehinggalah buatan eropah. Sungguh banyak berpeleseran di atas jalanraya. Walaupun begitu, di sini kita akan cuba menyusuri teknologi kereta buatan honda dan mitsubishi yang masing-masing berasal dari negara mata hari terbit Jepun.


Honda dan mitsubishi sangat mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia. Permintaan kedua-dua kereta ini sangat laris di pasaran samada di wakil jualan kereta baru atau terpakai. Di sini timbul satu tanda tanya kepada kita semua apakah keistimewaan kedua-dua teknologi ini yang sangat mengagumkan para pemandu dan pengemar kereta. Semuanya akan cuba dikupas dan dibentangkan di dalam penulisan ini.


Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari beberapa majalah, artikel dan tulisan di dalam internet, maka dapatlah disimpulkan bahawa kedua-dua teknologi kereta ini memmpunyai keistimewaan yang tersendiri. Sungguhpun begitu, kita akan cuba lakukan perbandingan di antara kedua-dua teknologi ini melalui beberapa aspek. Aspek-aspek tersebut ialah keupayaan bergerak, keselesaan pemanduan, saiz kereta, penggunaan minyak dan harga pasaran kereta tersebut. Berdasarkan perbandingan ini kita akan perolehi teknologi paling terbaik di antara honda atau mitsubishi.


Bagi melakukan perbandingan yang tepat dan berkualiti, persamaan model dan siri kereta merupakan salah asas yang penting. Maka di sini, kami menggunakan model kereta Civic 2.0 i-Vtec bagi honda manakala kereta model Mitsubishi MIVEC (Lancer Evolution GSR) untuk teknologi mitsubishi. Pemilihan model kereta ini dipadankan berdasarkan persamaan dari segi isipadu minyak yang digunakan iaitu 2000 liter.


Aspek pertama yang dibandingkan ialah keupayaan bergerak bagi kedua-dua kereta ini. Maka dalam aspek ini, kita akan lihat keupayaan bergerak sesebuah kereta itu berdasarkan kuasa kudanya. Mitsubishi mempunyai keupayaan yang cukup hebat iaitu 269 kuasa kuda pada 6900 rpm. Manakala Honda Civic 2.0 pula mempunyai 189 kuasa kuda pada 8000 rpm. Maka di sini jelaslah bahawa Mitsubishi Lancer Evolution GSR mempunyai kuasa kuda yang lebih kuat dan tinggi berbanding dengan Honda Civic 2.0 i-Vtec. Dalam erti kata lain, Mitsubishi Lancer Evolution GSR mampu meninggalkan jauh sebuah kereta Honda Civic 2.0 i-Vtec pada peringkat pecutan awal. Teknologi honda tidak mampu menyaingi mitsubishi dalam aspek ini seterusnya meletakkan mitsubishi di antara sebuah pengeluar kereta yang berkuasa tinggi.


Keselesaan pemanduan adalah aspek kedua dalam membandingkan kedua-dua teknologi ini iaitu samada Honda atau Mitsubishi. Dalam aspek ini, kita amat sukar untuk memperolehi jawapan yang tepat memandangkan setiap peminat kereta mempunyai keselesaan yang berbeza. Sesetengah di antara mereka menafsirkan bahawa keselesaan pemanduan bergantung kepada ciri-ciri keselamatan yang direka khas untuk sesebuah kereta. Ada juga segelintir lain menyatakan bahawa keluasan dan keunikan hiasan dalaman sebagai satu keselesaan semasa memandu. Bahkan selainnya, keselesaan ini juga boleh dirasai apabila sesebuah kereta itu boleh memuatkan penumpang dan barang-barang dengan banyak. Maka terlalu banyak dan pelbagai istilah-istilah dan maksud keselesaan pemanduan sesebuah kereta.


Berdasarkan kepelbagaian itu, maka kami mengabungkan segala perasaan itu kepada satu kriteria utama dalam memperolehi jawapan kepada maksud keselesaan pemanduan. Hasilnya, sebuah kereta yang selesa ketika pemanduan adalah apabila kereta itu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik, ukiran dan hiasan dalaman yang menarik dan kapasiti penumpang serta ruang dalaman yang luas dan sempurna.


Dalam aspek ini, teknologi Honda telah berjaya menewaskan teknologi Mitsubishi. Ini kerana Honda berjaya mencipta siri CIVIC 2.0liter i-Vtec dengan menampilkan dan memperkemaskan ciri-ciri keselamatan yang hebat di mana terdapat sistem ABS pada keseluruhan tempat duduknya yang mana merangkumi pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang. Manakala Mitsubishi Lancer Evolution X pula hanya menampilkan sistem ABS tersebut di bahagian pemandu dan penumpang hadapan sahaja. Selain itu, ukiran dan hiasan dalaman bagi kedua-dua kereta ini masing-masing hebat dan menarik. Di mana kita boleh lihat bahawa kedua-dua jentera jepun ini dapat memikat hati pengemar kereta dengan mengenengahkan teknologi elektronik untuk semua sistem di bahagian papan muka hadapan kereta (dashboard). Sistem elektronik benar-benar menguja perasaan dan kepuasan pengemar dan peminatnya. Seterusnya kapasiti penumpang dan keluasan ruangan dalaman pula, Honda sekali lagi berjaya menewaskan Mitsubishi. Keadaan ini disebabkan keluasan jentera CIVIC 2.0 litres i-Vtec adalah lebih besar berbanding Mitsubishi Lancer Evolution GSR.


Selain yang dinyatakan sebelum ini, terdapat beberapa lagi ciri-ciri keselesaan dan kemewahan kedua-dua teknologi ini yang boleh dibandingkan. Dari aspek music, entertainment and communication, kedua-dua hampir kereta mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu am/fm stereo, cd player dan mp3 player. Namun terdapat beberapa ciri-ciri yang terdapat pada honda tetapi tiada pada mitsubishi iaitu premium sound system and auxiliary audio output. Dari aspek climate control pula, mitsubishi mempunyai auto climate control / air condition and front air conditioning manakala honda pula tiada ciri-ciri tersebut.


Dari aspek window, mirrors and wiper pula, mitsubishi dan honda berkongsi ciriciri seperti intermittent wipers, variable speed interminttent wipers, power driver and passenger mirror, power driver and passenger vanity mirror. Steering pula, mitsubishi dan honda mempunyai steering wheel audio controls and leather wrapped steering wheel. In aspect interior and exterior, mitsubishi and honda still have same berpandukan ciri-ciri tersebut iaitu front floor mats and rear floot mats. Kedua-dua kereta juga mempunyai ciri-ciri keselesaan di bahagian seat iaitu terdapat rear seat pass through, cloth seats and front bucket seats. Untuk memberi keselesaan yang begitu menakjubkan, honda menggunakan tayar bersaiz P215/45VR17 di hadapan dan dibelakang manakala mitsubishi pula menggunakan tayar bersaiz P245/40R18. Perbezaan tersebut telah menunjukkan bahawa kedua-dua kenderaan ini mempunyai kelebihan masing-masing untuk memastikan pergerakkan kereta terus memberi kepuasan kepada pemiliknya.


Seterusnya, kami ingin mengemukakan perbandingan di antara kedua-dua kereta ini dari aspek keselamatan. Sesunguhnya diketahui bahawa semua pengeluar kereta di dunia pasti menitik beratkan mengenai perihal keselamatan. Bahkan juga, ciri-ciri keselamatan yang baik mampu menarik ramai pembeli dan peminat kereta untuk memilikinya. Honda Civic 2.0 i-Vtec telah memperkemaskan ciri-cirinya dengan drive air bag, passenger air bag, passenger air bag on/off switch, side head air bag, rear head air bag, traction control, bectronic stability control and vehicle Anti- theft system. Mitsubishi Lancer Evolution GSR juga mengandungi ciri-ciri keselamatan seperti honda tetapi ditambah lagi dengan beberapa ciri-ciri lain iaitu 4-wheels abs and 4wheel disc brakes.


Aspek keempat yang kami telah lakukan perbandingan adalah berdasarkan aspek penggunaan minyak di antara kedua-dua teknologi ini. Honda CIVIC i-Vtec 2.0 menggunakan 1 literpadu petrol untuk perjalanan sejauh 21km bagi kawasan bandar manakala 29km pula bagi lebuhraya. Manakala berbeza dengan Mitsubishi Lancer Evolution GSR yang mana menggunakan 1 literpadu petrol sejauh 16km bagi kawasan bandar dan 22km bagi lebuhraya. Perbezaan tersebut jelas menunjukkan bahawa enjin teknologi honda lebih menjimatkan penggunaan minyak petrol berbanding dengan enjin teknologi Mitsubishi. Walaupun kedua-dua teknologi ini sama dari segi cc iaitu 1998 cc namun honda berjaya mencipta sebuah teknologi yang mampu mengurangkan penggunaan minyak malah juga mampu menghasilkan kuasa pecutan yang setanding dengan pengeluar kereta lain.


Perbandingan terakhir yang dilakukan ialah harga pasaran di Malaysia bagi kedua-dua kereta ini. Kami telah memperolehi dapatan berkenaan harga bagi kedua-dua kenderaan ini melalui majalah Asian Auto. Harga model sebuah Honda CIVIC 2.0 i-Vtec ialah RM 124, 800.00 dan bagi versi CIVIC 2.0 Type ‘R’ Vtec pula ialah RM 199, 800.00. Manakala model Mitsubishi Lancer Evolution GSR X pula ialah RM 315, 436.10 dan bagi Mitsubishi Lancer GT ialah RM 119, 624.10. Dapat disimpulkan bahawa teknologi Mitsubishi lebih mahal harganya berbanding dengan honda. Mungkin ciri-ciri tertentu yang terdapat pada Mitsubishi tidak terdapat pada Honda sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan ini jauh berbeza harganya.


Keseluruhannya, kedua-dua kenderaan buatan jepun ini sangat menarik dan hebat. Bahkan terbukti di mana di dalam Filem Fast Furios 1 sehingga 4 menggunakan kereta-kereta ini dalam setiap aksi perlumbaan kereta. Selain itu, ramai pengguna dan peminat kereta di negara kita turut menggunakan kereta-kereta ini. Mereka sanggup melakukan pelbagai usaha untuk memastikan mampu memiliki kereta tersebut. Bahkan bukan sekadar itu, ada dikalangan besar peminat kereta sanggup untuk melakukan proses pengubahsuaian enjin kereta tempatan dengan menggantikan dengan salah satu enjin jepun itu. Mereka akan mendapatkan enjin dan alat ganti kereta jepun ini di kedai-kedai potong (halfcut) di seluruh Malaysia demi mencapai hasrat menggunakan teknologi Mitsubishi dan Honda.


Walaupun begitu honda dan mitsubishi ini mempunyai kelebihan masing-masing yang tiada tolak bandingnya. Berdasarkan 5 aspek yang telah dilakukan perbandingan sebelum ini maka kita dapat merumuskan kepada beberapa kategori. Teknologi Honda berjaya menghasilkan sebuah kereta yang menjimatkan penggunaan minyak dan harganya pula jauh lebih rendah berbanding kereta Mitsubishi. Manakala teknologi Mitsubishi pula berjaya mencipta sebuah kereta yang berkuasa tinggi dari segi kelajuan, horsepower dan pecutannya yang mana teknologi honda tidak mampu menyainginya. Tetapi honda dan mitsubishi masing-masing berkongsi kelebihan dan keistimewaan dari sudut features, interior, exterior dan lain-lain lagi.


Oleh demikian, kami menyatakan bahawa kereta teknologi honda adalah pilihan sesuai kepada golongan yang menitikberatkan aspek keselesaan, penjimatan minyak dan harga yang berpatutan. Namun teknologi Mitsubishi pula amat sesuai kepada golongan yang mahu kepada perfomance, racing, sport dan bergaya. Sebagai kata akhir, kedua-dua kereta ini mampu memberi satu mimpi indah kepada peminat kereta dalam pemanduanya.

40 comments:

Anonymous said...

toya la lu mat..
ko bandingkan honda civic 2.0 dgn evo...lancau ape..
bandingkan la lancer gt dengan civic 2.0...

enja said...

mamat ni memang tak tau bezakan kereta ke apa....

Anonymous said...

Compare turbo vs na.. tak kena

Anonymous said...

hahaha kena sembur

Anonymous said...

Memang xlogik lgsung bnding..honda type r nk bnding pn...

Anonymous said...

ABS dikeseluruhan tempat duduk???hahaah///tu SRS...ABS kat tayar weii

Anonymous said...

2000 liter???

Anonymous said...

if x tau pasal keta wat cara x tau... jgn kelirukan orang....

Anonymous said...

lol...hahaha

Anonymous said...

xpe saudara...sbr atas kritikan ino

Anonymous said...

Goblok

Anonymous said...

slm .mohon share bahan ini untuk tugasan saya.tq

Zulkifli said...

Haiyya!!!...2000 liter tu bukannya isipadu minyak yg digunakan la, itu merujuk kepada volume engine iaitu isipadu kebuk pembakaran dalam engin. ABS pula bukan merujuk kepada beg udara la, ABS ni sistem break. Anti Lock Breaking System. Lu buat kite kompiusss le.....

Anonymous said...

Aa

aban said...

mcm ni baru betoi if nk perbandingan...
- CIVIC FD2 TYPE R 2.0 vs Mitsubishi MIVEC (Lancer Evolution GSR) baru betoi..
- CIVIC 2.0 i-VTEC vs MITSUBISHI LANCER GT 2.0 bukan lancer EVO ok hihihi

Major Raidenovich said...

Setuju.Memang kereta CC sama tapi NA dengan force induction jauh beza.Lagi satu data kena betul (2000 liter??)2.0 liter la.

Anonymous said...

Kalau aku lecturer kau,aku bagi markah 5% je tugasan kau ni.

Unknown said...

haha..adoii perbandingan xberagak btol la..dr td aku duk gelak ja ni

Anonymous said...

Ratio power:weight 0.177 (Honda) vs. 0.179 (Mitsubishi),sikit je beza.Depend kat driver jugak.

Anonymous said...

pejadah harem ni meraban...baik ko edit balik artikel ko ni sebelum satu malaysia gelakkan ko.. gila teruk comparison ko bagi..adoi

Anonymous said...

kalau aku editorial majalah kereta, memang aku pecat kau serta merta bro..

Anonymous said...

byk minom.air ketom la ko nie.... artikel ko nie buat org jd conpius tahu x...

Unknown said...

mohon copy . .



Anonymous said...

Ahaks..Ahaks..Ahaks.. \:P/

Anonymous said...

gilo

Anonymous said...

knapa xbanding civic 2.0 tu ngan bugatti veyron trus senang..ni mesti krete tpi pakai ex5

Anonymous said...

woiiit2!! korang dok kritik blogger ni korang tak takut ke wei!!! dia ni imam ..... kang abez kene panah petirrr weiiii!!!!

Anonymous said...

Byk jugak imam yg bg ajaran sesat, samada ilmu duniawi mahupun ukhrawi, hopefully kaji dulu sebelum sebarkan dlm blog, org sekarang ramai dah pandai2, jgn jd bahan gelak org lg...

Unknown said...

mamat ni main bedal je hahahaha

Anonymous said...

Boleh ganti Ahmad Maslan

Anonymous said...

hahahahaha. imam x imam

Anonymous said...

hahahahaha. imam x imam

pionopis said...

aku rasa dia copy and paste jer ni..

nis gurl said...

apa hal hng ni beza kn kerta sport and kerta famly.bgi langit dan bumi la

nis gurl said...

nk komen pasl kerta.abs pn x thu...hetam je la labu.aku baca pn senak kepla

nis gurl said...

jgn marah2,mgkin dia slap taip kot.xpn dia temuramah vin diesal haha

Anonymous said...

Saya melayu...Saya malu dengan silap melayu yang suka comdem bangsa sendiri...apa salahnya yang salah kita betul kan...bro nie cuma share...bagi la muka...Saya dah penah ke jepun...Rx 7 rotary fd pon dah pernah tekan...tapi ibu saya sedang mencari sedan jepun di malaysia yang terbaik untuk usianya...Saya di Google sebab banyak kawan cakap lancer and Honda lebih kurang...tapi ibu saya lebih rendering kepada lancer even ramai cakap Honda better...tapi bila saya baca comment para handal kaki Acura gtr rx8 fairlady evo 9 sekalian amatlah mengecewakan...takpa...pelan pelan...jangan hina orang...ko tu pon belum tentu hensem macam Honda or lancer...sekian

Anonymous said...

Lancer evo 10 basic spec 2.0 horse power dlam 150hp je yg GSR turbo bru 260hp++ n honda FD yg mnual 6 speed pun sma 250hp++.Mitsu smpai RM300K++ ni spec europe ni huhu. dari smpai RM300K ++ baik aku tmbh skit amik GTR mlaysia spec baru RM400K++ horse power 400hp g power huhu.

Anonymous said...

camry ssuai utk yg brusia ni aku cdagkan atau nk voke skit ambil teana 2.5xv

Unknown said...

Klu tau bodoh..jgn tulis blog la..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini