9/30/2011

PERKARA-PERKARA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGENAL PASTI KEMATIAN SESEORANG


1) Menutup kelopak mata simati supaya tertutup rapat. Tutup dengan perlahan-lahan. Jangan kuat dan mendesak. Baca (Bismilahi millati rasulillah)

2) Menyucikan qubul dan dubur simati dengan perlahan-lahan. Jangan mengasarinya. Memadailah dengan perasaan (zan suci). Digalakkan mengunakan kain yang lembut dan dibilaskan beberapa kali. Selain itu dianjurkan supaya menekan sedikit bahagian perutnya untuk memastikan kekotoran keluar dari badannya sekadar yang biasa.

3) Menyucikan seluruh badannya dengan kain yang lembut dan bersih. Teliti dibahagian tertentu seperti ketiak, pusat dan semua bahagian berlipat.

4) Menyapukan minyak di semua bahagian sendinya. Sekurang-kurangnya gunalah minyak kelapa. Disarankan menyikat pada semua tempat berambut dan bermisai.

5) Merapatkan tangan, kaki dan anggota lain seperti berdiri di dalam sembahyang. Lakukan secara perlahan dan rasa hormat kepada simati. Ikatkan tangan dan dagu sekiranya kedua-dua anggota tersebut sukar untuk dirapatkan pada kadar biasa.

6) Meletakkan simati di tempat yang tinggi dan mengadab kiblat. Sekurang-kurangnya lebih tinggi dari lutut orang yang duduk bersila.

7) Menudung dengan kain putih atau kain yang berwarna cerah dan lembut. Jangan menggunakan kain batik kerana ditakuti kain batik terdapat gambar dan lukisan yang kurang menyenangkan.

8) Merenjis dan memakaikan minyak wangi pada simati atau meletakkan bau-bauan di bawah katil tempatnya. Pakaikan minyak wangi yang tidak menimbul ketidak senangan kepada orang yang datang mengunjung. Sekuran-kurangnya meletakkan daun pandan yang dipotong kecil-kecil dihujung kepala dan kaki simati.


Kulim, Jam 17:15, 10.01.2010, Ibn al-Hayazi al-Kedahi..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini