7/11/2008

Fasakh dan Implikasi Undang-undang (Bahagian I)

PERUNDANGAN KEKELUARGAAN ISLAM

TAJUK :
FASAKH DAN IMPLIKASI UNDANG-UNDANG.

Definisi Fasakh

Fasakh (pemisahan) adalah berbeza daripada perceraian (talaq), kerana talaq berlaku adalah dengan kehendak suami dan pilihannya sendiri, sedangkan fasakh fasakh berlaku berdasarkan keputusan qadi. Tujuannya bagi membolehkan pihak perempuan menamatkan ikatan perkahwinan dengan suaminya, setelah semua cara lain yang merupakan pilihan seperti talaq atau khulu’, tidak berjaya didapati.

Fasakh juga diertikan sebagai merombak sesuatu ‘aqad dari awal atau menahannya dari berterusan. Ia biasanya berlaku dalam aqad yang fasid dan aqad yang tidak lazim. Perbincangan mengenainya boleh dibahagikan kepada sepuluh perihal.

1. Fasakh Kerana Kegagalan Memberi Nafkah
2. Fasakh Kerana Ada Kecacatan Atau Penyakit
3. Fasakh Kerna Tidak Sehaluan, Deraan Dan Layanan Buruk
4. Talaq Secara Ta’assuf
5. Fasakh Dengan Sebab Ghaib
6. Fasakh Kerana Ditahan
7. Fasakh Kerana Berlaku ‘Illa
8. Fasakh Kerana Berlaku Li’an
9. Fasakh Kerana Berlaku Zihar
10. Fasakh Kerana Murtad Atausalah Seorang Dari Suami Atau Isteri Memeluk Islam

Fasakh Kerana Kegagalan Memberi Nafkah

Undang-undang Mesir, Bil. 25 tahun 1920, dalam perkara 4 memperuntukkan hak memisahkan isteri daripada suaminya kerana kegagalan suami memberikan nafkah untuk isteri, apabila isteri menuntut agar dipisahkan dengan sebab darurah, samada kegagalan memberi nafkah itu disebabkan ketidakmampuan suami ataupun kerana keengganan dan kelazimannya.

Undang-undang Syria pula menegaskan tentang pemisahan dengan sebab kegagalan memberi nafkah nafkah ini. Seksyen (110) menyebutkan:
“(i) Isteri harus menuntut untuk dipisahkan apabila suami yang hadir enggan memberi nafkah kepada isterinya. Suami pula tidak ada harta yang jelas dan tidak pula membuktikan ketidak mampuannya dari memberikan nafkah.”

“(ii) sekiranya bersabit suami tidak mampu, ataupun jika dia ghaib, qadi hendaklah memberikan satu tempoh yang sesuai, tidak melebihi daripada tiga bulan. Jika setelah tempoh itu dia gagal juga memberikan nafkah, maka qadi hendaklah memisahkan mereka berdua.

“(Seksyen 111) Pemisahan yang dibuat oleh qadi dengan sebab kegagalan memberikan nafkah ini dikira sebagai talaq raj’ie. Suami berhak merujuk isterinya itu dalam masa ‘iddah dengan syarat dia membuktikan kemampuan dan kesediaannya untuk memberi nafkah.

Undang-undang (Enakmen Kekeluargaan Islam Pulau Pinang) seksyen 53 (b) seseorang perempuan atau lelaki, mengikut manan-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan berikut, iaitu : (b) bahawa suam,I telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukkan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.

Pendapat Fuqaha’

Ulama/Mazhab Pendapat Dalil (Nas atau Hadis)
Hanafi Tidak harus memisahkan Surah al-Talaq 65:7
Jumhur Harus Surah al-Baqarah 2:231, 229

bersambung perihal seterusnya

2 comments:

Noor Syifaa Sulhie Tasnim said...

Tuan Muaz mohon copy artikel nie

Amirna Plus Tablet (Adiera CareU) said...

Salam sye mnx copy yer utk rujukan 😃

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini