11/30/2011

BAB EMPAT : KEADILAN HUKUMAN SEBAT DAN KESANNYA DALAM MEMBANTERAS JENAYAH



Keadilan Hukuman Sebat Menurut Islam

Beberapa keadilan dapat dilihat di antara hukuman sebat Islam dengan hukuman sebat yang dipraktikkan di Malaysia. Antara keadilannya adalah :

a) Alatan sebatan Islam lebih fleksibel dan tidak terlalu besar dan terlalu kecil. Ianya hanyalah sederhana sahaja. Manakala di Malaysia pula rotan yang digunakan adalah keras dan bersifat rigid.

b) Sebatan Islam lebih bertujuan untuk memberi pengajaran dan penghalang perbuatan jenayah dari berleluasa sebaliknya di Malaysia tampak untuk mencederakan dan membinasakan pesalah.

c) Ciri sebatan Islam bersifat sederhana manakala sebatan di Malaysia boleh mengoyak kulit punggung pesalah.

d) Tempat sebatan Islam adalah keseluruhan tubuh badan kecuali tempat yang dilarang manakala di Malaysia dilakukan di bahagian punggung yang memberi kesan luka dan berlumuran darah.

e) Hukuman sebatan Islam lebih bersifat mendidik manakala di Malaysia sebatan yang dilakukan mengakibatkan kecederaan dan luka.

f) Di dalam Islam hukuman sebat tiada pengecualian manakala Undang-undang Jenayah Malaysia mempunyai pengecualian untuk beberapa golongan tertentu.

g) Hukuman sebat Islam masih melindungi maruah pesalah, maka sebab itu pesalah masih diberikan hak untuk menutup aurat. Berbanding dengan perlaksanaan di Malaysia, di mana mereka hanya memakai cawat sahaja.

h) Pelaksanaan hukuman sebat Islam dilakukan di hadapan khalayak ramai dengan tujuan untuk memberi mesej kepada orang ramai tentang kesalahan dan akibat yang dilakukan. Dengan cara ini keberkesanan dapat dirasai secara fizikal dan spiritual. Berbeza pula dengan amalan di Malaysia yang mana dilakukan secara tertutup dan hanya menitikberatkan dalam aspek fizikal dan berbentuk kekerasan serta kekejaman.

Kesan Perlaksanaan Hukuman Sebat Dalam Membanteras Jenayah

Terdapat dua aspek implikasinya iaitu :

1) Hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan jenayah

Di dalam Islam, hukuman dibahagikan samada kesalahan besar atau kecil. Kesalahan besar terdiri daripada kesalahan hudud yang mana membawa hukuman seperti potong tangan, sebatan, rejam dan sebagainya. Manakala kesalahan kecil pula seperti takzir atau yang tidak ditentukan dan ditetapkan bilangannya.

Manakala Undang-undang Jenayah Malaysia pula tidak membezakan antara besar atau bahaya dengan kesalahan kecil atau ringan. Kebanyakan hukuman yang dikenakan adalah penjara.

2) Cara pelaksanaan hukuman

Hukuman Islam dilaksanakan di hadapan khalayak ramai dan terbuka serta mampu dilihat oleh orang ramai. Keadaan ini mampu menakutkan dan mengerunkan orang ramai dari melakukan kesalahan-kesalahan sebegitu. Selain itu, pelaksanaan ini juga memberi kesan secara dalaman atau rohani kepada orang ramai dari berazam untuk melakukannya.

Pelaksanaan di Malaysia dilakukan di penjara dan secara tertutup dengan hanya dihadiri beberapa pegawai atasan sahaja. Orang ramai hanya mengetahui tentang hukuman itu melalui bacaan di dalam akhbar, keputusan yang di baca oleh hakim dan berita-berita yang disampaikan melalui media massa sahaja. Mereka tidak dapat lihat dengan mata sendiri pelaksanaan hukuman itu diadakan.

Saranan Ke Arah Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam

Cadangan penulis :

i. Memansuhkan perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan Undang-undang Utama negara dengan diganti dengan Undang-undang Islam sebagai Undang-Undang di Malaysia.

ii. Akta Mahkamah Syariah mesti dipinda dengan memperluaskan bidang tugasnya yang mana boleh diimplimentasikan hukuman seperti rejam, sebatan, potong tangan dan sebagainya.

iii. Meminda Akta Penjara, Peraturan Penjara dan Kanun Prosedur Jenayah yang mana setiap hukuman yang dijalankan hendaklah dilakukan dikhalayak ramai seperti di bandar, stadium dan sebagainya. Selain itu, pindaan juga dibuat dari sudut pakaian pesalah ketika hukuman itu dijalankan kepadanya.

iv. Media massa hendaklah memainkan peranan penting dengan mempromosikan acara pelaksanaan hukuman dan seterusnya menyiarkan berita itu untuk tontonan ramai.

v. Memberi kefahaman yang menyeluruh dan sempurna kepada ahli-ahli politik yang mengubal undang, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang, hakim-hakim, pegawai undang-undang kerajaan dan masyarakat umum.

vi. Membuat reformasi terhadap pendidikan negara dengan mewujudkan sistem pendidikan yang bersepadu antara Undang-undang Jenayah Malaysia dan Undang-undang Islam kepada pelajar sebagai satu langkah awal agar golongan ini mengetahui tentang keadilannya menjalankan undang-undang Islam.

vii. Menerapkan konsep “tabshir” dan “Inzar” dalam jiwa setiap masyarakt. Seterusnya juga ditanamkan konsep “amar makruf nahi mungkar”.

KESIMPULAN

· Hukuman sebat Islam amat berbeza sama sekali dengan sebatan yang diamalkan di Malaysia.

· Kesan hukuman sebatan Islam mampu memberi pengajaran kepada penjenayah berbanding hukuman sebatan yang dijalankan di Malaysia.

· Undang-undang Islam adalah satu peruntukkan undang-undang paling sesuai, sempurna dan menyeluruh berbanding undang-undang ciptaan manusia.

6 comments:

Anonymous said...

mintak izin utk copy.. :)ana mahu buat rujukan

Anonymous said...

mohon utk copy sbb saya nak buat rujukan. terima kasih..

Anonymous said...

Artikel yg bagus..sy nak share, copy n paste..tq

Anonymous said...

minta izin untuk copy sebagai rujukan.tq

Anonymous said...

saya pernah terima hukuman sebatan di penjara kajang sebayak 20 sebatan rotan, memang sangat sakit, sampai kulit punggung koyak dan berdarah...

Emma Williams said...

Is it true that you are going over the pulling back location mistake in Binance? In the event that you have coincidentally sent your coins to the wrong location, Binance won't get those coins. So as to determine this pull back location blunder, you can connect with the first class experts who can settle this mistake quickly and furthermore mindful you about the main driver behind it. You can contact the specialists by dialing available Binance customer support 1800-665-6722 whenever and from anyplace and get your issues or bugs settled.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini