9/30/2011

CONTOH PLIDING [HARTA SEPENCARIAN]


DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH ENGLAND

DI LONDON

NEGERI ENGLAND

NO. KES MAL :


DI ANTARA

SYARIFAH MUNIRAH BINTI ABDULLAH

NO. K/P : XXXXX-XX-XXXX

...

PLAINTIF

DAN

JOHN ALI BIN ABDULLAH & LAIN-LAIN

...

DEFENDAN-DEFENDAN

PENYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif, Syarifah Munirah binti Abdullah No. K/P : XXXXXX-XX-XXXX beralamat di London, England adalah isteri kepada Mohd Brian bin Abdullah mengikut hukum syarak dan undang-undang.

(Sesalinan Kad Pengenalan Pemohon dikemukakan sebagai Lampiran A)

2. Mohd Brian bin Abdullah adalah suami kepada Plaintif (Selepas ini disebut sebagai si mati) mengikut hukum syarak dan undang-undang. Mereka telah berkahwin pada 03.03.1886 di London, England. Kemudian Si Mati telah meninggal dunia pada 06.06.1910 dan kebumikan pada 07.06.1910 di Tanah London, England.

(Sesalinan Kad Pengenalan Si Mati dan Surat kematian dikemukakan sebagai Lampiran B & C)

3. Defendan-defendan adalah saudara kepada simati yang juga merupakan ahli waris yang berhak terdapat harta-harta si mati. Alamat penyampaian bagi kesemua Responden ialah di London, England. Defendan-defendan adalah :

3.1 John Ali bin Abdullah

3.2 Mohd Ali bin Abdullah

4. Si mati telah meninggal beberapa harta yang terdiri daripada harta alih dan harta tidak alih. Harta-harta tersebut adalah :

4.1 1 buah rumah beralamat 400-400-440, Jln London, England

4.2 1 buah motor jenis BMX no. pendaftaran HHH4444

4.3 1 akaun duit ganjaran/pencen terbitan di dalam Akaun Bank Standard Chartered [XXXXXXXXX] berjumlah RM 2, 000, 000. 00

(Sesalinan Dokumen Perjanjian Pembeli Rumah, Perakuan Pendaftaran Kenderaan dan Maklumat Bayaran Ganjaran/Pencen Terbitan dikemukakan sebagai Lampiran D, E & F)

5. Rumah yang beralamat 400-400-440, Jln London, England Pinang dibeli pada 10.08.1902. Kemudian sebuah (1) motor tersebut pula dibeli pada 09.05.1908. Manakala duit ganjaran diperolehi pada 07.06.1910 dari Jabatan Perkhdimatan Awam England.

6. Si mati memperolehi ganjaran/pencen terbitan hasil sumbangan kerja berkhidmat di Majlis Buruh, England sebagai Pengarah.

7. Semua Defendan telah memfailkan satu permohonan faraid di Mahkamah Rendah Syariah London, England dan telah diputuskan pada 04 Ogos 1911 yang lalu. Di dalam perintah tersebut Plaintif mendapat sebanyak 13/52 bahagian dari harta pusaka si mati. Selebihnya pula adalah bahagian-bahagian responden yang lain.

(Sesalinan Perintah Faraid dikemukakan sebagai Lampiran G)

8. Justeru itu, Plaintif telah memaklumkan kepada Pejabat Percaya Berhad selaku badan yang bertindak untuk menguruskan harta-harta pusaka ini bahawa Plaintif ingin membuat tuntutan berkenaan dengan Harta Sepencarian terlebih dahulu.

9. Sepanjang perkahwinan, Plaintif telah menguruskan kebajikan, kesihatan, makan dan minum serta tempat tinggal si mati dengan baik. Plaintif tidak berkerja sepanjang tempoh perkahwinan semata-mata untuk menumpukan perhatian kepada suami iaitu si mati sepenuh masa.

10. Plaintif percaya bahawa sebahagian besar daripada harta-harta si mati merupakan sebahagian daripada harta sepencarian kerana Pemohon sama-sama turut serta memberikan sumbangan secara tidak langsung kepada perolehan harta-harta tersebut.

11. Oleh yang demikian, berdasarkan fakta-fakta di atas, Plaintif dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini suatu perintah seperti berikut:

11.1 Meluluskan tuntutan harta sepencarian tersebut yang difailkan Plaintif terhadap Responden berdasarkan peruntukkan seksyen 125 EUE [Enakmen Undang-undang England] 1900.

11.2 Mengisytiharkan Plaintif berhak kepada ½ bahagian daripada harta-harta si mati sebagai Harta Sepencarian bersama, dan

11.3 Apa-apa relief lain yang difikirkan perlu dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia Ini.

Bertarikh pada haribulan 1911

...........……………..........…

Plaintif @ Peguam Syarie

Penyata Tuntutan ini difailkan oleh Karim Rooney, Beckham & Co bagi Plaintif yang alamat penyampaiannya di London, England.

5 comments:

Anonymous said...

salam,,,nk mintak izin copy leh x?utk wat assigment...huhu

Anonymous said...

dlm penceraian fasakh,soal harta pencarian,jika harta atas dua nama,adakah isteri diberikan hak untuk tinggal di rumah tersebut bersama anak-anak dan apakah tempohnya?

Anonymous said...

salam. saya nak copy....tq

Unknown said...

salam..sy nk copy blh??untuk dijadikan sbg cth sbb sy tgh buat pliding psl harta sepencarian ini...

miyamirada.blogspot.com said...

Salam..nk minta izin copy boleh..nk buat rujukan utk assignment

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini