9/30/2011

Tazkirah : Sembahyang Musafir



Pendahuluan :
Musafir ialah orang berjalan dan mengembara

Adab Sebelum Musafir
1) Mengembalikan harta orang yang perolehi harta secara zalim
2) Menyelesaikan hutang
3) Berwasiat tentang perkara memerlukan wasiat
4) Bertaubat segala dosa dan memohon doa supaya selamat perjalanan
5) Memohon maaf kepada ibubapa dan keredhaan Allah swt.
6) Menyediakan nafkah secukupnya kepada keluarga
7) Memulangkan harta simpanan orang
8) Bekalan pendapatan dan makanan yang halal
9) Memeperlajari sebaik-baiknya ilmu
10) Memilih hari khamis
11) Memlilih kawan / teman untuk musafir
12) Melantik ketua sekiranya rombongan
13) Memahami hokum melaksanakan solat musafir
14) Melakukan solat sunat musafir
15) Bersedekah
16) Membaca doa ketika keluar rumah
17) Mendoakan keselamatan orang yang bermusafir
18) Mendoakan orang yang ditinggalkan
19) Bertakbir tiga kali dan berdoa



Solat Musafir
Terdapat beberapa cara solat musafir iaitu secara qasar dan jamaq. Sunat bagi 3 marhalah dan harus pada 2 marhalah.

Peringatan : Tidak sah solat qasar atau jamaq bagi perjalanan bertujuan maksiat seperti perjalanan untuk menyokong dan menonton pertandingan sukan [bola sepak].

Syarat sah Qasar

i) Solat fardhu jenis empat rakaat
ii) Perjalanan 2 marhalalh
iii) Tujuan yang baik pada safarnya
iv) Hendaklah ada ketentuan tempat menuju
v) Jangan imamkan orang yang tamam
vi) Jangan imamkan orang yang diragui safarnya
vii) Niat qasar dalam takbir solat
viii) Hendaklah memelihara perkara yang menafikan qasarnya sehingga salam
ix) Mengetahui tentang kaifiat dan perlaksaannya
x) Dilakukan diluar tempat bermukim
xi) Hendaklah kekal safarnya sehingga selesai solat

Tanbih :
Diharuskan jamaq solat dengan beberapa cara iaitu jamaq (4+4), (4+2), (2+2).
Jamaq boleh dilakukan secara taqdim dan ta’akhir.



Masalah : Tidak sah solat qasar dengan mengikut solat tamam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini