11/30/2011

PROSES TUNTUTAN HADHANAH DAN NAFKAH ANAK [BAH. I]


Selepas berlaku perceraian di antara suami dan isteri atau ibu dan bapa, maka salah satu pihak boleh atau kedua-dua pihak boleh secara persetujuan bersama membuat tuntutan mengenai hadhanah dan nafkah anak di mahkamah. Tuntutan hadhanah hendaklah difailkan di mahkamah tinggi syariah manakala nafkah anak pula di mahkamah rendah di mana tempat pihak pemohon itu berada.


Proses bagi kedua-dua tuntutan ini biasanya difailkan dengan menggunakan khidmat peguam samada dari firma guaman swasta atau guaman kerajaan. Ini kerana terdapat beberapa perkara dan prosiding kes yang mana golongan awam tidak mampu mengendalikannya di mahkamah kelak. Berikut adalah salinan dokumen yang diperlukan bagi tujuan tersebut :

i) Kad pengenalan pemohon / Pengesahan Qariah

ii) Surat Akuan Perceraian / Perintah Perceraian

iii) Sijil Kelahiran Anak / Mykid

iv) Surat Pengesahan Sekolah / Tuisyen / Kelas Agama

v) Resit Bayaran Persekolahan / Tuisyen / Kelas Agama [Bulanan / Tahunan]

vi) Resit Bayaran Perjalanan / Tambang / Tiket Ke Sekolah [Bas / Van]

vii) Surat Caruman Insuran Kanak [Jika ada]

viii) Laporan Kesihatan / Perubatan Anak

ix) Laporan Polis Berhubung Isu Anak [Jika ada]

x) Lain-lain Dokumen Berkaitan Anak


Bagi tuntutan nafkah anak, mahkamah akan memutuskan sesuatu jumlah berdasarkan keperluan wajib dan asas bagi seseorang anak disamping mengimbanginya dengan kemampuan bapa. Mahkamah boleh untuk mengurangkan dan memerintahkan satu jumlah yang berbeza dengan tuntutan yang dibuat oleh anak atau orang yang menjaga anak tersebut apabila mahkamah berpuashati bahawa jumlah itu tidak berasas dan tidak dapat dibuktikan oleh pemohon. Namun sebaliknya, mahkamah juga boleh memerintahkan bapa untuk membayar satu jumlah seperti yang dituntut oleh ibu [pemohon] setelah mendapati jumlah itu relevan dan rasional.


Seterusnya berkenaan tuntutan hadhanah pula, mahkamah akan memutuskan tuntutan itu berdasarkan kebajikan anak bukan berdasarkan kebebasan, kekayaan, persamaan jantina dan kemewahan. Bahkan mahkamah juga tidak terikat secara mutlak dengan pilihan seseorang anak itu walaupun anak itu boleh membuat pilihan. Ini jelas menunjukkan bahawa kebajikan anak itu adalah lebih penting dari aspek-aspek lain. Kebajikan anak itu biasanya mencangkupi hal-hal berkaitan kasih sayang, pendidikan, kesihatan, pengaruh ikutan dan keselamatan.


Kedudukan ibu adalah paling utama dalam mendapatkan hak penjagaan anak berbanding bapa. Kenyataan ini juga telah disebut di dalam enakmen undang-undang keluarga islam setiap negeri. Bapa merupakan orang ketiga di dalam kedudukan tersebut selepas ibu dan ibu kepada ibu yakni atok sebelah ibu kepada anak itu. Selain itu, ibu juga mempunyai naluri dan perasaan kasih sayang yang kuat berbanding seorang bapa. Contoh yang dapat dikaitkan adalah di mana seorang anak yang baru dilahirkan boleh membesar dengan baik apabila berada bersama ibu berbanding bapa. Bahkan usia ketika itu, anak itu memerlukan susu ibu dan sudah tentu bapa tidak mampu menunaikanya dengan baik. Maka naluri keibuan adalah sangat penting di dalam diri seseorang kanak-kanak diusia 12 tahun pertama.


Walaupun begitu, terdapat beberapa keadaan seseorang ibu boleh terhalang dan gugur haknya dalam menjaga anak. Keadaan itu berlaku apabila mahkamah mendapati ibu telah melakukan perbuatan fahisyah atau maksiat secara terbuka dan boleh mendatangkan kemudharatan serta mempengaruhi anak. Kemudian, seseorang ibu yang berkahwin lain juga boleh menghalang hak daripada menjaga anak perempuannya bersama suami terdahulu kerana faktor perhubungan anak tersebut dengan bapa tiri / suami baru ibu. Faktor seterusnya, apabila ibu itu telah keluar dari agama / murtad [na’uzubillah]. Selain dari faktor murtad, mahkamah masih boleh mempertimbangkan pemohonan seorang ibu untuk mendapatkan hak penjagaan anak sekalipun ibu itu berkahwin lain dan didapati pernah melakukan fahisyah.

Bersambung...............

33 comments:

WinaWarz said...

Assalamualaikum... nak mintak kebenaran ambil ilmu di sini...

ustazgraphic photography said...

salam syeikh..bole minta izin copy?

Anonymous said...

assalamualaikum..saya nak tanya soalan berkenaan hak penjagaan anak sekiranya suami isteri sudah bercerai?anak tunggal berumur 5 tahun dan membesar dari berpantang sehingga kini di rumah nenek dan datuk sebelah ayah anak tersebut..hari minggu mak dan ayah anak tersebut akan mengambil balik ke rumah mereka dan menghantar kembali anak tersebut pada hari ahad..cuma pada hari rabu ayah dan mak anak tersebut akan tidur di rumah nenek/mak si suami..pendidikan,makan minum serta kesihatan dijaga oleh nenek dan datuk memandangkan anak tersebut tinngal bersama nenek dan datuk..anak tersebut bertadika dan belajar mengaji dekat dengan rumah nenek.peroalannya adakah nenek dan datuk sebelah lelaki layak mendapat hak penjagaan?

Anonymous said...

Assalamualaikum, ustaz boleh tak saya nak copy artikel ustaz berkaitan tajuk diatas?

Anonymous said...

minta kebenaran copy artikel ust.

Unknown said...

Minta kebenaran untuk copy artikel ini..Terima kasih..

princess barbie rieya said...

Salam,saya nak tanya...berkenaan dgn tuntutan hak penjagaan ank...saya da 4thn bcerai dan d kurnia kn seorang cahaya mata perempuan yang berusia 6thn...saya nk tnya ada ka seorg ibu yg tk berkerja tk layak buat tuntutan hak penjgaan ank?ada kah alasan yang kuat tuk saya buat tuntutan ank?

Jaya said...

ustadz boleh tak saya nak copy artikel ustadz berkaitan tajuk diatas? minta kebenaran copy-paste artikel ustdz buat share ke yang laen....

Abang Aziz said...

Tuan.. saya mohon kebenaran utk copy artikel tuan.

sue said...

saya nak mohon kebenaran menggunakan artikel ni untuk rujukan

Anonymous said...

assalamualaikum.. mohon untuk menggunakan artikel ini sebagai rujukan.. terima kasih

Unknown said...

mana sambungan nya?

Unknown said...

saya pohon kebenaran untuk menggunakan artikel ini sebagai rujukan

KakYong said...
This comment has been removed by the author.
KakYong said...

as salam saya mohon copy artikel

Anonymous said...

mohon kebenaran copy artikel ini sebagai rujukan :)

Anonymous said...

Ustaz,
Saya nak bertanya ttg pembayaran nafkah anak. Sy bagi nafkah anak 4 org (berumur bwh 18thn) sebyk RM500.00 tunai sebulan. Setiap hjg mggu sy akan amik ank2 utk keluar makan dan belanjakan lg RM50 x 4 mggu = RM200. Sy jg seringkali byr kos perubatan ank2 antara RM50 ke RM100 sebulan. Bekas isteri buat tuntutan di mahkamah minta sy bayar RM400 x 4 org anak = RM1,200 sebulan. Sy tidak mampu byr dan tak mampu guna khidmat peguam. Apa yg boleh sy buat apabila berhadapan dgn tuntutan di mahkamah seterusnya nanti. Terima kasih

abdah said...

assalammualaikum...sya akan menjalani proses perceraian pada 21/5/2014...saya ingin menuntut hak penjagaan anak2 sya..di sebab kan sekarang ini isteri sya tinggal bsama keluarga dia yg bukan beragama islam. sebab2 perceraian adalah kerana setiap kali ada pgaduhan di antara sya dn isteri sblm ini,dia selalu minta cerai...sehinggakan dia cuba untuk keluar dari rumah...hal ini berlarutan lebih kurang 2 thun..dia juga sering kali menuduh sya mempunyai perempuan lain kerana kerja sya ni akn out station selama 2 minggu setiap bulan..

Anonymous said...

assalam... bolehkah perintah hak jagaan sementara (interim secara ex-parte) dibuat tanpa kes induk (hadhanah)

Unknown said...

Salam ustaz. Saya minta kebenaran Untuk copy article ustaz.

alyaahusna@brainybunch.com said...

assalamualaikum....
tuan, nak minta izin ambil artikel ini utk dimasukkan dalam tajuk tugasan kami,
Jazakallahu khairan kathir!

Anonymous said...

assalamualaikum.. saya minta kebenaran utk copy artikel ini untk tugasan... syukan :)

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Mohon kebenaran utk copy artikel ini.

hamba Allah said...

assalam, mohon kebenaran utk copy ya

Unknown said...

assalam ustaz,ana nak copy artikel ni boleh?

Pa'e said...

Jap. Kalau seorang ibu utk pernah berkelakuan keji seperti zina dan khalwat. Adakah mahkamah syariah masih boleh pertimbangkan hak jagaan anak tersebut pada ibu tersebut? Kalau mahkamah syariah masih boleh pertimbangkan. Maknanya Mahkamah Syariah berlaku zalim pada kanak2 tersebut.

Aziemah91 said...

assalamualaikum.. mohon izin nak copy ye Tuan..

Unknown said...

ustaz, sy minta copy utk asaimen saya. halal ya ?

Unknown said...

Assalamualaikum mintak copy blh? :)

Anonymous said...

salam,saya mintak izin copy ye. utk assingment saya. Terima kasih.

Unknown said...

assalamualaikumminta izin untuk copy ya

Unknown said...

sy bercadang utk menfailkan penjagaan anak tanpa peguam. apakah proses akan lebih sulit?

Unknown said...

Notwithstanding the best and consistent administrations, clients some way or another get associated with blocking issues? To recuperate all the blocking blunders in issue free way with precision, you can dial Blockchain phone number 800-665-6722 according to your necessities and get in discussion with the specialists identified with the issue you are confronting. The specialists will offer out-of-the-container arrangements and attempt their dimension to fulfill clients with their astonishing and consistent administrations. The specialists are utilitarian during the time with no stop.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini