Ulasan Penulis :
Penulisan ini disediakan adalah bagi menjelaskan sedikit sebanyak mengenai langkah dan tindakan yang boleh diambil bagi masalah keengganan seseorang untuk membayar hutang atau menunaikan penghakiman atau juga dipanggil perintah mahkamah.
Alhamdulillah,,,
Saman Penghutang Penghakiman adalah suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah di atas permintaan pemiutang penghakiman melalui satu permohonan mendapatkan saman penghutang penghakiman. Permohonan permintaan ini hendaklah difailkan sendiri oleh pemiutang atau melalui peguam syarienya dengan mengunakan borang MS 42 (rujuk Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang 2004).
Saman penghutang penghakiman ini dikeluarkan kepada seseorang yang berhutang atau penghutang penghakiaman yang telah enggan dan ingkar menyelesaikan hutang penghakiman. Setelah permohonan mendapatkan saman penghutang penghakiman difailkan kepada mahkamah, maka mahkamah akan mengeluarkan suatu saman penghutang penghakiman. Seksyen 175, 176 dan 177 Enakmen Tatacara Mal Negeri Pulau Pinang memperuntukkan mengenainya.
Bagi menjelaskan lagi, permohonan permintaan saman penghutang penghakiman hendaklah mengandungi maklumat seperti nama penghutang, no, kad pengenalan penghutang, alamat terkini penghutang dan jumlah hutang penghutang penghakiman.
Setelah mahkamah mengeluarkan suatu saman penghutang penghakiman, maka saman tersebut atau dipanggil ringkasnya (SPP) hendaklah diserahkan secara kerdiri kepada penghutang di dalam masa (7) tujuh hari sebelum tarikh pendengaran saman itu ditetapkan.
Pada hari pendengaran SPP, maka mahkamah atau peguam syarie pemiutang boleh dan hendaklah memeriksa penghutang penghakiman mengenai pembayaran sekiranya penghutang mendakwa membayarnya atau memeriksa kewangannya sekiranya penghutang mendakwa tidak mampu membayar.
Penghutang penghakiman hendaklah membawa segala bukti-bukti bagi menjawab akan maksud saman tersebut. Contoh, penghutang penghakiman mendakwa telah membuat bayaran perintah mengenai nafkah anak sebanyak RM 300.00 sebulan secara memasukkan ke dalam akaun bank anak. Oleh itu, slip atau resit pembayaran hendaklah dikemukakan penghutang semasa hari pemeriksaan itu nanti. Seandainya pula, pembayaran dibuat secara terus kepada anak, maka saksi kontrak pembayaran hendaklah dibawa bersama.
Peguam syarie pemiutang penghakiman pula, hendaklah mengajukan beberapa soalan mengenai masa bayaran, jumlah bayaran dan bentuk bayaran yang telah dibuat oleh penghutang. Malah, peguam syarie boleh meminta supaya penghutang mengemukakan apa-apa bukti mengenai pembayaran. Begitu juga seandainya bukti pembayaran disokong oleh saksi penghutang, maka peguam syarie boleh mengajukan soalan kepada saksi penghutang.
Jika penghutang penghakiman tidak hadir pada hari pendengaran ditetapkan dan berdasarkan bukti serahan, SPP telah berjaya diserah kepada penghutang. Maka mahkamah boleh mengarahkan atau peguam syarie pemiutang boleh memohon kepada mahkamah supaya mengeluarkan suatu waran tangkapan ke atas penghutang penghakiman.
Namun demikian peguam syarie pemiutang boleh memohon kepada mahkamah supaya memerintahkan penghutang penghakiman membayar jumlah hutang tersebut secara tunai atau secara ansuran tanpa terlebih dahulu mengeluarkan waran tangkap.
Apa-apapun bentuk prosiding di atas, mahkamah memerintahkan atau peguam syarie pemiutang boleh memohon kepada mahkamah untuk mengadakan perbincangan di antara pemiutang dan penghutang penghakiman. Dan persetujuan yang diperolehi di antara mereka boleh diendorskan kepada mahkamh sebagai perintah. Sebagai contoh, Si A (penghutang penghakiman) telah berhutang berjumlah RM 4, 000.00 kerana tidak melaksanakan perintah bayaran ansuran selama 10 bulan sebanyak RM 400.00 sebulan kepada anak. Kemudian setelah perbincangan dibuat di antara mereka, maka Si B (pemiutang penghakiman) bersetuju bahawa Si A (penghutang penghakiman) hendaklah membayar jumlah hutang tersebut secara ansuran sebanyak RM 200.00 sebulan sehingga selesai. Lantaran itu, persetujuan mereka boleh diendorskan sebagai perintah mahkamah dan penghutang hendaklah melaksanakannya.
Mahkamah adalah berkuasa memerintahkan apa-apa jenis bentuk pembayaran berkaitan hutang tersebut samada secara sekaligus atau ansuran sekiranya perbincangan yang dijalankan tidak mencapai persetujuan.

Bersambung dalam bahagian seterusnya.....
11 comments:
ustaz, blh tak kasi gambaran kat saya utuk merangka satu kertas kerja berkenaan saman penghutang penghakiman
Salam,,,
Terima Kasih diucapkan kepada sahabat kerana membaca blog saya. Baik, berhubung dengan permintaan sahabat di atas. Sebelum saya kenalah tahu enta kertas kerja assignment @ tesis @ seminar? Enta masih studi lagi ke?
Demikian, saya cuba ringkaskan kepada sahabatlah..
Saman Penghutang Penghakiman atau SPP ini enta bolehlah memfokuskan kepada jenis-jenis kes yang boleh dikeluarkan SPP. Keberkesanan SPP? Kelemahan SPP? Cara perlaksanaan? Kos guaman bagi proses pemfailan...
Inilah di antaranya. Walaubagaimanapun,saya tidak jelas dengan kertas yang enta maksudkan..
Diharapkan enta boleh email kan soalan yanglebih jelas kepada saya di :
lisanislam@gmail.com
atau di talian 04-2295966 (Muaz Marzuki)- Biro Bantuan Guaman Pulau Pinang
Assalamualaikum syeikh...best blog anta nih...sila teruskan..
salam lawyer muaz..
act, saya tgah wat tesis sal pengabaian perintah nafkah isteri.tiba tejumpa blog ni..
baru ingat nk try jmpa lawyer muaz kat mhkamah jawi..bley interview sket.hehe..
Salam Ustaz
Saya telah dapat perintah mahkamah bahawa bekas suami wajib membayar nafkah anak, harta sepencarian dan juga nafkah tertunggak. Sehingga kini bekas suami telah berhijrah ke Manila berkawin dan membuka business Internet cafe. Boleh tak saya menyekat Wang KWSP beliau bagi menjelaskan hutang beliau pada saya dan anak-anak. Penceraian saya telah masuk 11 tahun dan perintah saya dapat pada tahun 2009. Sila ustaz jelaskan apa harus saya lakukan? Beliau kini berusia 53 tahun
bahagian 2 dah ade blom? nak sambung baca ni..hihi
Salam..
Maaf kerana lambat perasan soalan yang diajukan..Sukar untuk menyekat duit KWSP bekas suami bagi tujuan proses penguatkuasaan perintah. Ini kerana akta KWSP sangat kebal untuk ditembusi oleh perintah mahkamah syariah.
Bahagian kedua belum siap dan tidak dapat dipublishkan..Maaf...
Saya nak interview esok..kemudian search google.bila baca..ehh..Ni Encik Muaz..saya pelajar praktikal di Mahkamah Rendah Syariah tahun lepas
Assalamualaikum,
Saya nk tny...Sdh dua kali mhkmh sik mmbuat pghtr saman pghtg pghkm kpd istri sy namun gagal kerana beliau dikatakan tiada d rmh olh mhkmh sik...sblm ini smn berjya diserahkan namun kini nampak smcm mreka cuba mngelak mnerima sman htg pghkmn tersebut....skiranya keadaan ini berpjgn sampai bila sman dpt diserahkan....perlukah saman ini dserah shgga berpuluh kali? Apakah cra nk mnyelesaikan perkra ini d phak mhkmh? Naya la pemiutang pghkman mcm ni sbb nk byr loyer lg n masa terbuang lg...mohon jawapn TQ

Post a Comment