Persoalan :
Baru-baru terdapat di dalam ini ditanya mengenai hukum dadah dan rokok serta dalil al-Quran dan al-Hadith mengenai kedua-duanya.
Ulasan :
Saya akan cuba ulas dan jelaskan beberapa pandangan ulama-ulama mutakhirin mengenai hukum keduanya masalah tersebut.
Sememangnya telah diketahui hal ini menjadi bualan hangat dewasa ini. Sehubungan itu juga, isu gejala penyalahgunaan dadah telah menjadi satu masalah yang memeningkan negara kita. Baik dari segi pemulihan mahupun penguatkuasaan. Penjara dan hukuman sudah tidak lagi praktikal dalam menangani hal ini. Anak-anak muda terus menceburi bidang ini sebagai langkah awal untuk bergelar doktor diri sendiri.
Dadah bermaksud ubat-ubatan, bahan (seperti ganja, heroin, marijuana dan sebagainya) yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya secara berlanjutan (merosakkan kesihatan, membawa maut, dan lain lagi). Begitulah menurut Kamus Dewan. Manakala dalam kamus Bahasa Inggeris (Longman; Dictionary of Contemporary English), dadah disebut sebagai Drug (an illegal subtance that people smoke or inject to make them feel happy or excited). Membawa maksud satu bahan terlarang yang dihisap atau disuntik untuk membuatkan mereka berasa gembira dan teruja.
Di dalam buku Undang-undang Dadah Berbahaya, terdapat banyak pengertian dan penjelasan tentang dadah dan jenis-jenisnya. Namun, tidak perlu dinukilkan kerana sebenarnya matlamat penulisan ini adalah bagi menjelaskan hukum-hukum mengenainya. Cumanya dirasakan agak menarik seandainya dinyatakan beberapa pengertian dadah dalam pelbagai sudut.
Merujuk kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud : “Janganlah kamu lemparkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berbuat baik”.
Maksud tersebut, jelaslah menunjukkan keharaman ke atas umat Islam menganiayai dan melakukan sesuatu perkara yang membawa kebinasaan kepada tubuh badan mereka. Kita telah maklum bahawa pengambilan dadah membawa kepada kesan-kesan buruk seperti HIV, tindakan luar kawal, mabuk, lupa ingatan, tidak terurus, merosakkan akal fikiran, menjatuhkan maruah, meruntuhkan agama dan sebagainya. Maka sudah tentulah Islam melarang dengan keras aktiviti-aktiviti tersebut.
Saya mengajak kembali melihat “maqasid syariah” itu sendiri yang mensasarkan lima matlamat utamanya iaitu memelihara agama, memelihara akal, memelihara keturunan, memelihara maruah dan memelihara nyawa. Menghancurkan matlamat ini sangat dilarang dan ditegah di dalam Islam.
Ulama-ulama juga sama sekali telah menyebut mengenainya. Di antara mereka ialah Imam Ahmad bin Hanbal telah meriwatkan di dalam musnadnya bahawa “Rasulullah saw melarang segala sesuatu yang memabukkan dan segala yang mengkhayalkan” hadis ini diriwayatkan oleh Ummu salamah r.a (al-Musnad 6/309).
Imam Ibn Hajar telah memasukkan penggunaan narkotin ke dalam kategori dosa-dosa besar. Ibn Taimiyyah pula menyebut bahawa ijmak Muslimin mengatakan sesungguhnya ganja haram, dan orang yang menghalalkannya serta meminumnya adalah telah kafir (terj; Yas’alunaka, Ahmad –Syarbashi m/s 311).
Kaedah Fiqhiyyah juga menjelaskan situasi ini iaitu “al-Dharar yuzal” bermakna kemudharatan hendaklah dihilangkan. Manakala hadis nabi saw yang bermaksud “Tiada kemudharatan dan tiada memudharatkan” hadis riwayat oleh Ibn Abbas (terj; ‘Ashbahu Wa al-Nazhair fi Qawaid al-Fiqhiyyah, m/s 182-183).
Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan tertentu yang membenarkan penggunaan dadah iaitu ketika di dalam kedaan dharurat (terpaksa), pengubatan dan urusan pembedahan. Tetapi hari ini, pengambilan dadah di kalangan anak-anak muda bukanlah bertujuan kepada keadaan tersebut. Sebaliknya mereka mencari alternatif pintas untuk menyelesaikan masalah peribadi, studi dan famili. Dan akhirnya menjerat mereka ke lembah durjana ini.
Oleh itu, dapatlah saya konklusikan bahawa sememangnya tiada hukum yang jelas menyebut tentang pengharaman dadah di dalam al-Quran dan hadis. Akan tetapi, banyak bertebaran larangan Allah SWT dan tegahan Nabi Muhammad saw ke atas perlakuan dan perbuatan yang memberi kesan buruk dan negatif kepada diri seseorang Islam. Maka jauhilah dadah, sesungguhnya dadah menghancurkan Islam. Barangsiapa yang menghancurkan Islam maka tergolong di dalam golongan mereka yang kafir.

12 comments:
terima kasih bnyk2 us.. dah lama sy nak tahu.. dan setahu sy tak semua org tahu. terutamanya tentang rokok ada yang kata hukumnya makruh dan ada pula kata haram namun kebanyakannya tak tahu pun hukumnya. memang sakit hati bila selalu terpaksa bau asap rokok. rasa nak marah tapi tak tau pula nak kata apa. sy fikir kalau mereka jelas tahu apa hukumnya mungkin mereka boleh berfikir semula. kalau boleh saya nak kerajaan bukan saja haramkan dadah malah haramkan rokok terdahulu. bermula dengan negeri2. adakan akta rokok boleh sabit orang yang merokok. sepertimana sabit org islam minum arak. pelik juga lihat org2 seperti pak haji turut merokok.DADAH BERMULA DARI BERJINAK-JINAK DENGAN ROKOK. kempen jangan merokok perlu maklumkan juga hukum agama baru lebih berkesan. Juga letak hukumnya besar2 pada kotak rokok tuju khas pada org islam.- minta dijauhkan
salam..sy ingin btnyee.. tpi mcm mna org yg sdh mrokok kian lmee shngga tdk dpt bhnti..ap lgkh yeee...adakh ini punca dan mslh mreka utk bhntii...ap lgkh yee?mgkin kta sng brckp utk bhnti mrokok tp hkikatye mmg ssuh org yg kian lmee mrokok utk bhnti..kra na ini mnjadi beben kpd dri mrekaa.....bg pdpt ustz cm mn
salam .. sy nk mntk izin nk amik isi2 pnting dlam artikel ni ye .. nk buat asgmnt ,, tqvm ..
SALAM...SY NK MINTA IZIN UNTUK AMIK ISI-ISI PENTING DLM ARTIKEL INI UTK BUAT ASGMNT.tq

as salam, saya nak minta izin untuk menyalin isi dalam blogspot utk buat assignment. tq
nak copy
SALAM...mohon share...untuk menambah pengetahuan...syukran....
salam.....mohon share...
salam minta izin nak copy :)
nak mintak izin copy :-)
Assalamualaikum. minta izin copy :)
Post a Comment