10/21/2011

CONTOH PLIDING [PENGESAHAN LAFAZ CERAI - SMS]

DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI BOMBAY
DI DALAM NEGERI NEW DELHI DI INDIA
KES MAL BIL :



DI ANTARA

NINA MARTOPO BINTI MUSTAFA … PLAINTIF

DENGAN

RYAN HISYAM BIN ABDULLAH … DEFENDAN



PENYATA TUNTUTAN



1. Plaintif, Nina Martopo binti Mustafa No. K/P : XXXXX-XX-XXXX yang beralamat di Bombay, New Delhi, India merupakan isteri yang sah kepada Defendan mengikut hukum syarak dan undang-undang.
[Sesalinan Kad Pengenalan Plaintif dikemukakan sebagai Lampiran A]

2. Defendan, Ryan Hisyam bin Abdullah No. K/P : XXXXX-XX-XXXX yang beralamat di Bombay, New Delhi, India merupakan suami yang sah kepada Plaintif mengikut hukum syarak dan undang-undang.

3. Plaintif dan Defendan (selepas ini disebut sebagai pihak-pihak) telah berkahwin pada 12.12.2012 di Bombay, India dan tidak pernah bercerai sehingga hari ini. Sepanjang perkahwinan itu, pihak-pihak telah dikurniakan satu (1) cahaya mata seperti berikut :
3.1 Amir Shahrukh bin Ryan Hisyam
[Sesalinan Sijil Perakuan Nikah dan Sijil Kelahiran Anak-anak dikemukakan sebagai Lampiran B, dan C]

4. Pada peringkat awal, perkahwinan ini berada di dalam rukun dan damai. Pihak-pihak telah menetap bersama di Paris selama beberapa tahun sebelum berpindah ke India iaitu alamat pihak-pihak yang menetap sekarang.
5. Plaintif berkerja sebagai tukang masak di sebuah kantin sekolah di India manakala Defendan berkerja sebagai Buruh Kasar di Tamil Nadu Sebelum ini pihak-pihak masing-masing berkerja yang sama di Paris.

6. Kemudian kebelakangan ini rumahtangga yang dibina mereka mengalami masalah dan sering salah faham di antara satu sama lain. Disamping itu, masalah hubungan Defendan dengan seorang perempuan yang dikenali bernama Preety Zinta turut mengeruhkan lagi keadaan.

7. Pada 12.12.2031, Jam lebih kurang 12.57 pagi Defendan telah menghantar satu sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan telefon bernombor XXX-XXXXXXX milik Defendan ke telefon bernombor XXX-XXXXXXX milik Plaintif yang mengandungi mesej berbunyi “Saya Ryan Hisyam bin Abdullah menceraikan Nina Martopo binti Mustafa dengan talak 1”.
[Lafaz sms ini akan dikemukakan sendiri oleh Plaintif di mahkamah]

8. Ketika sms itu dihantar, Plaintif berada di sekolah dTamil Nadu iaitu tempat berkerja Defendan. Punca sms itu dihantar adalah setelah berlaku selisih faham di antara kedua-dua belah pihak pada pagi tersebut. Defendan mendakwa Plaintif telah menyebabkan Defendan mengalami tekanan.

9. Sebaliknya Plaintif mengesyaki tindakan Defendan mendakwa Plaintif sebegitu disebabkan Plaintif telah menghantar beberapa sms kepada perempuan yang dikenali sebagai Preety Zinta sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka itu.

10. Selepas kejadian sms itu, pihak-pihak tidak pernah melafazkan rujuk atau menghadiri mana-mana majlis bagi tujuan rujuk di antara mereka. Plaintif telah pulang tinggal bersama saudaranya di Calcutta, India untuk seketika bagi mententeramkan keadaan mereka.

11. Oleh demikian, Plaintif memohon Mahkamah Yang Mulia Ini memerintahkan seperti berikut :
11.1 Meluluskan permohonan pengesahan lafaz cerai Palintif berdasarkan seksyen 57 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam India 2026.
11.2 Mengesahkan lafaz cerai secara sms yang dilakukan Defendan kepada Plaintif.
11.3 Apa-apa perintah lain dan relief yang difikir sesuai oleh Mahkamah ini.



Bertarikh hb 2031




……………………

Plaintif













Penyata Tuntutan ini difailkan sendiri oleh Plaintif Nina Martopo binti Mustafa yang berlamat penyampaian di Bombay, New Dehli, India.



4 comments:

Anonymous said...

mntak izin nk copy sebagai rujukan...

Anonymous said...

assalamualaikum.
mohon penjelasan kes cerai melalui sms...
suami berpoligami secara rahsia.. kemudian diketahui oleh isteri pertama.. disebabkan tekanan dari isteri pertama, suami menulis sms di depan isteri pertamanya yang berbunyi: saya lepaskan awak dengan talak 3. sambil dinafikan dalam hati untuk menceraikan isteri keduanya. telefon tersebut diambil oleh isterinya yang pertama dan isterinya juga yang telah tekan butang send sms tadi. adakah talak dikira jatuh.

nur fatiehah jaafar said...

assalamualaikum...minta salin boleh sebagai rujukan...

hana iqa said...

salam, sy mohon salin bahan yg tuan lampirkan di sini utk rujukan pembelajaran saya..terima kasih

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini