7/17/2008

Fasakh dan Implikasi Undang-undang (Bahagian II)

Sambungan Artikel ..

Fasakh Kerana Ada Kecacatan Atau Penyakit

Kecacatan yang menghalang berlaku persetubuhan atau sebaliknya terbahagi kepada dua jenis :-
i) Kecacatan yang berkaitan dengan kelamin dan menghalang daripada berlaku persetubuhan. Contohnya zakar terputus dan sebagainya.

ii) Kecacatan yang tidak menghalang kepada persetebuhan, tetapi ia merupakan penyakit yang ditakuti. Orang yang hidup bersamanya pasti mendapat kemudaratan seeperti penyakit kusta dan sebagainya. Kecacatan yang berlaku di antara suami isteri bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :-
a) Kecacatan alat kelamin yang terdapat pada lelaki iaitu mati pucuk dsb.
b) Penyakit alat kelamin wanita iaitu lubang faraj tersumbat dsb.
c) Kecacatan sama-sama dialami seperti gila, kusta dsb.

Undang-undang Mesir Bil 25 tahun 1920 telah memperuntukkan dalam perkara 9,10, dan 11 tentang untuk melakukan pemisahan berdasarkan kecacatan-kecacatan yang terdapat pada seorang suami iaitu terpotong zakar, mati pucuk dan tiada buah zakar. Inilah tiga sebab atau kecacatan yang ulama’ berseendapat menjadi sebab yang mengharuskan pemisahan. Begitu juga gila, penyakit kusta, penyakit sopak dan lain-lain penyakit teruk yang tidak berkemungkinan untuk sembuh ataupun ada kemungkinan sembuh tetapi untuk tempoh yang sangat lama, sama ada penyakit yang terdapat pada suami ini telah wujud sebelum aqad dan tidak diketahui isteri, ataupun yang terjadi sesudah itu dan isteri tidak rela menerimanya.

Pemisahan yang dilakukan dengan sebab kecacatan ini dikira sebagai satu talaq ba’in. bagi kecacatan yang dijadikan alasan untuk menuntut fasakh nikah ini, perakuan mereka yang ahli perlu diminta bagi menentukkan kedudukannya.

Undang-undang Syria pula memperuntukkan pemisahan dibuat hanya kerana kecacatan yang berkaitan dengan alat kelamin sahaja, tidak untuk penyakit-penyakit lain yang menjauhkan orang ataupun yang membawa mudarat. Ini adalah didasarkan kepada pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf yang berbeza dari pendapat jumhur.

Seksyen (105): Isteri berhak menuntut pemisahan daripada suaminya dalam dua keadaan berikut:
(a) Apabila suami mempunyai apa-apa penyakit yang menyebabkan ia tidak mampu melakukan persetubuhan, dengan syarat ia sendiri tidak mempunyai kecacatn sedemikian.

(b) Apabila suami menjadi gila selepas aqad.

Seksyen (106) memperuntukkan:
(a) Hak seorang perempuan untuk meminta pemisahan seperti yang dinyatakan di atas, dianggap gugur apabila beliau mengetahuinya sebelum ‘aqad, ataupun merelainya setelah berlaku selepas aqad.

(b) Dengan syarat bahawa hak menuntut pemisahan dengan sebab suami mati pucuk tidak akan gugur dalam sebarang keadaan.

Seksyen (107) menyebutkan bahawa jikia penyakit yang disebut dalam Perkara 105 tidak mungkin akan hilang, maka qadi perlulah memisahkan terus kedua-dua mereka. Jika ia mungkin boleh hilang, maka pendakwaan tersebut perlulah ditangguh ke suatu tempoh yang sesuai dan tidak lebih daripada satu tahun. Jika ia juga sembuh, maka qadi perlulah pisahkan mereka berdua.

Seksyen (108) pula memperuntukkan bahawa pemisahan kerana penyakit ini dikira sebagai satu talaq ba’in.

Undang-undang (Enakmen Kekeluargaan Islam Pulau Pinang) seksyen 53 (e & f) seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan berikut, iaitu : (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk; (f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.

Pendapat Ulama’

Ulama/Mazhab, PendapatDalil dan (Nas dan Hadis) yang dipegang.

Ulama Zahiri - Tidak harus - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mengenainya.
Jumhur - Harus - Al-Sunnah;Tidak ada kemudaratan dan yang memudaratkan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Ustaz, terima kasih di atas perkongsian di blog ini. Saya ingin bertnya, adakah boleh isteri menuntut fasakh sekiranya:

1: Keluarga suami dan suami sendiri menyembunyikan penyakit si suami sbg contoh diabetes sebelum bernikah dan keluarga isteri dan isteri hanya mengetahui penyakit tersebut setelah beberapa bln bernikah (itu pun mengetahuinya dr org luar).

2: Suami tdk mampu bekerja dan tdk mampu memberi nafkah kerana keadaan fizikal suami disebabkan penyakit tersebut.

3: Si suami berhutang agk banyak kpd isteri dan tdk mampu utk membayarnya.

Mengharapkan respon dari Ustaz.. Syukran

Riff said...

Salam. Boleh try produk saya ni tgk.. please refer di link kat bawah ni..

http://www.ubatvitiligo.com/

Boleh contact saya untuk pertanyaan lanjut, 019-5440021 (Arif Aziz)

TQ.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini