1/02/2010

Hadith ; Satu Pengenalan


Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana memberi perasaan minat dan kelapangan masa untuk menyiapkan satu penulisan khusus dan ringkas tentang “Metodologi Hadith”. Perasaan ini lahir setelah saya tamat menghadapi peperiksaan di UKM, Bangi. Penulisan ini diyakini mampu untuk memberi bantuan sokongan kepada sahabat-sahabat dalam mempelajari ilmu hadis. Ikutilah nota ringkas berikut :

Hadith dari segi bahasa : baru (hadiy) (ha dal ya), perkhabaran, percakapan atau berita.

Istilah pula : perkataan, perbuatan, ketetapan, (akuan), sifat (sama ada jasmani atau pun rohani) dan hal ehwal Rasulullah saw (sebelum atau selepas menjadi rasul) yang dibuat untuk tujuan tashri’.

Definisi Ilmu Hadith : satu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip dan pengkaedahan tentang sanad (rangkaian perawi hadith) atau matan hadith (lafaz hadith) untuk memastikan sama ada boleh diterima atau sebaliknya.

Kepentingan Ilmu Hadith : Berfungsi bagi menentukan kesahihan maksud dan kewibawaan institusi hadith itu sendiri sebagai sumber syarak.

Matlamat Ilmu Hadith : Untuk memartabat dan memperkasakan institusi hadith sebagai sumber epistemologi Islam melalui segala aspek yang berada di dalamnya.

Objektif Ilmu Hadith :
1) Memastikan kesahihan hadith
2) Memahami maksu hadith untuk beramal dengannya
3) Menjawab fitnah-fitnah yang ditimbulkan oleh golongan anti hadith.

Kehujahan Hadith dan Kepentingannya :
1) Naqli (al-Quran), terdapat di dalam al-Quran terdapat kumpulan ayat-ayat al-Quran yang menyatakan seperti berikut :
a) Wajib beriman kepada Rasulullah saw. Contoh surah al-‘Araf (158), surah al-Ahzab (36) dbl.
b) Wajib taat kepada Rasulullah saw. Contoh surah ‘Ali ‘Imran (32, 132) dbl.
c) Menerangkan tentang fungsi dan tugas Rasulullah saw sebagai penerang isi kandungan al-Quran. Contoh surah an-Nahl (44) dbl.
d) Wajib mengikut ajaran yang dibawa dan kewajipan menjadikan oleh Rasulullah saw sebagai ikon dan ikutan yang baik. Contoh surah al-‘Araf (156-157) dbl.
e) Perintah Allah swt bahawa Rasulullah saw sememangnya diturunkan sebagai pembawa berita dan penyampai. Contoh surah al=Baqarah (143), surah Yusuf (108) dbl.

2) ‘Aqli (akal fikiran), beberapa pertimbangan dan logik akal manusia yang waras untuk menerima kebenaran ini. Di antaranya :
a) Kemaksuman Rasulullah saw. Kita dapat lihat di dalam sejarah Islam bahawa beliau dilindungi dan terselamat walaupun mendapat ancaman dan buruan kaum kafir.
b) Keiltizaman para sahabat dan komitmen mereka.
c) Kemustahilan beribadat tanpa hadith. Al-Quran diturunkan dengan perintah yang umum dan luas. Maka hadith (Rasulullah saw) yang menerangkan pengkhususannya dan perlakuan. Sebagai contoh sembahyang dan sebagainya.

3) Ijma’ Ulama, semua ulama muktabar dan termasuk yang mutakhirin bersepakat menerima institusi hadith sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selapas al-Quran.

Ahad, 03.01.2010, Kulim, Kedah Darul Aman. Jam 1400. Bersamaan 17 muharram 1431 hijrah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

kalendar

Penulis Blog

My photo
Seorang pengamal undang-undang syarie yang tinggal di utara tanah air...Nama sebenar adalah Muaz ibn Marzuki al-Hayazi ibn Ahmad al-Kedahi Berminat dengan perkongsian ilmu mengenai Islam.

artikel terkini