10/14/2011

CONTOH PLIDING [FASAKH] dengan sebab penganiayaan fizikal dan mental



DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH PATTANI
DI SELATAN THAILAND
NEGERI PATTANI

NO. KES MAL :____________


DI ANTARA

AISHAH BIN ABDULLAH ... PLAINTIF
NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX


DENGAN


MORAD BIN AHMAD . ... DEFENDAN
NO. K/P : XXXXXX-XX-XXXX


PERNYATAAN TUNTUTAN



1. Plaintif, Aishah bin Abdullah No. K/P : xxxxxx-xx-xxxx beralamat di Pattani merupakan isteri yang sah kepada Defendan mengikut undang-undang dan hukum syarak.
“Sesalinan Kad Pengenalan Plaintif dikemukakan sebagai Lampiran A”

2. Defendan, Morad bin Ahmad No. K/P : xxxxxx-xx-xxxx beralamat di Phuket merupakan suami yang sah kepada Plaintif mengikut undang-undang dan hukum syarak.

3. Plaintif dan Defendan (selepas ini disebut sebagai pihak-pihak) telah bernikah pada 20.12.2020 di rumah Plaintif di Kg. Pattani. Sepanjang perkahwinan ini, pihak-pihak telah dikurniakan empat (4) orang cahaya mata.
“Sesalinan Surat Perakuan Nikah dikemukakan sebagai Lampiran B”

4. Selepas pernikahan, pihak-pihak telah menetap bersama di Pattani iaitu rumah mak mertua Plaintif selama setahun dan kemudian berpindah ke Narathiwat. Selepas itu, pihak-pihak pula ke alamat ke Satun selama 10 tahun dan kemudian pada hujung tahun 2028 pihak-pihak berpindah ke alamat sekarang.

5. Dalam tempoh perkahwinan ini, Defendan berkerja sebagai supervisor di kilang Siam Holding manakala Plaintif pula berkerja sebagai Promoter di kilang yang sama sejak tahun 2034.

6. Pada peringkat awal perkahwinan, rumahtangga pihak-pihak baik dan bahagia. Namun sejak tahun 2034, rumahtangga pihak-pihak telah mula bermasalah sehinggalah Plaintif telah memfailkan kes perceraian pada 24.01.2031 dan ditarik balik kerana tiada kerjasama dari Defendan.

7. Rumahtangga pihak-pihak bermasalah adalah dari aspek kecuaian dan kegagalan Defendan memperuntukkan nafkah zahir kepada Plaintif dan Defendan sering menganiayai Plaintif secara fizikal dan mental iaitu melemparkan kata-kata kesat berunsur penghinaan dan makian terhadap diri Plaintif.

8. Defendan telah cuai dan gagal menyediakan nafkah zahir kepada Plaintif yang mencangkupi perbelanjaan makan-minum, pakaian dan kelengkapan hiasan wajib Plaintif sejak Mac 2034 sehingga sekarang. Keadaan ini mengakibatkan Plaintif terpaksa menanggung segala keperluan itu dengan menggunakan pendapatan Plaintif sendiri.

9. Seterusnya lagi, Defendan telah menganiayai Plaintif dengan melakukan kekerasan fizikal sejak Mei 2024 iaitu ketika anak pertama pihak-pihak baru berusia 3 bulan. Keadaan ini terus berlanjutan sehinggalah sekarang di mana kali terakhir Plaintif dilakukan sedemikian pada 24.01.2031.

10. Dalam beberapa kejadian yang telah berlaku, terdapat satu kejadian yang mana Defendan telah melakukan kekerasan kepada Plaintif pada 28.09.2039 di rumah pihak-pihak berada sekarang. Kejadian itu megakibatkan Plaintif terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Pattani dan seterusnya di Hospital Narathiwat, Thailand.
“Sesalinan dua (2) Laporan Perubatan Plaintif dikemukakan sebagai
Lampiran C & D”

11. Pihak-pihak juga pernah menghadiri sesi kaunseling namun masih tiada penyelesaian yang dapat dicapai. Walaupun ketika itu, pegawai agama telah menasihati pihak-pihak supaya berdamai dan berbaik semula.

12. Defendan juga melakukan penganiayaan secara mental terhadap Plaintif dengan melontarkan kata-kata kesat dan menghina. Sikap Defendan ini disedari sejak 10 tahun tempoh perkahwinan dan makin teruk sejak tahun 2038 sehinggalah awal tahun 2041.

13. Dengan semua yang telah berlaku ini menyebabkan Plaintif telah trauma dan seterusnya meninggalkan kesan pahit dalaman yang berpanjangan. Plaintif sering menangis sendirian apabila mengingatkan kejadian yang pernah berlaku sebelum itu.

14. 1. Oleh demikian, Plaintif dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah Yang Mulia Ini untuk suatu perintah seperti berikut ;
1.1 Memfasakhkan perkahwian Plaintif dan Defendan berdasarkan seksyen 53 1 (b, h-i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Thailand 1900.
1.2 Apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia Ini.


Bertarikh haribulan 2041




.........……........……………………
Peguam Syarie Plaintif


Pernyataan Tuntutan ini difailkan oleh Haron al-Rashid & Co Pinang, peguamcara bagi Plaintif di atas yang beralamat penyampaianya di Songhkla, Patani.






5 comments:

Anonymous said...

salam, di dalam contoh kes seperti ini. adakah pihak plantif akan dapat menuntut fasakh walaupun pihak defendan enggan menceraikan plantif? sedangkan pada masa yang sama defendan tetap mendera plantif secara fizikal dan metal.

sahabat islam said...

Salam..
Ingin dijelaskan bahawa permohonan pembubaran perkahwinan seksyen 53 tidak sama dengan permohonan perceraian biasa [persetujuan bersama] atau seksyen 47. Pembubaran perkahwinan akan diputuskan oleh mahkamah. Isu mengenai keengganan suami untuk menlafazkan cerai kepada isteri tidak lagi berbangkit. Bahkan juga, mahkamah boleh meneruskan kes walau tanpa kehadiran suami sepanjang kes itu berjalan. Oleh itu sekiranya isteri dapat membuktin dan mengemukakan dokumen sokongan serta saksi-saksinya tidak mustahil isteri akan mendapat pembelaan dan memenangi di dalam kes tersebut. Sila rujuk tulisan di dalam blog ini yang bertajuk "Prosedur permohonan Takliq dan Fasak"

Anonymous said...

As salam Tuan,

Adakah permohonan seperti ini boleh dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Johor?

Saya ingin memohon fasakh kerana suami saya berpoligami dengan tidak adil. Saya telah rujuk dengan peguam tetapi mereka minta saya dapatkan sijil nikah suami dengan isteri kedua. Tapi saya ada masalah untuk mendapatkan sijil nikah tersebut kerana mereka bernikah di Perak.

Saya tidak mendapat giliran bermalam, suami tidak menyediakan tempat tinggal, makan minum tidak dipeduli, nafkah saya dan anak terabai serta saya tidak mendapat sokongan dari segi emosi oleh suami sendiri.

Untuk makluman tuan, saya pernah diceraikan ketika anak saya baru dilahirkan dan baru berumur 4 hari. Setelah beliau berkahwin dengan isteri kedua, suami telah melafaz rujuk di hadapan saya dan secara automatik saya telah dimadukan.

Sekian, mohon respon.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan..saya ingin bertanya 1 soalan..apabila seorang lelaki telah lebih 4 bulan tidak balik menjenguk isteri serta anaknya... serta melakukan kekasaran fizikal sehingga isteri terpaksa membuat laporan polis, bolehkah isteri memohon fasakh? dan sekiranya perkahwinan itu tidak didaftarkan di mana-mana negeri di malaysia, sebagai peguam syarie, apa yang harus di lakukan?

hana iqa said...

salam, saya pelajar undang-undang...sy mohon kebenaran utk jadikan bahan tuan sebagai rujukan untuk task saya...terima kasih tuan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini